03/07/2025
Tarian Ronggeng Yang Sebenar dalam Konteks Warisan Melayu bukan Dari Pemahaman Biasa yang Tidak Berdasarkan Ilmu dan Kefahaman atau Kajian
Ronggeng adalah budaya muzik dan tari orang Melayu yang tersurat didalamnya seni lagu, seni tari dan seni berbahasa yang tinggi nilainya. Garapan muziknya menunjukkan kearifan tempatan dengan gabungan pelbagai elemen sehingga gubahan, melodi, rentak, tekstur dan penyampaiannya menjadi lambang kesenian orang Melayu serumpun.
Gerak tarinya p**a bukanlah basa-basi. Ia sarat dengan makna simbolik yang menunjukkan falsafah pemikiran, kesantunan, pekerti dan jati diri orang Melayu. Bait-bait pantun di dalam lagunya p**a tersirat unsur kasih sayang, jenaka, nasihat, adat, kritikan sosial, dan macam-macam lagi.
Biarpun ronggeng dikenal pasti dengan kepelbagaian struktur dan gaya yang berbeza permainannya di sepanjang perairan di Selat Melaka hingga ke Selat Andaman, bentuk zahir Ronggeng Melayu ini mudah dan ringkas.
Umumnya ronggeng ditarikan berdasarkan satu kitaran lengkap yang menggabungkan tiga buah lagu berentak asli (senandung), inang (mak inang) dan joget (lagu dua). Penari, pemuzik dan penyanyi 'bermain' bersahaja dan santai namun perilaku dan adab senantiasa dijaga.
Penari melenggang dan melangkah bersahaja sesama pasangan di sepanjang kitaran lagu, penyanyi p**a berpantun mengusik pemain dan penonton.
Justeru itu ia digelar 'permainan ronggeng' yang sangat dekat di hati orang Melayu sehingga ronggeng mampu merentasi bangsa dan diminati penggemar seni bukan Melayu.
Contoh Tariang Ronggeng
1. https://youtu.be/WrnMCdhXJuI?si=McVFVSmQm6WsK69F
2. https://youtu.be/T4rJox4U0NI?si=_gV08p1X-WbUPST8
Persembahan Ronggeng Melayu oleh Fakulti Tari, ASWARA . Penari-penari terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fakulti Tari, ASWARA. ...