J's Thunderbolt Hockey Club

J's Thunderbolt Hockey Club ⚡ J’s Hockey Academy
C-TRG-16406 (KBS) | Based in Dungun
Training at IKBN Kemasik, Kemaman
Grassroots & Competitive Hockey
📧 [email protected]

23/01/2026

J’s Hockey Academy starts 2026 with a new target and a new journey.
The journey has just begun.

SIARAN MEDIA RASMIJ’S Fun Game & J’s Hockey Academy Family DayKemaman, Terengganu — J’S Fun Game dan J’s Hockey Academy ...
20/01/2026

SIARAN MEDIA RASMI

J’S Fun Game & J’s Hockey Academy Family Day

Kemaman, Terengganu — J’S Fun Game dan J’s Hockey Academy Family Day telah berjaya dianjurkan dengan jayanya sebagai satu inisiatif pembangunan hoki akar umbi yang memfokuskan kepada pembentukan bakat muda serta pengukuhan nilai kesukanan dalam kalangan pemain kanak-kanak.

Program ini menghimpunkan peserta J’S akademi sekitar negeri Terengganu dan sekolah jemputan sekitar kemaman dan dungun, melibatkan kategori bawah 12 tahun (U12) dan bawah 10 tahun (U10) bagi lelaki dan perempuan. Sepanjang kejohanan berlangsung, para pemain telah mempamerkan tahap disiplin, komitmen serta semangat kesukanan yang tinggi, selari dengan objektif penganjuran program.

Berikut adalah Keputusan Rasmi & Anugerah Pemain:



Kategori U12 Lelaki (U12 L)

Juara: J’S Turtle Team
Naib Juara: SK Teluk Kalong
Ketiga Bersama: J’S Thunder & J’S Academy U15

Pemain Terbaik: Muayyad (J’S Turtle Team)
Rising Star: Marwan (SK Teluk Kalong)



Kategori U12 Perempuan (U12 P)

Juara: SK Sri Iman (VIMAN)
Naib Juara: J’S Cloud
Ketiga Bersama: J’S Snow & J’S Tsunami

Pemain Terbaik: Jannah (J’S Cloud)
Rising Star: Aimi (SK Sri Iman)



Kategori U10 Lelaki (U10 L)

Juara: SK Meraga Beris
Naib Juara: J’S Dragon
Ketiga Bersama: J’S Tiger & SK Sri Iman (VIMAN)

Pemain Terbaik: SK Meraga Beris
Rising Star: Adem (J’S Tiger)



Kategori U10 Perempuan (U10 P)

Juara: SK Kerteh
Naib Juara: J’S Unicorn
Ketiga Bersama: SK Kg Nyior & J’S Kitty

Pemain Terbaik: Jazmina (SK Kerteh)
Rising Star: Zhafirah (J’S Kitty)



Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada individu yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang penganjuran program ini, khususnya Cg. Fariza, Pegawai Teknikal (PT) Kemaman, dan tidak lupa lupa Cg. Rafhan Harun, Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Terengganu, selaku wakil persatuan, atas sumbangan kepakaran, bimbingan serta pemantauan bakat.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada sekolah-sekolah jemputan yang telah memberikan penyertaan dan kerjasama yang sangat baik, melibatkan:

Daerah Kemaman
• SK Teluk Kalong
• SK Kerteh
• SK Sri Iman
• SK Meraga Beris

Daerah Dungun
• SK Kg Nyior

Penglibatan serta komitmen semua pihak yang terlibat telah menyumbang secara signifikan kepada kelancaran penganjuran serta kejayaan J’s Hockey Academy Family Day, selari dengan matlamat pembangunan sukan hoki di peringkat akar umbi.

KEJOHANAN FUN GAME 6S SEMPERNA J’S FAMILY DAYKEMASIK – Suasana penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan mewarnai Kejoh...
20/01/2026

KEJOHANAN FUN GAME 6S SEMPERNA J’S FAMILY DAY

KEMASIK – Suasana penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan mewarnai Kejohanan Fun Game 6s sempena J’s Family Day anjuran J’s Hockey Academy yang berlangsung di IKBN Kemasik, Sabtu lalu, 17 Januari 2026.

Kejohanan ini turut disertai lima pasukan jemputan, melibatkan empat sekolah dari daerah Kemaman iaitu SK Kerteh, SK Meraga Beris, SK Telok Kalong dan SK Seri Iman, serta satu pasukan dari daerah Dungun, SK Kampung Nyor.

Sepanjang kejohanan, padang menjadi saksi aksi-aksi santai namun kompetitif, diserikan dengan sorakan ibu bapa, senyuman para pemain serta kerjasama padu seluruh warga akademi. Program ini bukan sahaja menjadi medan permainan, malah mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan semangat kesukanan dalam komuniti hoki J’s.

Acara berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh keceriaan, menjadikan J’s Family Day satu kenangan bermakna buat semua yang terlibat.

This is the day we’ve been waiting for.Team j’s akan merebut kemenangan bersama 4 sekolah jemputan dari daerah kemaman d...
16/01/2026

This is the day we’ve been waiting for.

Team j’s akan merebut kemenangan bersama 4 sekolah jemputan dari daerah kemaman dan satu wakil tunggal dari dungun.

1st time club anjur kan family day ni 🥳Dan2nd time buat fun gameCategory yang di pertanding kan bagi fun game6 sebelah -...
12/01/2026

1st time club anjur kan family day ni 🥳
Dan
2nd time buat fun game

Category yang di pertanding kan bagi fun game

6 sebelah - u10 & u12
3 sebelah - u7
Goal shooting - parents

🥳🏆🏅Penutup program SPECIAL MATCH - parents vs u10 6 sebelah

Siapa lebih power? Anak atau mak ayah? 😄

Play Together, Stay Together

November Friendly match - sukpaJ’s hockey academy vs Gambang Panthers🏑💪
21/11/2025

November

Friendly match - sukpa

J’s hockey academy vs Gambang Panthers

🏑💪

Santai petang 3 penjuruPskpp/blackstik kemamanPskpp kuantanJs hockey academyTq kerana invite kami 💪🏑
21/11/2025

Santai petang 3 penjuru

Pskpp/blackstik kemaman
Pskpp kuantan
Js hockey academy

Tq kerana invite kami 💪🏑

Cerita open NHDP SelangorLetak sebagai kenangan 😘
19/10/2025

Cerita open NHDP Selangor

Letak sebagai kenangan 😘

Sports teach us that failure is just a lesson in disguise. Every missed shot, every loss, every mistake is a stepping st...
15/10/2025

Sports teach us that failure is just a lesson in disguise. Every missed shot, every loss, every mistake is a stepping stone toward greatness. Champions are the ones who learn, grow, and keep going.

🏑 Kejohanan Terbuka NHDP Selangor 2025📅 5 Oktober 2025📍 Stadium Hoki KPMGiliran pasukan lelaki J’s Hockey Academy p**a b...
07/10/2025

🏑 Kejohanan Terbuka NHDP Selangor 2025
📅 5 Oktober 2025
📍 Stadium Hoki KPM

Giliran pasukan lelaki J’s Hockey Academy p**a beraksi! 💪
Di bawah bimbingan Coach Faiz, dipantau oleh Head Coach, Coach Adi, serta diiringi oleh Coach Siti, anak-anak J’s turun dengan semangat luar biasa 🔥

💥 Keputusan Akhir:
🏅 Tempat Ke-4 keseluruhan!

Walaupun tak bawa balik piala, tapi setiap game mereka bagi 100% tenaga dan semangat pasukan.
Dari whistle pertama sampai terakhir — penuh fokus, teamwork & disiplin 👏

💚 Salute untuk Head Coach kita, Coach Adi!
Walaupun sibuk uruskan Team Perempuan Razak Cup, masih sempat mencelah datang, pantau dan bagi semangat pada anak-anak J’s 💪
Itu lah semangat yang buat pasukan ni terus berjuang sampai habis! 🔥

Tahniah buat semua pemain, coach dan parent yang terus beri sokongan 💚
Perjalanan kita masih panjang — next game kita datang dengan lebih kuat dan lapar kemenangan! ⚡

🏑 Kejohanan Terbuka NHDP Selangor 2025📅 4 Oktober 2025📍 Stadium Hoki KPMPertama kali turun gelanggang besar — Pasukan U1...
07/10/2025

🏑 Kejohanan Terbuka NHDP Selangor 2025
📅 4 Oktober 2025
📍 Stadium Hoki KPM

Pertama kali turun gelanggang besar — Pasukan U12 Perempuan J’s Hockey Academy 💚
Rata-rata pemain masih muda, berusia antara 8 hingga 10 tahun, tapi semangat mereka memang besar luar biasa! 🔥

Di bawah bimbingan Coach Siti dan pantauan rapat Coach Faiz, anak-anak J’s turun beraksi dengan penuh keyakinan dan disiplin 💪

📊 Rekod Peringkat Kump**an:
✅ Menang: 2
🤝 Seri: 1
❌ Kalah: 2

Layak ke peringkat suku akhir, dan walaupun perjuangan terhenti di situ, pengalaman ni jadi langkah pertama yang sangat bermakna 🌟

Tahniah buat semua pemain, coach dan parent atas sokongan yang padu! 💚
Next game… kita datang lagi dengan lebih kuat, lebih fokus, dan lebih berapi 🔥

Athlete: Coach, I think I’m done. I want to quit.Coach: All right. Let’s talk about why.Athlete: I’m exhausted. The earl...
28/09/2025

Athlete: Coach, I think I’m done. I want to quit.

Coach: All right. Let’s talk about why.

Athlete: I’m exhausted. The early mornings, the pain, the pressure. Some days I wake up wondering what I’m even chasing.

Coach: That’s not quitting. That’s being human. Doubt usually shows up when you’re close to something that matters.

Athlete: But I don’t even know if I’m good enough. Everyone around me seems stronger, faster… happier.

Coach: Comparison is a liar. It shows you their highlight reel but hides their struggle. You’re not here to beat them. You’re here to beat yesterday.

Athlete: What if I never win? What if I give everything and still fall short?

Coach: Then you’ll walk away with something most people never touch—truth. The kind you only find when you’ve emptied yourself for something bigger than comfort.

Athlete: So you think I should keep going?

Coach: I think you already know. If you truly wanted to quit, you wouldn’t be having this conversation. You just needed someone to remind you why it’s worth it.

Athlete: It hurts, Coach. Some days it really hurts.

Coach: Good. That means you care. Nothing worth having comes without pain. Breathe. You’ve survived every hard day so far. Don’t stop before the breakthrough.

Address

Paka

Telephone

+601124084924

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when J's Thunderbolt Hockey Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to J's Thunderbolt Hockey Club:

Share

Category