29/10/2024
Teringat dulu masa bagi talk dekat satu sekolah elit melayu berasrama penuh ... tengah-tengah bagi talk salah seorang student SMS bapak dia tak puas hati dengan kata-kata saya atas pentas.
Dalam beberapa ketika bapak dia sampai ke dewan bersama mak dia ... berdiri di belakang pentas. Bila habis sesi pertama 10.30 pagi saya turun pentas utk rehat dan minum pagi ... saya disekat oleh bapak budak ni ...
Ayat pertama dia ...
Saya engineer negeri ****
Ini isteri saya pensyarah universiti ****
Awak cakap apa kat anak saya???
Whattttt??!!!
Saya bukan cakap kat anak encik sorang.
Satu dewan kena lecture dengan saya.
Awat anak encik terover terasa pulak? Huhhh ...
So fragile and vulnerable !!
Saya dalam proses mengubat jiwa anak-anak muda. Baru belah tak jahit tak letak ubat lagi ... encik tunggu sampai habis talk saya boleh?
Then, dia tunggu sesi kedua.
Cikgu2 dah cemas ...
Belum sempat habis sesi kedua parents tu dah cabut tinggalkan sekolah dengan satu nota .. Anak diapun cabut jugak ...
Nota tu tertulis ...
"Maafkan saya ..."
Huhhhh ... bagaimanalahhh nasib negara ni akan datang.
Jiwa anak mudanya yg sangat rapuh dan fragile ...
Sikit2 ngadu ... sikit2 ngadu ...
Mak bapakpun sama ...
Sanggup drive jauh2 datang hanya kerana hati anak tersentuh dengan kata-kata cikgu ...
Lepas tu bangga dsangat dengan kerjaya dan pencapaian duniawi pinjaman Allah ...
Sebenarnya kan kata2dalam program motivasi itulah yg menjadikan kau sedar diri faham tak?
Bagaimanalah kau nak pertahankan negara ni nanti jika diserang adik oiii ...
At last akhirnya nanti satu masa ... semua cikgu / semua penceramah motivasi / semua pendakwah hanya akan cakap yg baik-baik yg lembut-lembut yang manja2 yang sedap telinga kau dengar sahaja lah kan ...
Yang pasal kemusnahan tamadun, kejahatan, kebiadaban umat, rasuah, salah guna kuasa, kiamat dah dekat dsbg tak boleh sebut ...
Mengganggu emosi lah konon ...
Wallahu'alam ...
Jommm kita latih diri kita dan diri anak-anak kita memiliki hati dan jiwa yang kental ... Kerana itulah yg negara ini perlukan sangat-sangat sekarang ni ...