Royal Pekan Golf Club

Royal Pekan Golf Club Padang Golf 18 lubang dilengkapi dengan kemudahan rumah kelab.
(256)

Assalamualaikum Salam Aidilfitri Salam Birdie Selamat hari raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin. Buat semua golfers KGDP...
24/03/2026

Assalamualaikum
Salam Aidilfitri
Salam Birdie

Selamat hari raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin. Buat semua golfers KGDP n semua yang senantiasa menantikan setiap edisi terbitan daripada kami. Kali ini admin ingin menghargai tulang belakang yang membuatkan kita tekak dan bersemangat bila berada di lapangan.

Insan insan ini sering kita memandang sepi kelibat mereka. Bahkan mereka semualah yang bertungkus lumus bagi memastikan setiap inci lapangan kita yang cukup luas ini, sentiasa dalam mode yang bersedia dan cantik.

Walaupun ini memang tugas hakiki mereka, namun mereka juga berhak mendapatkan sedikit pujian sebagai penguat semangat dan penanda aras buat mereka yang sebenarnya kita sebagai golfers, amat menghargai setiap jerih dan titisan peluh mereka itu.

Tegurlah mereka walau sekadar mengangkat tangan mahupun sekadar menguntumkan sebuah senyuman ikhlas sebagai tanda mereka dihargai.

Mewakili seluruh barisan warga kerja Unit Padang Golf, Kelab Golf Diraja Pekan, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin buat semua golfers.

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
" CABARANNYA BERBEZA"

Assalamualaikum Salam Ramadhan al mubarak & Salam Birdie Pada tanggal Jumaat yang lalu, telah pun selesai dianjurkan ole...
10/03/2026

Assalamualaikum
Salam Ramadhan al mubarak
& Salam Birdie

Pada tanggal Jumaat yang lalu, telah pun selesai dianjurkan oleh KGDP, RAMADHAN CHALLENGE 2026 dengan gemilangnya.

Admin sempat ambik hanya beberapa gambar sahaja. Ini adalah kerana cuaca yang agak panas.

Setelah selesai pertandingan, majlis berbuka puasa telah pun berlangsung setelah azan magrib dikumandangkan. Sejurus majlis berbuka dilangsungkan, para golfers terus menuju ke dalam dewan untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.

Setelah selesai solat maghrib berjemaah, dilangsungkan p**a majlis penyampaian sumbangan kepada anak anak Tahfiz Tok Montok.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada pesereta yang bertanding.
Tahniah kepada semua pemenang yang memenangi di setiap kategori yang dipertandingkan.

InshaAllah..... Tahun depan kita bertanding làgi.

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
"CABARANNYA BERBEZA"

Assalamualaikum Salam Ramadhan al mubarak Indah ketika dipandang. Namun hanya sekadar pandang saja. Tak tahu bagaimana h...
02/03/2026

Assalamualaikum
Salam Ramadhan al mubarak

Indah ketika dipandang. Namun hanya sekadar pandang saja. Tak tahu bagaimana hendak dihargai keindahan ciptaan Allah yang telah mewarnai serta memagari indah pandangan mata setiap dari kita.

Maka itu hargailah ianya selagi ada. Selagi ujud didepan kita. Ini adalah kuntuman bunga Telipok yang hadir menemani setiap dari kita di masa bermain dilapangan Kelab Golf Diraja Pekan ini.

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
" CABARANNYA BER BE BEZA "

Assalamualaikum Salam Ramadhan Kareem Sebenarnya susah untuk kita mencari salah dan sikap kita. Walau pun ianya hanya se...
28/02/2026

Assalamualaikum
Salam Ramadhan Kareem

Sebenarnya susah untuk kita mencari salah dan sikap kita. Walau pun ianya hanya sekelumit. Ini disebabkan hati. Hati pasti akan back up apa yang kita kata salah.

Tetapi didalam kita berkump**an, ada sahabat yang menegur serta membetulkan kesilapan yang kita lakukan. Cuma, mampukah kita melawan kehendak hati kita yang pasti tidak seiringan dengan kita sendiri.

Ianya bagai mencari bayang didalam gelap malam.

Selamat berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu maghrib.

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
"CABARANNYA BERBEZA"

Assalamualaikum Salam Ramadhan Kareem Sekqlung ucapan terima kasih kepada pro Nor Abdullah, kerana sudi menjemput rakan ...
27/02/2026

Assalamualaikum
Salam Ramadhan Kareem

Sekqlung ucapan terima kasih kepada pro Nor Abdullah, kerana sudi menjemput rakan veteran ATM untuk menjelajahi segenap inci padang KGDP. Dari lubang 1 hinggalah ke lubang akhir, lubang 18. Semoga ianya dapat melahirkan cabaran yang berbeza dari lapangan lain yang ada.

Ada keluhan yang memenuhi sembang mereka selepas menikmati juadah setelah tamat permainan. Agak kental dan pastinya akan kembali lagi bertandang untuk menentang tahap kesukaran yang menafikan setiap pengalaman mereka mereka selama ini.

Janji mereka, akan kembali selepas raya nanti. InshaAllah. Mereka juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat dan seluruh warga kerja KGDP..

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
"CABARANNYA BERBEZA"

Assalamualaikum Salam Ramadhan Sebelum Ramadhan menjelma..... ramai yang datang bertamu di Kelab Golf Diraja Pekan. Seka...
23/02/2026

Assalamualaikum
Salam Ramadhan

Sebelum Ramadhan menjelma..... ramai yang datang bertamu di Kelab Golf Diraja Pekan. Sekalung ucapan terima kasih kepada rakan golfers dari Jengka yang turut berkunjung.

Menghabiskan permainan 18 lubang dengan jayanya. Tahniah. Berpuas hati dengan lapangan KGDP. Sempat bergambar seketika dengan admin

Selamat berpuasa buat semua rakan golfers yang setia bersama dengan kami, di KGDP. .

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
"CABARANNYA BERBEZA '

Assalamualaikum Salam Birdie Selamat bercuti golfers.... NHCNY utk semua chinese members.Membina minat secara berjemaah....
17/02/2026

Assalamualaikum
Salam Birdie

Selamat bercuti golfers.... N
HCNY utk semua chinese members.

Membina minat secara berjemaah. Lebih lebih lagi sukan golf ini juga adalah sukan berkump**an. Disinilah gunanya bila berkump**an, mencari setiap dari kesilapan kita berpandukan dari pemantauan rakan golfers kita. Chicken Wings lah, shank lah, cepat sangat angkat kepala dan sebagainya.

Makanya, ianya membantu kita mengenal pasti kesalahan dan kesilapan kita dari segi cara membuat pukulan yang lebih baik dan sempurna.

Bagi yang lebih pro tu, tegurlah rakan kita yang baru berkecimpung dengan berhemah, agar dapat menyempurnakan pukulan dan bermain dengan hc yang lebih baik dimasa yang terdekat ini. Insha Allah.


KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
" CABARANNYA BERBEZA"

Assalamualaikum Salam Birdie Tanggal 8 February 2026, melakar sejarahnya tersendiri. PERTANDINGAN GOLF 4 PENJURU VOL.3, ...
13/02/2026

Assalamualaikum
Salam Birdie

Tanggal 8 February 2026, melakar sejarahnya tersendiri. PERTANDINGAN GOLF 4 PENJURU VOL.3, telah berjaya dilaksanakan setelah beberapa kali tertangguh disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan.

Kemenangan dipateri oleh team KIMBORIAN'S. Sekalung ucapan tahniah buat mereka.

Semoga berjumpa lagi di pusingan berikutnya.

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
" CABARANNYA BERBEZA ".

Ramadan Golf Promotion 2026
13/02/2026

Ramadan Golf Promotion 2026

Assalamualaikum Salam Birdie Berempat atau berenam.... Itu tiada masalah..Yang jadi masalahnya masa. Janji pukul sekian ...
11/02/2026

Assalamualaikum
Salam Birdie

Berempat atau berenam.... Itu tiada masalah..
Yang jadi masalahnya masa. Janji pukul sekian sekian. Tapi sama macam tak janji. Ini yang sebenarnya serba sedikit melibatkan juga gangguan kepada mental yang terlibat.

Bila bermain dengan masa ini, ianya banyak melibatkan cara pengurusan masa kita yang mungkin sedikit kurang cakna.

Ianya lebih lebih lagi apabila melibatkan ketepatan masa. Ada yang dibatalkan penyertaan berpunca dari sikap buruk bila berurusan dengan masa.

Maka itu, mulalah kalian belajar
Menguruskan waktu dengan baik dan sesempurna mungkin.

KELAB GOLF DIRAJA PEKAN
" CABARANNYA BERBEZA"

09/02/2026

Assalamualaikum
Salam Birdie

Hole in one..... Betul r kata pro yang lama. Hole in one ni, senang dicari, namun sukar untuk di dakapi kemanisannya.

SEKALONG UCAPAN TAHNIAH DARI KAMI WARGA KELAB GOLF DIRAJA PEKAN

Tahniah pro Ahmad Syahmi.... Melakar HIO di hole 15. Mencipta kejayaan peribadi termanis ditahun baharu 2026 ini.

Kemanisan dijulang bersama disaksikan oleh flite mate, yg turut bersorak sorai tanda meraikan HIO ini.

J
KELAN GOLF DIRAJA PEKAN
" CABARANNYA BERBEZA"

Address

Royal Pekan Golf Club
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Royal Pekan Golf Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Royal Pekan Golf Club:

Share