Klinik Dan Akademi Futsal Jerantut

Klinik Dan Akademi Futsal Jerantut Satu medium untuk melahirkan bakat-bakat dalam dunia Futsal serta memberikan input dari segi teknik dan ilmu dalam sukan Futsal. Hola Futsal! Sertai kami..

29/06/2015

Selamat malam semuaa....

19/05/2015

Terima kasih bg yg like page kami . . bg yg berminat utk hntr anak anda ke akademi futsal dan bola sepak kami sila pm kami atau call 014 5091928 (Al Jawad) . .

08/05/2015

Admin tolong post.

mencari bakat muda dlm bola sepak berumur 13-18 tahun. jika ada yang berminat pm kami... tq

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh duni...
06/05/2015

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.

PERALATAN DAN KEPERLUAN

• Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan.

Follow up:
• Permukaan gelanggang biasanya
menggunakan rumput sintetik,
alas sintetik, lantai parquet atau
simen yang boleh menyerap lantunan.

Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.
• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.
Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)
• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat
daripada bahan getah supaya sesuai dengan
semua permukaan gelanggang untuk cengkaman
yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap
pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah.

Gelanggang

BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

BOLA SEPAK
• Bola Size 5
• 11 pemain
• 3 gantian
• Balingan ke dalam
• Pengadil Utama dan 2 Pengadil Garisan
• Masa permainan dijaga oleh pengadil utama
• 45 minit separuh masa
• Tendangan Gol (Goal Kick)
• Undang-undang offside
• Kesalahan tidak terhad
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang ditendang semula kepadanya
• Tiada gantian untuk pemain yang dibuang padang
• Tendangan sudut di garisan “arc”

FUTSAL
• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 pemain
• Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Sepakan ke dalam
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
• Masa dijaga oleh penjaga masa
• 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
• Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara kalipun termasuk dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.

Selesai sesi untuk hari ni. Terima kasih bagi yang hadir. Bagi yg ingin mendaftar sila call terus kami 0145091928... Spe...
02/05/2015

Selesai sesi untuk hari ni. Terima kasih bagi yang hadir. Bagi yg ingin mendaftar sila call terus kami 0145091928... Special thanks untuk pasukan jemputan dari Kuala Lipis iaitu Junior Army F.C.

Good luck bagi yang menyertai hari esok. Futsalista "Disini lahirnya seorang Star"
01/05/2015

Good luck bagi yang menyertai hari esok. Futsalista "Disini lahirnya seorang Star"

Sebelum pendaftaran hari esok... Jemput ke sesi pendaftaran hari esok dan perlawan persahabatan jemputan pasukan Junior ...
01/05/2015

Sebelum pendaftaran hari esok... Jemput ke sesi pendaftaran hari esok dan perlawan persahabatan jemputan pasukan Junior Army F.C dari Kuala Lipis. Jam 8.30 pagi. Jumpa di homeground kami...

"Disini lahirnya seorang futsalista"

FUTSALSEJARAHFutsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang...
01/05/2015

FUTSAL
SEJARAH

Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.

Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan p**a, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Naman FUTSAL berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

WORLD OF SPORTS at 9:47 PM

01/05/2015

Adik adik yang nak main frendly esok pun dialu alukan.. Jam 8.30 pagi... Di homeground kami... Court futsal kwasan industri belakang shell jerantut...

01/05/2015

Jangan lupa sesi pendaftaran esok... Jumpa di court futsal industri belakang shell..

30/04/2015

Salam subuhhh....

30/04/2015

Salam jumaat dan selamat hari pekerja. Bg yg cuti hari ni ke mana destinasi anda?....

Address

Court Futsal Kawasan Industri Jerantut
Pahang Tua
27000

Telephone

014 5091928

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dan Akademi Futsal Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category