Persatuan Bola Jaring Hilir Perak

Persatuan Bola Jaring Hilir Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Bola Jaring Hilir Perak, Amateur Sports Team, Pekan Getah.

πŸ“£ KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA HILIR PERAK 2026 🏐πŸ”₯Persatuan Bola Jaring Hilir Perak (PBJ HiPer) dengan kerjasama Majlis ...
20/08/2026

πŸ“£ KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA HILIR PERAK 2026 🏐πŸ”₯

Persatuan Bola Jaring Hilir Perak (PBJ HiPer) dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah membuka penyertaan kepada remaja sekitar Hilir Perak untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Remaja Hilir Perak 2026.

πŸ“… Tarikh: 19 September 2026
πŸ“ Tempat: SJK(C) San Min 1
πŸ‘§ Umur: 13 – 20 tahun
🏠 Terbuka kepada remaja yang bermastautin di Hilir Perak

⚠️ TERHAD KEPADA 8 PASUKAN TERAWAL SAHAJA!

πŸ† HADIAH MENARIK
πŸ₯‡ Johan: RM300 + Medal + Sijil
πŸ₯ˆ Naib Johan: RM200 + Medal + Sijil
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: RM150 + Medal + Sijil
πŸ… Tempat Keempat: RM100 + Medal + Sijil

πŸ—“οΈ Tarikh tutup penyertaan: 10 September 2026

πŸ“ Pendaftaran:
https://forms.gle/GbVBJoq3GUtv7yy38

πŸ“² Untuk maklumat lanjut:
013-689 7165

πŸ”₯ Jangan tunggu lama! Bentuk pasukan anda dan rebut peluang menjadi antara 8 pasukan terawal.

Mohon bantu share & sebarkan kepada remaja serta pasukan bola jaring sekitar Hilir Perak. ❀️🏐

πŸ“Œ MESYUARAT AJK PERSATUAN BOLA JARING HILIR PERAK (PBJ HiPer)Alhamdulillah, Mesyuarat AJK Persatuan Bola Jaring Hilir Pe...
18/08/2026

πŸ“Œ MESYUARAT AJK PERSATUAN BOLA JARING HILIR PERAK (PBJ HiPer)

Alhamdulillah, Mesyuarat AJK Persatuan Bola Jaring Hilir Perak telah berlangsung pada 11 Ogos 2026 bertempat di Kopi dan Pizza, Bandar Baru Teluk Intan.

Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada perbincangan dan persediaan bagi dua kejohanan yang bakal dilaksanakan:

🏐 Kejohanan Bola Jaring JPKK 2026
🏐 Kejohanan Bola Jaring Remaja Hilir Perak 2026

Pelbagai perkara, cadangan serta pembahagian gerak kerja telah dibincangkan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Terima kasih kepada semua AJK yang hadir serta memberikan komitmen, pandangan dan kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung. πŸ’

Semoga segala perancangan yang dirangka dipermudahkan dan menjadi satu lagi usaha dalam memperkasa serta membangunkan sukan bola jaring di Hilir Perak. πŸ’ͺ🏐

🀍 ZIARAH CAKNA PERSATUAN BOLA JARING HILIR PERAK 🀍Alhamdulillah, selesai sudah Program Ziarah Cakna Persatuan Bola Jarin...
31/07/2026

🀍 ZIARAH CAKNA PERSATUAN BOLA JARING HILIR PERAK 🀍

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ziarah Cakna Persatuan Bola Jaring Hilir Perak yang diadakan pada hari ini bagi menziarahi keluarga Allahyarhamah Atikah dan Allahyarhamah Dania.

Allahyarhamah Atikah dan Allahyarhamah Dania merupakan antara pemain yang aktif dalam sukan bola jaring serta sering menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Jaring Hilir Perak. Pemergian mereka amat dirasai dan sentiasa dikenang oleh seluruh warga bola jaring Hilir Perak.

Dalam ziarah ini, Persatuan Bola Jaring Hilir Perak turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan sokongan kepada keluarga kedua-dua Allahyarhamah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi, Ahli Majlis Tertinggi serta semua yang turut hadir dan memberikan sumbangan bagi menjayakan program ziarah ini. Semoga segala amal kebajikan yang dihulurkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh kedua-dua Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa mereka, melapangkan kubur mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. 🀲

πŸ“Œ MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN BOLA JARING HILIR PERAKAlhamdulillah, Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persat...
28/07/2026

πŸ“Œ MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN BOLA JARING HILIR PERAK

Alhamdulillah, Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Jaring Hilir Perak telah berjaya diadakan bagi membincangkan perancangan serta hala tuju persatuan.

Antara agenda yang dibincangkan ialah:
🏐 Sukan Pembangunan
πŸ† Kejohanan JPKK
πŸ‘‘ Piala Datin Farzana

Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Majlis Tertinggi yang hadir serta memberikan pandangan, idea dan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung.

Semoga segala perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan lancar demi pembangunan sukan bola jaring di Hilir Perak.

SALAM TAKZIAHPersatuan Bola Jaring Hilir Perak merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergi...
27/07/2026

SALAM TAKZIAH

Persatuan Bola Jaring Hilir Perak merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian dua insan yang amat dikasihi,
Allahyarhamah Nur Dania Arissa
dan
Allahyarhamah Nur Atikah Binti Abdullah

Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Persatuan Bola Jaring Hilir Perak

πŸ“ Perjumpaan Bersama Penghulu-penghulu Mukim, Hilir PerakTarikh : 21 Julai 2026Tempat : Madam Hans CafePerjumpaan ini di...
23/07/2026

πŸ“ Perjumpaan Bersama Penghulu-penghulu Mukim, Hilir Perak

Tarikh : 21 Julai 2026
Tempat : Madam Hans Cafe

Perjumpaan ini diadakan bagi menilai pelaksanaan kejohanan, membincangkan segala kekuatan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan sebagai persediaan untuk penganjuran yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Penghulu Mukim Hilir Perak, Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Jaring Hilir Perak serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan idea sepanjang menjayakan kejohanan ini.

Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuhkan demi pembangunan sukan bola jaring di daerah Hilir Perak.

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING PIALA PEGAWAI DAERAH HILIR PERAK 2026 🏐Alhamdulillah, Kejohanan Bola Jaring Piala Pegawai Daerah...
23/07/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING PIALA PEGAWAI DAERAH HILIR PERAK 2026 🏐

Alhamdulillah, Kejohanan Bola Jaring Piala Pegawai Daerah Hilir Perak 2026 telah melabuhkan tirainya pada 20 Jun 2026 dengan jayanya di Arena Square, Teluk Intan.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya barisan jawatankuasa pelaksana, urus setia, pegawai pertandingan serta semua yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam memastikan kejohanan ini berjalan lancar.

Penghargaan juga kepada Pegawai Daerah Hilir Perak serta semua tetamu kehormat yang hadir memberikan sokongan dan memeriahkan kejohanan ini.

Semoga penganjuran kejohanan seperti ini dapat terus memperkasakan sukan bola jaring serta mengeratkan hubungan komuniti di daerah Hilir Perak.

πŸ“Έ Sekitar kemeriahan sepanjang Kejohanan Bola Jaring Piala Pegawai Daerah Hilir Perak 2026.

🏐 LIGA SUKAN KOMUNITI HILIR PERAK 2026 🏐Alhamdulillah, Liga Sukan Komuniti Hilir Perak 2026 telah melabuhkan tirainya de...
15/06/2026

🏐 LIGA SUKAN KOMUNITI HILIR PERAK 2026 🏐

Alhamdulillah, Liga Sukan Komuniti Hilir Perak 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan, komitmen dan prestasi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. Syabas juga kepada para pemenang yang berjaya merangkul kemenangan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua urus setia, pegawai pertandingan, jurulatih, pemain, penyokong serta pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kejohanan ini.

Terima kasih kepada Presiden dan Naib Presiden Persatuan Bola Jaring Hilir Perak serta Pegawai Belia Dan Sukan Hilir Perak, Puan Farahin yang turut hadir memeriahkan majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memajukan pembangunan sukan bola jaring di Hilir Perak.

πŸ”₯ PERTANDINGAN BOLA JARING πŸ”₯πŸ† Piala Pegawai Daerah Hilir Perak (Tertutup Hilir Perak Sahaja)  πŸ“… : 20 Jun 2026 (Sabtu)Jom...
10/06/2026

πŸ”₯ PERTANDINGAN BOLA JARING πŸ”₯
πŸ† Piala Pegawai Daerah Hilir Perak (Tertutup Hilir Perak Sahaja)

πŸ“… : 20 Jun 2026 (Sabtu)

Jom sertai kejohanan bola jaring yang bakal menghangatkan arena! πŸ’ͺπŸ”₯

Peluang terbaik untuk tunjuk bakat, bina teamwork dan bawa pulang hadiah lumayan!

⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Arena Square, Teluk Intan8

πŸ’° Hadiah Menarik Menanti:
πŸ₯‡ Johan: RM1000
πŸ₯ˆ Naib Johan: RM700
πŸ₯‰ Ketiga: RM500
πŸ… Keempat: RM300

πŸ’΅ Yuran: RM100 / pasukan
⚠️ TERHAD kepada 16 PASUKAN sahaja!

πŸ“² Daftar segera: 013-689 7165 (Cikgu Mala)
πŸ”— Link pendaftaran:
https://forms.gle/DpgZ6moSz9tb4Zuq6⁠�

Jangan lepaskan peluang! Slot terhad! πŸ”₯🏐







08/06/2026

Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Bola Jaring Piala Pegawai Daerah.

πŸ“… Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
πŸ•’ Masa: 3.30 Petang
πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat HiPer, Aras 3, PDTHP

Mesyuarat penyelarasan telah diadakan bersama Puan Mufidah Mahfodz bagi membincangkan persiapan dan pelaksanaan Kejohanan Bola Jaring Piala Pegawai Daerah. Perbincangan meliputi aspek pengurusan pertandingan, penyelarasan jawatankuasa, teknikal kejohanan serta perkara-perkara berkaitan bagi memastikan kejohanan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Persatuan Bola Jaring Hilir Perak komited untuk memberikan kerjasama dan sokongan terbaik dalam menjayakan kejohanan ini.

Address

Pekan Getah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bola Jaring Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share