10/11/2025
INDONESIA | 5-9 November 2025 | 3rd Batam International Pencak Silat Open Championship 2025
Pasukan Silat Malaysian University yang di kelolakan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selalu Pusat Sukan Tumpuan Silat KPT telah mengharumkan nama negara apabila berjaya dinobat selaku Johan Keseluruhan bagi 3rd Batam International Pencak Silat Open Championship 2025 yang berlangsung pada 5–9 November 2025 bertempat di Botania Mall 2, Batam, Indonesia.
Kejohanan ini menghimpunkan lebih 30 pasukan daripada Indonesia, Singapore, Japan, Timor Leste, Brunei, Thailand dan Malaysia.
🏆 Keputusan :
🥇 Gold: Malaysian University (MAS)
🥈 Silver: SUKMA Wilayah Persekutuan (MAS)
🥉 Bronze: 57K (MAS)
🏆 Pesilat Terbaik Putra : Muhammad Rofiqi bin Nazri (Malaysian University)
Pencapaian ini membuktikan bahawa semangat, disiplin, dan kerja berpasukan mampu membawa nama Malaysia dan UTHM ke persada dunia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada jurulatih, atlet, serta pengurusan Pasukan Silat Malaysian University atas dedikasi dan usaha keras yang telah membuahkan hasil membanggakan ini!
Semoga kejayaan ini menjadi peransang kejayaan dan pengalaman berharga pasukan bagi menghadapi ASEAN University Games (AUG) 2026 Kuala Lumpur.