Armstrong Table Tennis Equipment - Malaysia Distributor

Armstrong Table Tennis Equipment - Malaysia Distributor Table Tennis Equipment Original From Japan

Jualan Barangan Armstrong dan juga baju replika ping-pong di Kejohanan ping-pong di Tasek Gelugor
05/08/2023

Jualan Barangan Armstrong dan juga baju replika ping-pong di Kejohanan ping-pong di Tasek Gelugor

Ada permintaan dari sahabat ping-pong di Malaysia ingin tahu berat getah-getah Armstrong.Tujuan beliau adalah untuk pemb...
11/07/2023

Ada permintaan dari sahabat ping-pong di Malaysia ingin tahu berat getah-getah Armstrong.
Tujuan beliau adalah untuk pembangunan sukan ping-pong terutama bagi kanak-kanak dan begitu juga yang perlukan berat yang ideal dalam permainan seseorang itu.
Jadualnya spt dibawah:
Rumusan ringkas:
1) Getah licin Armstrong Hikari SR7 2.1mm thk,Sponge 42 ideal bagi penggunan di FH bagi kanak-kanak utk imbangkan berat setup ditangan.

2) Getah Pip Armstrong Attack 8 PZC-SP,sponge 25 Deg,1.5mm sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bermain medium pip,boleh diletakkan di bhg FH dan BH.

3) Getah Pip Armstrong Attack 8,Sponge 53 Deg p**a sesuai bagi mereka yang sudah biasa dengan medium pip, boleh menghasilkan kepantasan dan kejahatan dalam tempo permainan pengguna itu.

*Timbangan tidak pada kesemua getah Armstrong berikutan hanya dilakukan pada stok yg ada di tangan.

Bagi mereka yg berminat utk ketahui ttg produk-produk Armstrong,boleh chit-chat sy pada whatsapp dibawah:

https://wa.me/+60102885224

Sekian

Ijanz aka Hang Kebun.

Stok terbaru getah Armstrong sudah sampai!!Tetapi dimaklumkan  harga promosi telah berakhir sejak Jun 2023 setelah hampi...
12/06/2023

Stok terbaru getah Armstrong sudah sampai!!
Tetapi dimaklumkan harga promosi telah berakhir sejak Jun 2023 setelah hampir 6 bulan getah ini diperkenalkan ditanahair kita. Harga jualan ini adalah bagi menampung kos belian + duti import yang agak tinggi yg selama ini ditanggung oleh admin bagi memberi peluang pada player-player pip tanahair merasai sendiri getah Armstrong ini.

Sebenarnya getah telah sampai 2 minggu lepas tetapi disebabkan kekangan masa yang agak sibuk kebelakangan ini,tidak dpt update status ke dalam page ini.

Kali ini getah Armstrong didatangkan dengan pelbagai variasi sponge hardness dari 25 deg (PZC-SP) hinggalah 55 deg (Special Super Hard)

Bagi baru-baru berjinak nak mencuba dari getah licin,short pip ke medium pip,boleh lah mencuba dgn sponge hardness yg lembut(25 deg)/medium hard (40++) dahulu atau juga pada mereka yg sukakan efek pip yg agak "goyang",disesuaikan dengan penggunaan model getah itu.
Kesesuaian boleh dipakai dibhg forehand dan backhand.
Namun bagi mereka yang lebih "pakar" dlm pip,akan boleh terus mencuba dgn sponge hardness yang belih keras.(53 dan 55 deg)
💪💪💪

3 model klasik dr Armstrong:
(Dijual dari 20 tahun lepas hingga kini)
-Rosin-l: Top sheet lebih tacky
-Aka Mark Max-Kurang tacky berbanding Rosin
-Attack 8-Medium pip yg sebenar.

Jadi dengan menggabungkan sponge hardness yg keras (53 dan 55) dgn top sheet diatas,secara teorinya akan meningkatkan efek pip nya dan lebih laju.Bagi player yang gemar bermain dgn smash,smash ribut,smash letop,ini adalah getah yg sesuai untuk anda 🙂🙂

Admin sudah pandu uji selama 2-3 minggu menggunakan blade primorac carbon,tamca 5000..Hasilnya agak memukau bila dgn penambahan speed dari blade dipindahkan kpd sponge yg keras menghasilkan efek pip yang tinggi.
bila berada diposisi blocking,anda boleh rasakan kenikmatan block yg mana bola yg dikembalikan kepada pihak lawan mempunyai energi yg misterius,mampu membuatkan pihak lawan hilang rhythm untuk menyerang kembali.

Mungkin tiada masalah bagi pengguna pip yg tegar sebelum in merasainya tapi perlukan latihan yg lebih pd pengguna yg baru berjinak ke dalam dunia medium pip khususny kerana kekerasan sponge itu.

2 pemain jepun iaitu Ai Fukuhara dan Minami Ando menggunakan getah Armstrong Attack 8 sponge hardness 53 deg.
https://tabletennis-reference.com/player/detail/9
https://tabletennis-reference.com/player/detail/2050

Disenaraikan juga stok getah yg ada buat masa ini.
PM whatsapp laju-laju sementara stok masih ada.

Sebarang pertanyaan tentang getah Armstrong,
Boleh direct whatsapp saya di
https://wa.me/+60102885224

Armstrong RosinAntara getah versi awal dikeluarkan oleh Armstrong sebaris dengan Attack 3,Attack 8,Aka Mark dan lain-lai...
17/05/2023

Armstrong Rosin

Antara getah versi awal dikeluarkan oleh Armstrong sebaris dengan Attack 3,Attack 8,Aka Mark dan lain-lain lagi.
Berdasarkan pemerhatian biji pips,nampak jelas bentuk trapezoid+cylindical nya bila di zoom.
Biji lebih lembut dan sticky,sesuai dimain di fh@bh dan boleh memberi "feel" yg unik pada penggunanya.Sesuai digayakan utk bermain ala loop,blok dan flick.

Getah ini telah diguna ramai dari player eropah dan agak viral dahulunya di liga Perancis cuma di Malaysia kurang dikenali atas sebab susah mendapatkannya sebelum ini.
Armstrong Rosin ada ready stok skrg ini..
-Sponge 40 deg,1.5mm Merah dan Hitam
-Sponge 40 deg,1.8mm Merah dan Hitam
-Sponge 25 deg (PZC-SP),1.5mm Merah dan Hitam

Sebarang pertanyaan tentang getah Armstrong,
Boleh direct whatsapp saya di
https://wa.me/+60102885224

Variasi getah Armstrong yang telah mendarat sejak Sabtu lepas.Ada Yg bersifat spt Short Pip (Attack 3)Ada Yang bersifat ...
16/05/2023

Variasi getah Armstrong yang telah mendarat sejak Sabtu lepas.
Ada Yg bersifat spt Short Pip (Attack 3)
Ada Yang bersifat spt Medium Pip (Attack 8/Aka Mark Max/Rosin)
Ada yang bersifat Long Pip (Twister)
Ada juga getah licin (SH-I dan Hikari SR7)

Jika berminat atau ingin tahu tentang getah-getah ini, boleh terus whatsap saya di talian
https://wa.me/+60102885224

Kebanyakan pip grain getah-getah dari Armstrong mempunyai rekabentuk Trapezoid+Cylinder cuma ada perbezaan sedikit dari ...
15/05/2023

Kebanyakan pip grain getah-getah dari Armstrong mempunyai rekabentuk Trapezoid+Cylinder cuma ada perbezaan sedikit dari segi diameternya yang mana memberi impak dari segi permainan seseorang itu.
Disini saya ada menguji dan mengambil foto beberapa jenis model:
1) Attack 3
2) Aka Mark Max
3) Rosin

Perbezaan rekabentuk boleh dirumuskan seperti berikut:
1) Attack 3 :
-Top sheet medium hard.
-Cylinder dan trapezoid saiz lebih kurang sama.
-Permainan dan efek pip lebih kepada short pimple.
-Sesuai di pakai di fh/bh.
-Kurang menganggu dan mudah dimainkan bagi mengurangkan pemain membuat kesalahan-kesalahan mudah.

2) Aka Mark Max
-Topsheet lebih keras.
-Cylinder lebih besar dan trapezoid nya nampak lebih solid dan agak keras bila dibandingkan dgn attack 3@8.
-Permainan dan efek pip akan lebih kepada medium pip yang mana akan beri efek gangguan kepada pihak lawan bila kena dan menepati cara mainannya.
Permainan secara punch/hit amat digalakkan utk memaksimakan peluang menyerang pihak lawan semasa dalam rally.
-Sesuai di pakai di bh dan di fh masih boleh digayakan cuma perlu difahamkan ttg timing dan angle contactnya (saya pakai di fh/bh)

3) Rosin
-Top sheet lebih lembut dr Aka Mark Max/Attack 3@8
-Cylinder kecil sedikit dan trapezoid nya nampak lebih lembut bila dibandingkan dgn Aka Mark Max.
-Permainan dan efek pip akan lebih kepada medium pip yang mana akan beri lebih efek gangguan kepada pihak lawan bila kena dan menepati cara mainannya.
Permainan secara flick/side block amat digalakkan utk memaksimakan peluang menganggu permainan lawan bila keadaan block namun masih beri kesan yg baik bila dimainkan secara agresif (punch/hit)
-Sesuai di pakai di bh dan di fh masih boleh digayakan cuma perlu difahamkan ttg timing dan angle contactnya (saya pakai di fh/bh)

Jika berminat nak tahu lebih lanjut ttg getah ni,
Boleh whatsapp sy di nom ini:
https://wa.me/+60102885224

Armstrong AKA Mark Max Kali ini saya mengambil inisiatif dengan membawa masuk getah yang sama (top sheet  sama) tetapi b...
15/05/2023

Armstrong AKA Mark Max
Kali ini saya mengambil inisiatif dengan membawa masuk getah yang sama (top sheet sama) tetapi berbeza pada sponge thickness
Sponge merah:25 Deg (PZC-SP)
Sponge hijau:35 Deg (Premium Tension)

Saya sendiri akan pandu uji begitu juga sifu Bro Shah akan pandu uji dalam masa terdekat nanti.

Jika berminat nak tahu lebih lanjut ttg getah ni,
Boleh whatsapp sy di nom ini:
https://wa.me/+60102885224

Address

Parit Buntar
34200

Telephone

+60102885224

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armstrong Table Tennis Equipment - Malaysia Distributor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Armstrong Table Tennis Equipment - Malaysia Distributor:

Share