Squad Pancung Kuantan FC

Squad Pancung Kuantan FC Official page of Squad Pancung FC. Based in Kuantan. Founded in 2018.

2026, we are back into the scene 😉
02/01/2026

2026, we are back into the scene 😉

HARI PERLAWANAN 🫵Pasukan Squad Pancung Kuantan FC akan bertemu dengan juara liga Pekan iaitu FC Belacan pada petang ni j...
30/07/2023

HARI PERLAWANAN 🫵

Pasukan Squad Pancung Kuantan FC akan bertemu dengan juara liga Pekan iaitu FC Belacan pada petang ni jam 5PM di Padang Majlis Daerah Pekan.

Perlawanan pada pusingan pertama telah menyaksikan pasukan FC Belacan menang 2-1 di Sukan Arena.

Kemenangan pada petang ini akan menjadikan pasukan SP Kuantan FC sebagai pasukan pertama dari zon Kuantan untuk layak ke pusingan suku akhir di Jengka. Kini, SP Kuantan FC adalah pendahulu liga dengan 13 mata di dalam 6 perlawanan.

Ayuh kita lakukan yang terbaik untuk mendapat tempat di pusingan suku akhir yang akan berlansung di Jengka nanti.

SQUAD PANCUNG FIRST BLACKOUT EDITION PRE-ORDER DAN GIVEAWAY JERSEY 🤩👉 Langkah untuk memenangi jersey give away: 1. Like ...
23/07/2023

SQUAD PANCUNG FIRST BLACKOUT EDITION PRE-ORDER DAN GIVEAWAY JERSEY 🤩

👉 Langkah untuk memenangi jersey give away:

1. Like post ini.
2. Tag 3 rakan anda di ruangan komen.
3. Kongsi posting ini di Instagram atau Facebook stories anda dan tag akaun kami

👉 Maklumat untuk pre order:

1. Jersi dijangka siap di dalam masa 14 hari selepas tempahan dihantar.
2. Bayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank FSG.
3. Tekan link whatsapp di bawah untuk membuat tempahan atau ingin mengetahui sebarang maklumat lanjut.

📲 https://wa.link/n3w6zi

All the best dan thank you for supporting us guys 🫵🙌

NEXT MATCH‼️Pasukan Squad Pancung Kuantan FC akan bertemu dengan GCMA FC pada hari Sabtu ini jam 5 petang di Kuantan Spo...
21/07/2023

NEXT MATCH‼️

Pasukan Squad Pancung Kuantan FC akan bertemu dengan GCMA FC pada hari Sabtu ini jam 5 petang di Kuantan Sport Center.

Kemenangan pada perlawanan ini akan meletakkan SP Kuantan FC sebelah kaki untuk layak ke peringkat suku akhir pertandingan.

Ayuh berikan sokongan yang padu buat pasukan kita pada Ahad ini 👊

Semoga kita peroleh kemenangan yang seterusnya 🙌

TAMAT PERLAWANAN 🏴‍☠️Squad Pancung Kuantan FC berjaya mengumpul 3 mata seterusnya dengan jaringan 7-3 ke atas pasukan Re...
11/07/2023

TAMAT PERLAWANAN 🏴‍☠️

Squad Pancung Kuantan FC berjaya mengumpul 3 mata seterusnya dengan jaringan 7-3 ke atas pasukan Real Kuantan FC.

Penyerang (U20) kami iaitu Amir Eimran menambah lagi jumlah jaringan di musim ini dengan catatan sebanyak 8 jaringan di dalam 5 perlawanan.

Tahniah diucapkan kepada para pemain dan semoga kita kekal fokus kepada perlawanan seterusnya.

MATCHDAY ‼️Squad Pancung Kuantan FC akan bertemu dengan pasukan Real Kuantan FC pada petang ini jam 5PM di Kuantan Sport...
09/07/2023

MATCHDAY ‼️

Squad Pancung Kuantan FC akan bertemu dengan pasukan Real Kuantan FC pada petang ini jam 5PM di Kuantan Sport Center pada pusingan kedua saingan Liga Amatur Pahang 2023.

Perlawanan pertama menentang pasukan Real Kuantan FC telah memberikan kemenangan kepada pasukan kita.

Diharap pasukan Squad Pancung Kuantan FC akan memberikan aksi yang terbaik pada petang ini untuk terus memberi saingan di dalam peringkat kump**an kejohanan ini.

Come on Squad Pancung! 👊

📸 SP KUANTAN VS MFT 📸
05/07/2023

📸 SP KUANTAN VS MFT 📸

LAPORAN PRESTASI PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA LIGA AMATUR PAHANG 2023 📄Pasukan SP Kuantan yang baru sahaja menghabiskan s...
03/07/2023

LAPORAN PRESTASI PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA LIGA AMATUR PAHANG 2023 📄

Pasukan SP Kuantan yang baru sahaja menghabiskan saingan di Selangor Amateur League Division 1 2023 telah bermula dengan cemerlang di dalam saingan Liga Amatur Pahang 2023 dengan mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah di dalam 4 perlawanan.

Statistik menunjukkan pasukan SP Kuantan telah mencatatkan 11 gol (G/A: 2.75 per game) dan bolos sebanyak 7 kali di dalam 4 perlawanan (G/C: 1.5). Hasil daripada persiapan rapi pasukan yang telah bersama di dalam beberapa kejohanan sebelum ini sejak daripada Kuantan Merdeka Cup 2022, Liga TAG 2023 dan Selangor Amateur League 2023, pasukan SP Kuantan kini menunjukkan persembahan yang lebih matang dan agresif terutama sekali di bahagian penguasaan bola ketika perlawanan dan corak serangan bertempo tinggi.

Perkara ini dapat dilihat sendiri di dalam 4 perlawanan terdahulu dan juga pada malam semalam di mana pasukan MFT yang mempunyai ‘best defensive record’ di dalam liga setakat ini terpaksa menukar formasi kepada 5 pertahanan seawal 20 minit pertama selepas diasak berkali-kali oleh pasukan SP Kuantan.

Dari segi pemain p**a, pasukan SP Kuantan boleh dikatakan telah menggunakan ‘full squad rotation’ bagi memberi peluang dan ruang untuk setiap pemain memahami corak permainan yang ditekankan oleh barisan kejurulatihan. Hal ini kerana matlamat barisan kejurulatihan pasukan adalah untuk mengekalkan corak permainan sebagai satu ‘playing culture’ daripada mengharapkan ‘individual ability/‘star player’’ untuk mencari kemenangan.

Pasukan SP Kuantan juga boleh dikatakan belum lagi menurunkan ‘full XI strength’ setakat 4 perlawanan terdahulu. 2 pemain import yang pernah bermain di Liga Super Zambia (ZSL) dan Liga Jepun U21 (JFL U21) dan juga bekas pemain M3 dan M4 yang berpengkalan di Kuala Lumpur masih belum diturunkan demi memberi ruang kepada pemain muda untuk mendapat minit permainan.

Secara kesuluruhan, para pengurusan kejurulatihan berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan namun terdapat beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan lagi sekiranya pasukan ingin menjadi pencabar utama kejohanan Liga Amatur Pahang 2023.

Sekian sahaja laporan kali ini.

- SP KUANTAN FC

Tied at full time. We’ll meet again soon 🥶
02/07/2023

Tied at full time.

We’ll meet again soon 🥶

MATCHDAY ‼️🆚 MFT FC📅 2/7/23 ⏰ 745PM📍 Sukan Arena, Kuantan
02/07/2023

MATCHDAY ‼️

🆚 MFT FC
📅 2/7/23
⏰ 745PM
📍 Sukan Arena, Kuantan

Address

Pekan
26600

Telephone

+60109378720

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Squad Pancung Kuantan FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Squad Pancung Kuantan FC:

Share