Kuak Hill Resort

Kuak Hill Resort Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kuak Hill Resort, Recreation Center, Parit Buntar.

Bismillah,Buat KHR RANGERS yg beragama Islam, sama² kita hayati oerkongsian min ni ya!Mat ri ye buat semua!Taqabballahu ...
09/04/2024

Bismillah,

Buat KHR RANGERS yg beragama Islam, sama² kita hayati oerkongsian min ni ya!
Mat ri ye buat semua!
Taqabballahu minna wa minkum

https://www.facebook.com/share/JKKyGT1eumUbx4dv/?mibextid=xfxF2i

Sunnah & Adab Sempena Aidilfitri

1- Disunatkan mandi dan bersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya) : buang bulu-bulu pada badan, kemaskan janggut, potong kuku, pakai wangi-wangian.

2- Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan atau tempat solat, dikatakan sebagai simbolik membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa.

3- Memakai pakaian yang terbaik.

4- Memperbanyakkan Takbir.

Takbir terbahagi kepada dua. Takbir mutlak atau mursal dan takbir muqayyad. Pada Aidilfitri, hanya disunatkan takbir mutlak sahaja.

Takbir mutlak atau mursal : Takbir yg dilaungkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa terikat dengan solat.

-Waktu bermula pada kedua-dua hari Raya ialah selepas gelincir matahari iaitu masuknya hari baru iaitu selepas masuknya waktu maghrib. Berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.

5- Pergi awal ke tempat solat bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat kerana mengikut perbuatan Nabi Muhammad ﷺ.

Disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat sunat Aidilfitri untuk memberi ruang kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah pada waktu yg afdhal iaitu sebelum solat, manakala disunatkan menyegerakan solat sunat Aidiladha untuk segera menjalankan acara korban.

6- Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi dan ketika p**ang. Tidak menaiki kenderaan melainkan kerana terdapat keuzuran seperti sakit, lemah dan jauh, maka tidak mengapa untuk menaiki kenderaan.

Saidina Jabir r.a meriwayatkan, "Apabila Hari Raya, Nabi Muhammad ﷺ membezakan jalan (pergi melalui jalan lain dan p**ang melalui jalan lain) - Riwayat Bukhari.

Disunatkan ketika pergi ke tempat solat untuk melalui jalan yg lebih jauh kerana pergi lebih afdhal daripada p**ang. Supaya jalan-jalan yg dilaluinya menjadi saksi atas ibadatnya dan supaya memperbanyakkan pahalanya. Ini disunatkan dalam apa jua ibadat ibadat seperti pergi Solat Jumaat, Haji dan menziarahi orang sakit.

7- Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur). Tujuannya untuk menyaksikan kebaikan, sama-sama berdoa bersama umat Islam dan mendengar khutbah.

Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian melainkan yg baunya hanya memadai untuk dirinya sahaja.

8- Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar.

Saidina Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yg menghidupkan dua malam Hari Raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati." - Riwayat Ibnu Majah.

Maksud 'mati hati' ialah keghairahan dan cinta terhadap dunia yg meresap masuk ke dlm hati. Ada beberapa pendapat lain; mati hati ialah kufur atau ketakutan pada hari kiamat.

Berkenaan hadith ini, Imam al-Nawawi r.h dalam al-Azkar menyebut bahawa status hadith ini dhaif. Beliau menyatakan lagi, "Tetapi hadith-hadith (yg membicarakan tentang) Fadhail (kelebihan amalan) dihukumkan bertasamuh: bertolak ansur padanya." Hadith dhaif boleh diguna pakai untuk Fadhail dan Targhib wa Tarhib (galakan dan ancaman) selagi mana ia tidak bersangatan dhaifnya atau maudhu': palsu.

9- Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya). Kerana tiada yg lebih penting daripada solat.

Abu Burdah, Anas, Al-Hasan dan Jabir bin Zaid solat sebelum keluarnya imam pada Hari Raya - Riwayat Baihaqi.

Imam Syafie r.h berkata, “Telah sampai khabar kepada kami, bahawa doa dimakbulkan pada 5 malam. Malam Jumaat, dua malam hari raya, malam awal Rajab dan malam Nisfu Syaaban.”

10- Sunat mengucapkan tahniah sempena Hari Raya seumpama ucapan تقبل الله منا ومنك "Taqabbalallahu minna wa minka" yg bermaksud, "Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu."

Inilah yg diamalkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ sebagaimana yg diriwayatkan oleh Sayyiduna Jubair bin Nufair r.a, "Apabila para sahabat Nabi SAW bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan تقبل الله من ومنك." Kata Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani r.h, sanad riwayat ini hasan.

________________

Rujukan :

- al-Azkar, karangan Imam al-Nawawi r.h
- Fath al-Bari, karangan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani r.h
- al-Muktamad fi al-Fiqh al-Shaf'ii, Dr. Muhammad Al-Zuhaili hfz

08/04/2024

Testing... Testing!
Nampaknya ramai yg dah otw balik ke Kampung ya! Dah sampai mana tu agaknya?
Kalau balik kampung x sampai 2jam perjalanan tu, bukan balik kampung namanya eh! Tu merentas desa saja gais!
😂😂😂
Semoga semua selamat dlm perjalanan pergi dan p**ang! insyaAllah
⛰️
PB

Alhamdulillah dah 15 hari kita berpuasa.Maknanya ada berbaki 15 hari lagi untuk kita berpuasa dan menyambut aidilfitri y...
26/03/2024

Alhamdulillah dah 15 hari kita berpuasa.
Maknanya ada berbaki 15 hari lagi untuk kita berpuasa dan menyambut aidilfitri ya!
So min nak bawa khabar gembira buat semua!
KHR mengadakan diskaun sebanyak 30% untuk semua villa ya! 30% terhad pada hari AHAD - KHAMIS sahaja!
Pakej yang amat sesuai untuk mencari ketenangan Ramadhan dan menambah ibadah dalam ketenangan alam semulajadi. insyaAllah
Kami juga ada menyediakan Surau yang luas dan selesa demi keselesaan anda semua!
Jadikan pengalaman Ramadhan bermunajat anda sebagai pengalaman yang terindah. insyaAllah
Seperti biasa leh la jenguk web kami utk bookings tarikh korang ke KHR di: https://kuakhillresort.com atau boleh call /WA perunding pelangan kami di talian panas 013-870 5101
So, kita Jumpa di sana ya gais! insyaAllah
🍃 *COME HOME TO NATURE* 🏕

.
⛰️
PB

Salam Ramadhan.Pejam celik, pejam celik dah hari ke Sabalas (11) kita berpuasa ya. Alhamdulillah min masih penuh berpuas...
22/03/2024

Salam Ramadhan.
Pejam celik, pejam celik dah hari ke Sabalas (11) kita berpuasa ya. Alhamdulillah min masih penuh berpuasa, bagaimana p**a dengan anda disana!
😅😆😅😆😅
Ok gais, ini ada latest info n package yg KHR sedang buat promosi ya! Kira all in lah utk package FAMILY DAY @ KHR ni.
Korang akan dapat full excess kepada setiap fasilities KHR ya! Apa yg korang akan dapat tu?
Tgk list dibawah; 👇🏻👇🏻👇🏻
✅ Glampsite
✅ Lunch & Dinner
✅ Pool Access
✅ ATV
✅ Raflesia Tracking
✅ Air Terjun Sg Kooi
✅ BBQ
✅ Dusun Buah2an (musim durian terbaik)
✅ Karaoke
✅ Dan b*k lagi!!!
So since kami dah buka booking utk tempahan sepanjang tahun, amik planner korang vais dan tempahlah slot terusss dengan kami!
Seperti biasa leh la jenguk web kami utk bookings tarikh korang ke KHR di: https://kuakhillresort.com atau boleh call /WA perunding pelangan kami di talian panas 013-870 5101
Seperti biasa mgkin panggilan/ WA kami akan sedikit dibalas memandangkan terdapat traffic yg berat sememangnya dr sambutan KHR² Rangers diluar sana.
So, kita Jumpa di sana ya gais! insyaAllah
Aik, x like lagi ke page kami? Like la sikit! Kan! 😍😍😍
INSTAGRAM:
https://www.instagram.com/kuakhillresort/
TIKTOK:
https://www.tiktok.com/
Show some love 💕 gais! Thengs! (Thanks)
🍃 *COME HOME TO NATURE* 🏕

.
⛰️
PB

11/03/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat Pagi gais, KHR Rangers diluar sana!
Alhamdulillah esok kita dipertemukan lagi dengan sebuah bulan yang penuh dgn keberkahan iaitu Ramadhan.
insyaAllaah esok umat Islam di Malaysia akan berpuasa.
Mari kita bersama-sama memperbanyak dan melipatgandakan amalaan kita dalam bulan yg istimewa ini ya!
Owh ya, pihak KHR juga ada menawarkan harga bilik yang menarik untuk anda semua sempena bulan ini* (tertakluk kepada terma dan syarat)
insyaAllaah min akan announce lepas dapat details daripada pihak pengurusan.
Mari kita ambil mood sedikit dgn vids time laps ini.
View daripada villa 2 KHR!
MASYAALLAH, TENANG je kan? 😘😘😘
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat KHR Rangers yg beragama Islam walaupun dimana anda berada!
Ramadhan Kareem.
So, kita Jumpa di KHR ya gais! insyaAllah
Aik, x like lagi ke page kami? Like la sikit! Kan! 😍😍😍
INSTAGRAM:
https://www.instagram.com/kuakhillresort/
TIKTOK:
https://www.tiktok.com/
Show some love 💕 gais! Thengs! (Thanks)
🍃 *COME HOME TO NATURE* 🏕


⛰️
PB

Address

Parit Buntar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuak Hill Resort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share