02/08/2026
Permohonan Tajaan Pasukan Pasir Mas Soccer Academy (PMSA).
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan penuh hormat, kami daripada Pasir Mas Soccer Academy (PMSA) ingin memohon sumbangan atau tajaan daripada pihak tuan bagi membantu menampung kos pengurusan pasukan, pembelian peralatan sukan dan penyediaan jersi pasukan.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan, nama atau logo syarikat/perniagaan tuan akan dicetak pada jersi rasmi pasukan kami serta dipaparkan dalam bahan promosi pasukan sepanjang musim pertandingan.
Sumbangan dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai dan akan menjadi pemangkin semangat kepada para pemain untuk terus mengharumkan nama Akademi BolaSepak di Pasir Mas dalam arena sukan.
Segala pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.