27/08/2026
Alhamdulillah, semuanya bermula daripada Kelab Anak Muda Kampung Bahagia, sebagai satu ruang pendedahan kepada anak-anak muda untuk belajar, mencuba dan berani melangkah ke hadapan.
Dengan bantuan Pejabat Belia Pendang melalui program-program pembangunan belia serta sokongan Rakan Muda Pendang, kami mula membawa anak muda lebih dekat dengan aktiviti pertanian.
Projek tanaman bendi menjadi salah satu medan pembelajaran kami. Bermula daripada menyediakan tanah, menanam, menjaga tanaman sehinggalah akhirnya kami berjaya menuai hasil daripada usaha sendiri.
Kejayaan kecil ini juga tidak dapat dicapai tanpa komuniti yang sudi membantu, berkongsi pengalaman dan memberikan khidmat nasihat tentang cara penanaman yang betul.
Dari situlah kami belajar bahawa berbudi kepada tanah bukan sekadar untuk mendapatkan hasil, tetapi mendidik anak muda tentang usaha, kesabaran, kerjasama dan kehidupan bermasyarakat.
Kita tanam bendi, kita semai pengalaman.
Kita tuai hasil, kita bina anak muda