Perguruan Seni Silat Jawa Betawi

Perguruan Seni Silat Jawa Betawi Ibu Gelanggnag : Kmpg. Kuala Rimau, Pendang, Kedah, Malaysia. ( 2012 - sekarang ) Seni Silat ini dikenali dengan nama Seni Silat Jawa Betawi.

Pada era 1940-an sehingga 1980-an, silat ini hanya dikenali dengan nama Silat Jawa atau digolongkan dalam kategori silat pulut yang dimainkan di majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Walaubagaimanapun, seni silat ini kerap mendapat undangan Almarhum Tengku Kasim untuk dipertontonkan di khalayak dan kadang-kadang diminta ‘berlaga’ dengan pesilat lain oleh beliau. Pengasas seni sil

at ini ialah Almarhum Sheikh Abdul Yunus yang berasal dari tanah seberang iaitu Daerah Chirebon di Kep**auan Jawa. Pada ketka itu, beliau sedang beruzlah di Gunung Serimbun. Beliau kemudiannya mewariskan ilmu seni silat ini kepada seorang anak muda yang sangat sukakan ilmu dan merantau yang bernama (almarhum) Salleh. Dikatakan bahawa seni silat ini adalah permainan orang jawa dan Salleh merupakan orang Bugis. Bagaimanapun Allah telah mentakdirkan bahawa ilmu permainan orang Jawa ini akan dibawa dan diperkembangkan oleh orang Bugis. Justeru ianya diperkenalkan dengan nama Seni Silat Jawa Betawi. Silat Jawa merujuk kepada asal permainan ini iaitu dari orang Jawa, manakala Betawi p**a merujuk kepada daerah asalnya dan untuk mengelakkan kekeliruan dengan perguruan lain seperti Kuntau Jawa dan sebagainya. Sebagai anak Bugis yang taat beragama, semangat untuk merantau dan mencari ilmu serta pengalaman berkobar di dalam jiwa Salleh yang dikenali sebagai Haji Salleh Jawa, Haji Jawa dan Tok Jawa setibanya di Tanah Melayu. Pada tahun 1897, ketika berusia seawal 25 tahun, beliau telah belayar ke Tanah Melayu dan tiba di tempat persinggahan pertama beliau iaitu Sidam di dalam negeri Kedah. Sebagai seorang perantau, beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan dan kemudiannya telah mengajar ilmu persilatan Silat Jawa ini kepada orang-orang kampong dan mewariskannya kepada Senapi Yob iaitu anak Penghulu Sidam. Beliau kemudiannya telah mengembangkan lagi ilmu persilatan ini kepada penduduk Kampung Lahar Yooi dan Permatang Tok Dek. Di sini, beliau telah bertemu jodoh dengan Mek Tam. Hasil perkongsian hidup beliau telah mendapat seorang anak lelaki. Walaubagaimanapun, anak lelaki beliau telah telah meninggal dunia ketika berumur belasan tahun. Sebelum merantau ke Guar Cempedak, belaiu telah mengamanahkan semua gelanggang Kepada Senapi. Di Guar Cempedak, beliau telah mewariskan persilatan ini kepada Haji Hussin Che Dol. Seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Kampung Pondok Chegar iaitu satu tempat pengajian agama. Disini beliau telah mewariskan p**a kepada Haji Shafie bin Haji Tahir. Haji Salleh kemudiannya telah membuka gelanggang di Sawa, Pendang dan mewariskannya kepada Hai Awang Haji Hamid atau lebih dikenali sebagai Haji Awang Mudim dan anak saudaranya iaitu Ahmad bin Hashim atau digelar Mat Punjab. Dalam tahun 1940, Haji Salleh masih mengajar di Sawadan anak murid bongsunya ialah Haji Hamid bin Haji Mahmud. Beliau kemudiannya meneruskan perjalanan dan berhenti di Kampung Padang Panjang, Mukim Kuala Rimau dalam daerah Pendang dan meninggal dunia pada tahun 1945 ketika berusia lewat 73 tahun. Namun beliau tidak meninggalkan zuriat dan pewaris harta kecuali anak-anak muridnya yang mewarisi ilmu silat dan agamanya.

Selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 63 untuk seluruh rakyat Malaysia daripada Pertubuhan Seni Silat Jawa Betawi ...
31/08/2020

Selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 63 untuk seluruh rakyat Malaysia daripada Pertubuhan Seni Silat Jawa Betawi Malaysia (PSSJBM).



28/08/2020

Gerak serangan bersenjata kerambit Panglima Muaz dan Panglima Hanan.

Di Akademi Silat Warisan Nusantara, Pokok Sena.




Selamat menunaikan ibadah solat jumaat semua umat islam di seluruh Malaysia.
28/08/2020

Selamat menunaikan ibadah solat jumaat semua umat islam di seluruh Malaysia.




27/08/2020

Disamping mempelajari gerak langkah pukulan dan kuncian, aspek kecergasan/stamina juga penting untuk dilatih dalam ilmu persilatan.

Ayuh!




26/08/2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga Malaysia.

Semoga urusan harian kalian dipermudahkan oleh Allah.




25/08/2020

Antara gerak silat dalam latihan di Akademi Silat Warisan Nusantara, Pokok Sena juga pusat latihan Seni Silat Jawa Betawi cawangan Pokok Sena, Kedah. Berbaju hitam dan putih Panglima Hanan dan berbaju hitam penuh itu Panglima Muaz.





Selamat menunaikan ibadah solat jumaat semua umat Islam seluruh negara.
21/08/2020

Selamat menunaikan ibadah solat jumaat semua umat Islam seluruh negara.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga media sosial.Disini gambar-gambar sorotan aktiviti yang berlangsung ketika m...
20/08/2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga media sosial.

Disini gambar-gambar sorotan aktiviti yang berlangsung ketika mesyuarat agung tahunan pada 7hb Ogos 2020 Pertubuhan Seni Silat Jawa Betawi Malaysia (PSSJBM).

Untuk makluman semua, dengan izin Allah SWT Perguruan Seni Silat Jawa Betawi telah mengorak langkah kedepan apabila telah berjaya mendaftarkan diri dengan ROS justeru menjadi Pertubuhan Seni Silat Jawa Betawi Malaysia.

Inilah impian al-Marhum Guru Utama dahulu Che Mee akhirnya berjaya dicapai sekarang, hasil usaha semua ahli PSSJBM.

Assalamualaikum semua Pesilat seluruh Malaysia.Jangan  kita lupa hari ini hari Jumaat? Sedang terdapat satu waktu mustaj...
21/02/2020

Assalamualaikum semua Pesilat seluruh Malaysia.

Jangan kita lupa hari ini hari Jumaat? Sedang terdapat satu waktu mustajab doa.

Ayuh berdoa pada Maha Kaya.

Assalamualaikum kepada para Pesilat seluruh Malaysia,Disini sorotan gambar di majlis turun cerana (penerimaan murid baru...
17/02/2020

Assalamualaikum kepada para Pesilat seluruh Malaysia,

Disini sorotan gambar di majlis turun cerana (penerimaan murid baru) Perguruan Seni Silat Jawa Betawi Malaysia cawangan Pokok Sena, Kedah baru-baru ini.

Majlis dipimpin oleh Gurulatih Kanan Encik Zakaria dan dibantu oleh Jurulatih Md Noor.




16/02/2020

"Segenggam Tanah Yang Guru Berikan, Jadikanlah Ia Sekeping Daratan dan Segeluk Air Yang Guru Berikan, Jadikanlah Ia Sebuah Lautan"

Address

Kampung Baru Padang Panjang Kuala Rimau
Pendang
06700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perguruan Seni Silat Jawa Betawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perguruan Seni Silat Jawa Betawi:

Share