Kelantan City Fans Club

Kelantan City Fans Club OFFICIAL KELANTAN CITY FANS CLUB ⚔️

💬 HAKIMI LENGKAPI SKUAD, KINI SIAP HADAPI MANJUNG CITY FCKelantan City FC kini melengkapkan senarai pendaftaran pemain b...
04/09/2026

💬 HAKIMI LENGKAPI SKUAD, KINI SIAP HADAPI MANJUNG CITY FC

Kelantan City FC kini melengkapkan senarai pendaftaran pemain bagi musim 2026/2027 selepas kemasukan pemain sayap anak jati Kelantan, Hakimi Abdullah, sebagai antara pemain terakhir yang didaftarkan bersama pasukan.

Pengurus Pasukan Kelantan City FC, Encik Wan Muhd Ridhuan Abdullah berkata, skuad The Blue Fighters kini dibentuk mengikut kuota yang dibenarkan oleh Amateur Football League (AFL), merangkumi 23 pemain senior, tujuh pemain Bawah 23 Tahun (B-23) serta tiga pemain import.

Menurut beliau, pemilihan Hakimi bukan dibuat semata-mata atas faktor beliau merupakan anak jati Kelantan, sebaliknya pemain itu telah melalui proses penilaian dan dikenal pasti oleh barisan kejurulatihan.

“Pengambilan Hakimi telah dinilai dan dikenal pasti oleh barisan kejurulatihan. Kita melihat kepada kemampuan, pengalaman serta kesesuaiannya dengan struktur pasukan.

“Dalam masa yang sama, hakikat bahawa beliau merupakan anak jati Kelantan turut memberi nilai tambah kerana beliau memahami budaya, semangat dan karakter bola sepak negeri ini,” katanya.

Wan Muhd Ridhuan berkata, kombinasi pemain senior, pemain muda dan import yang dibentuk diharap mampu memberikan keseimbangan kepada pasukan, terutama dalam menghadapi jadual pertandingan yang menuntut konsistensi serta kekuatan skuad secara menyeluruh.

Kehadiran Hakimi sekali gus menambah pilihan di bahagian serangan Kelantan City FC, dengan pengalaman serta kualiti yang dimilikinya diharap mampu memberikan dimensi tambahan kepada corak permainan The Blue Fighters sepanjang musim ini.

Wan Muhd Ridhuan turut memaklumkan bahawa sekiranya Hakimi berada dalam keadaan bersedia, pemain berkenaan berpeluang diturunkan pada aksi menentang Manjung City FC malam esok di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

“Sekiranya beliau berada dalam keadaan bersedia, barisan kejurulatihan akan mempertimbangkan untuk menurunkannya. Namun keputusan akhir tetap bergantung kepada tahap kecergasan, persediaan dan keperluan taktikal pasukan,” katanya.







Selamat datang ke Kelantan City FC, Hakimi Abdullah! 🔴🔵Kelantan City FC dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pemain say...
04/09/2026

Selamat datang ke Kelantan City FC, Hakimi Abdullah! 🔴🔵

Kelantan City FC dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pemain sayap, Muhammad Hakimi Abdullah, kini sah menyertai pasukan bagi memperkuatkan cabaran Liga A1 musim 2026/2027.

Anak jati Pasir Mas, Kelantan ini membawa pengalaman luas selepas pernah beraksi bersama Kelantan FA, Terengganu FC, Kelantan Darul Naim FC dan Negeri Sembilan FC, selain mempunyai pengalaman bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Hakimi yang beraksi di posisi sayap kiri turut mampu bermain di bahagian kanan. Kepantasan, keberanian melakukan gerakan satu lawan satu serta kebolehannya membantu mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Kehadiran Hakimi juga membawa makna tersendiri apabila beliau kembali beraksi bersama pasukan dari negeri kelahirannya, kali ini dengan membawa pengalaman yang telah dikutip sepanjang perjalanan kariernya.

Semoga Hakimi dapat menyesuaikan diri dengan segera, memberikan komitmen terbaik dan bersama-sama membantu The Blue Fighters mencapai sasaran yang ditetapkan musim ini.








🏆 LIGA A1 SEMI-PRO 2026/27Perlawanan seterusnya bagi skuad kendalian Wanderly Machado yang akan berkunjung ke manjung🆚 M...
03/09/2026

🏆 LIGA A1 SEMI-PRO 2026/27

Perlawanan seterusnya bagi skuad kendalian Wanderly Machado yang akan berkunjung ke manjung

🆚 Manjung City FC
📅 05 Sept 2026, Sabtu
⏰ 8.45 Petang
🏟️ Stadium Majlis Perbandaran Manjung




03/09/2026

Kelantan city teruskan perjalanan ke manjung malam ini untuk hadapi perlawanan kedua bertemu manjung city







🔴🔵 SESI PEMULIHAN PASUKAN DI KOLAM RENANGPara pemain mengikuti program pemulihan di bawah kendalian jurulatih kecergasan...
03/09/2026

🔴🔵 SESI PEMULIHAN PASUKAN DI KOLAM RENANG

Para pemain mengikuti program pemulihan di bawah kendalian jurulatih kecergasan di kolam renang Kelantan Golf & Country Club (KGCC). Ini dilakukan demi memastikan pemain pulih dari kekejangan otot selepas aksi perlawanan Piala FA, semalam.

Pasukan akan bertolak ke Manjung malam ini dalam aksi Piala A1 Semi Pro malam Sabtu nanti.







🏆 PIALA FA 2026/2027📸📸 I Antara aksi-aksi Kelantan City FC 2 - 0 Negeri Sembilan FC semalam.⚽️ 7’ Ahmad Nazri⚽️ 84’ Emma...
03/09/2026

🏆 PIALA FA 2026/2027

📸📸 I Antara aksi-aksi Kelantan City FC 2 - 0 Negeri Sembilan FC semalam.

⚽️ 7’ Ahmad Nazri
⚽️ 84’ Emmanuel Ikechukwu






03/09/2026

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Buat Semua Penyokong The Red Fighters🔵🔴⚪️

03/09/2026

Terima Kasih Para Penyokong Yang Hadir🔥Tanpa Anda Siapalah Pegawai Dan Para Pemain Berjuang Seorang Diri Diatas Padang🔵🔴⚪️





SOROTAN PERLAWANAN | PIALA FA 2026–2027 | R16 (1)Kelantan City FC 2-0 Negeri Sembilan FC -27
02/09/2026

SOROTAN PERLAWANAN | PIALA FA 2026–2027 | R16 (1)

Kelantan City FC 2-0 Negeri Sembilan FC

-27

Road To The Final | Piala FA R16 (1) -27
02/09/2026

Road To The Final | Piala FA R16 (1)

-27

Address

Pasir Mas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan City Fans Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category