10/12/2025
- Dr Ali Akbar -
1. Ada orang kata Dr Ali Akbar itu bagus akhlaknya , elok kerjanya , bukan kerana partinya , tapi kerana akhlak beliau itu yang bagus. Jika beliau masuk parti lainpun beliau akan berwatak begitu.
2. Kamu betul dan kamu juga silap teman. Memangnya betul akhlak dan peribadi Dr Ali itu baik dan terpuji tapi wadah atau medan mana dia berjuang juga itu penting.
3. Malah ini diakui sendiri oleh beliau , yang beliau istiqamah berakhlak dan perilaku begitu kerana tarbiyah , didikan dan asuhan dari parti PAS. Jika di parti lain mungkin hanya baik sekadar baik tapi tidak secemerlang ini maksudnya.
4. Berapa ramai kita lihat individu yang baik dan bagus tapi apabila salah pilih wadah untuk berjuang , maka hanyut dan hilang ditelan kehidupan politik yang banyak dugaannya?
5. Mengapa juga kamu terlalu sukar menerima kebaikan yang dibawa PAS tapi boleh menutup sebelah mata pada parti yang rosak dan bermasalah?
6. Sedangkan kamu tahu , belum ada seorangpun pimpinan PAS yang didapati bersalah kerana rasuah atau menyeleweng (baca sakau) harta benda rakyat dan negara.
7. Dan semestinya kamu tahu bila berada dipuncak kuasa , tentu saja kamu akan dikerumuni taikun² kaya berharta yang sentiasa menghurung umpama semut menghurung gula mencari laba?
8. Namun Alhamdulillah , sehingga kini pimpinan PAS dari atas menurun ke bawah masih mampu menghindari suapan harta dan wang ringgit jika ada yang menghulurkannya.
9. Mengapa? Kerana tarbiyah Islam dan moral yang kami terima sebagai pimpinan dan ahli.
10. Jika kamu insan yang kepingin harta dan kesenangan dengan cara haram , moga Allah menjauhkan kamu dari jemaah ini.
11. PAS jalan terus.