KELAB BELIA NGOSI

KELAB BELIA NGOSI KELAB BELIA NGOSI KBN PENDANG

 26 Ogos 2026 | Pejabat Daerah PendangAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.Kepimpinan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB...
01/09/2026



26 Ogos 2026 | Pejabat Daerah Pendang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Kepimpinan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) bersama Kelab Belia Ngosi Pendang (KBN) Rowers Team meluahkan rasa gembira dan penuh hormat atas kesudian Y.Bhg Tuan Nasrankamil b. Noh, Pegawai Daerah Pendang menerima kunjungan hormat kami di pejabatnya.

Sambutan yang mesra dan penuh keakraban daripada pihak Pejabat Daerah Pendang telah memberi suntikan semangat baharu buat kami.

Dalam sesi pertemuan tersebut, taklimat komprehensif telah disampaikan berkenaan inisiatif pembangunan belia dan sukan, khususnya sukan perahu naga yang telah pun dijalankan secara kolaborasi strategik antara YSB dan KBN sejak tahun 2023.

Kami turut berkongsi hala tuju dan perancangan program-program mendatang yang berfokus kepada memperkasa komuniti anak muda di Daerah Pendang.

Matlamat kami jelas : Melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berakhlak, dan mampu menggapai kecemerlangan dalam kehidupan serta sukan berprestasi tinggi.

Delegasi YSB -
En Muhamad Nasir Ismail - Pengurus Projek YSB / Pengurus Pasukan Perahu Naga YSB.

Delegasi KBN - Coach Rosdi Said, Coach Khairul Hafie dan Sjn Suhaimi Ali - Urusetia Pasukan YSB-KBN Rowers Team.

Kami percaya, pertemuan dan jaringan kerjasama sebegini bersama barisan kepimpinan tertinggi daerah adalah langkah penting dalam memperkukuhkan ekosistem belia dan merealisasikan aspirasi "The Greater Kedah".

YSB sentiasa komited* untuk terus bersama, menyokong dan membantu anak-anak muda maju jaya, bukan sahaja dalam kehidupan, malah dalam arena sukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg Tuan Pegawai Daerah Pendang / Pejabat Daerah & Tanah Pendang atas masa, nasihat dan sokongan yang diberikan.

Semoga kolaborasi ini membawa lebih banyak manfaat dan kejayaan buat anak muda Daerah Pendang.




24/08/2026

23/08/2026

A successful Day at the Dragon Boat Coaching Course – Level 1, where future coaches came together to widen their knowled...
15/07/2026

A successful Day at the Dragon Boat Coaching Course – Level 1, where future coaches came together to widen their knowledge and passion for the sport.

Mari sama-sama memeriahkan Karnival Amal Hari Penyayang 2026 sempena sambutan 30 Tahun Yayasan Sultanah Bahiyah dengan p...
07/04/2026

Mari sama-sama memeriahkan Karnival Amal Hari Penyayang 2026 sempena sambutan 30 Tahun Yayasan Sultanah Bahiyah dengan pelbagai aktiviti menarik!

📅 30 April 2026 – 3 Mei 2026 (Khamis hingga Ahad)
📍 Taman Jubli Emas, Alor Setar
⏰ 10.00 pagi – 11.00 malam

Antara aktiviti menarik:
• Larian Bendang Kedah 2026
• Mega Food Festival
• Persembahan artis
• Pertandingan BMX Flatland
• Pertandingan mewarna
• Bazar kebajikan & jualan amal
• Senaman warga emas
• Ceramah usahawan wanita & banyak lagi!

“Berhibur sambil menderma”

Pertanyaan: +604 730 4112 / +604 731 1870
Jualan khemah: +6017 655 7091 (Kak Fanty)

Bantu kami mencapai misi Tawan Kinabalu. Setiap pembelian anda adalah sokongan kepada perjalanan kami 💪
04/03/2026

Bantu kami mencapai misi Tawan Kinabalu. Setiap pembelian anda adalah sokongan kepada perjalanan kami 💪


28/10/2025



Semoga sahabat rowers yang terlibat dalam banjor dipermudahkan segala urusan.

19/09/2025

Address

T**i Dua Lapis
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 16:30 - 19:00
Tuesday 16:30 - 19:00
Wednesday 16:30 - 19:00
Thursday 16:30 - 19:00
Friday 08:30 - 10:30
16:30 - 19:00
Saturday 16:30 - 19:00
Sunday 16:30 - 19:00

Telephone

+60134514131

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELAB BELIA NGOSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KELAB BELIA NGOSI:

Share

Category