PASIR MAS Natino Fitness Centre

PASIR MAS Natino Fitness Centre Natino Fitness Centre

23/09/2021

Kelantan Annarita

Anda ingin tempat selesa untuk berzumba ???Ya disini ...NATINO FITNESS CENTRE1.AIRCOND2.LAMINATING FLOOR KHAS UNTUK SENA...
05/04/2021

Anda ingin tempat selesa untuk berzumba ???

Ya disini ...NATINO FITNESS CENTRE

1.AIRCOND
2.LAMINATING FLOOR KHAS UNTUK SENAMAN
3.HANYA RM6 SEJAM
4.AHAD,ISNIN SELASA ,RABU ,KHAMIS -5.30 MALAM
AHAD, SELASA,JUMAAT 8.30 MALAm
5.MESRA PELANGGAN
6.INSTRUCTOR BERTAULIAH

CONTACT- CIKGUNA 0129876856

Use Waze to drive to Natino Fitness Centre:
11/12/2020

Use Waze to drive to Natino Fitness Centre:

Real time driving directions based on live traffic map updates from Waze – Get the best route to your destination from fellow drivers

20/11/2020
04/10/2020

kelas zumba hanya rm6 sejam di Natino Fitness Centre jom

Ahad hingga khamis jam5.30pm

28/09/2020

Anda ingin tempat selesa untuk berzumba ???

Ya disini ...NATINO FITNESS CENTRE

1.AIRCOND
2.LAMINATING FLOOR KHAS UNTUK SENAMAN
3.HANYA RM6 SEJAM
4.AHAD -SABTU JAM 5.30pm
KECUALI JUMAAT
5.MESRA PELANGGAN
6.INSTRUCTOR BERTAULIAH

CONTACT- CIKGUNA 0129876856

27/09/2020

Hari ini kelas ZUMBA jam 5.30 ptg
Bayaran hanya rm6
Kelas selesa -aircond

Bawa kasut + tuala kecil+ air kosong

Anda pasti tak akan kecewa

Jadual

Ahad 5.30pm-6.30pm
Isnin 5.30pm-6.30pm
Selasa 5.30pm-6 .30pm
Rabu 5.30pm-6.30pm
Khamis 5.30pm-6.30pm
Jumaat cuti
Sabtu 5.30pm-6.30pm

call /wassap Cikgu Na 0129876856

24/09/2020

Kenapa kita perlu bersenam?
Anda tahu kenapa kita perlu bersenam?
Setiap individu perlu sihat mental dan fizikal untuk mencapai kehidupan yang berkualiti dan bahagia. Parameter kualiti hidup bukan terletak kepada berapa banyak duit di bank tetapi berapa banyak yang kita boleh menyumbang kepada diri,keluarga dan orang lain. Untuk terus menyumbang, kesihatan fizikal dan mental harus diutamakan!

Aspek penjagaan kesihatan bukan hanya terletak kepada penjagaan makanan semata-mata, tatpi juga aktiviti fizikal. Dalam artikel kali ini, kita akan bincangkan alasan tersirat kenapa kita perlu bersenam. Semoga menjadi titik-tolak perubahan gaya hidup kita!

1) Menguatkan jantung kita.
Jantung adalah organ penting dalam tubuh kita. Fungsi utama jantung ialah untuk mengepam darah ke seluruh sistem kardiovaskular kita. Senaman kardiovaskular membantu dalam melancarkan aliran darah ke seluruh sistem. Ia merangsang jantung kita untuk mengepam lebih kuat dan lebih banyak darah, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Kelancaran perjalanan darah juga mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Darah yang mengalir membawa oksigen yang diperlukan dari paru-paru dan juga nutrien ke seluruh badan. Ini adalah alasan kukuh kenapa kita rasa segar dan bertenaga selepas bersenam. Selain itu, bersenam juga meningkatkan HDL kolestrol yakni kolestrol baik dan menurunkan LDL kolestrol yakni musuh ketat bagi penyakit jantung.

2) Membantu pengawalan berat badan
Setiap orang memerlukan badan yang sihat, betul? Badan yang sihat bukan hanya berdasarkan penampilan luaran tetapi juga kita dapat rasa badan kita sihat dan kuat! Setiap individu mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bertambah berat badan jika tidak aktif secara fizikal dan apabila semakin berumur. Tubuh kita hanya perlukan kalori tertentu sahaja untuk berfungsi dengan baik. Lemak akan berkumpul jika kita mengambil lebih banyak kalori dari yang diperlukan. Jadi, rutin senaman diperlukan untuk membakar lebihan kalori supaya ia tidak disimpan sebagai lemak dan seterusnya menambah berat badan. Kehilangan lebihan lemak dari badan akan menjadikan kita lebih sihat dan kelihatan bertenaga.

3) Menguatkan tulang dan otot
Semakin bertambah usia, semakin tinggi kebarangkalian j***m dan ketumpatan tulang kita berkurang. Ini mengakibatkan penyakit lemah tulang seperti osteoporosis. Senaman seperti angkat berat dan senaman resistan lain yang menggunakan otot dikatakan mampu menguatkan otot, mengekalkan meskipun tidak meningkatkan ketumpatan tulang. Jadi, penting untuk bersenam bagi membantu menguatkan tulang dan otot.

4) Meningkatkan kualiti tidur pada waktu malam
Siapa yang mahu membazir masa tidur dengan melihat empat penjuru bilik tidur atau mengira kambing-kambing sehingga pagi? Kes**aran untuk tidur akan menyebabkan stress dan kecelaruan pada siang hari. Kajian menunjukkan, senaman yang sederhana sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak dan berkualiti bagi individu yang mengalami kes**aran untuk tidur. Siapa yang tidak s**a tidur? Jadi mula bersenam sekarang dan nikmati 8 jam waktu tidur!

5) Membina mood yang lebih baik.
Siapa yang tidak mahukan mood yang lebih baik? Dengan mood yang baik kita mampu membuat apa sahaja kita mahu dengan hati yang senang. Senaman yang teratur mampu mengaktifkan neurotransmitter (bahan kimia yang digunakan oleh sel saraf untuk berhubung antara satu sama lain) yang mengelakkan kemurungan. Keseimbangan bahan ini membantu mengelakkan kemurungan dan respon secara aktif terhadap aktiviti harian. Dengan kata lain, senaman bersifat seperti ubat anti-kemurungan.

6) Mengurangkan risiko kencing manis.
Otot yang aktif akan lebih mudah untuk menerima insulin. Lebihan lemak dalam badan mengurangkan sensitiviti insulin (hormon yang diperlukan untuk metabolisma glukosa darah). Jadi, individu yang gemar bersenam mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk menghidapi penyakit kencing manis.

7) Memerangi kanser
kanser payudara, kolon, endometrial dan ovari mungkin antara yang terkesan dengan senaman. Ada kajian mencadangkan, 4-7 jam senaman sederhana ke senaman yang lebih agresif mampu mengurangkan risiko kanser. Tiga kajian menyatakan jika anda menghidap kanser payudara atau kolon, senaman akan mengurangkan risiko penyakit untuk kembali.

sumber :
TANYA DIETITIAN

21/09/2020

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan tubuh badan individu bekerja dalam masa yang lama. Kemampuan ini berdasarkan kepada keberkesanan jantung, paru-paru dan saluran darah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan. Aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah senamrobik, ujian berlari 12 minit dan ujian berbasikal 3.2 km. Daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik. Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang, ia boleh diambil berdasarkan kadar nadi rehat.

sangat cergas >>>>> bawah 50 denyutan seminit
cergas >>>>> 51 -69 denyutan seminit
sederhana >>>>> 70 -80 denyutan seminit
tidak cergas >>>>> lebih daripada 80 denyutan seminit.

DAYA TAHAN OTOT

Daya tahan otot ialah kemampuan otot mengecut berulang kali dalam jangka masa yang lama. Contohnya berjalan, berlari atau menaiki tangga. Bagi mengukur daya tahan otot, aktiviti yang boleh dilakukan ialah lompat dekam (untuk mengukur daya tahan otot kaki).

KEKUATAN OTOT

Kekuatan otot ialah keupayaan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi halangan. Contohnya ketika beradu gusti lengan dengan rakan sebaya. Lengan rakan bertindak sebagai halangan atau daya yang mesti diatasi. Aktiviti tersebut memerlukan kekuatan otot. Aktiviti lain yang berkait rapat dengan kekuatan otot seperti mendagu.

KELENTURAN

Kelenturan membantu tubuh badan kita untuk bergerak lancar tanpa merasa kekok. Kelenturan yang baik ialah apabila sendi-sendi boleh bergerak pada jarak yang maksimum. Secara ringkasnya boleh dikatakan tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin. Ini dapat dilihat melalui aktiviti menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut.

KOMPOSISI TUBUH BADAN

Komposisi tubuh badan berkait dengan kandungan lemak dalam tubuh. Jika sesorang individu itu aktif dalam kegiatan fizikal, kandungan lemak dalam tubuh badannya akan berkurang. Kandungan lemak yang wajar untuk tubuh badan seseorang perempuan ialah antara 20% hingga 25%. Manakala bagi lelaki antara 12% hingga 17%.

KEMAMPUAN MOTOR

Kemampuan motor ialah komponen kecergasan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kemahiran. Kemampuan motor melibatkan enam perkara :

Ketangkasan – kemampuan menukar arah dan kelajuan semasa bergerak
Kuasa – kombinasi kekuatan otot dan kelajuan
Kelajuan – kebolehan badan bergerak ke satu arah dengan cepat
Imbangan – kemampuan mengekalkan tubuh badan dalam keadaan stabil
Kordinasi – keberkesanan dan kesergaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan
Masa Tindak Balas/ Reaksi – jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan kerja yang menguntungkan.

sumber mieji 2892Search
Just another WordPress.com site
komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Address

Pasir Mas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASIR MAS Natino Fitness Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share