Cegah Bersama

Cegah Bersama Page ini bertujuan untuk menyebarkan info kesihatan dan isu semasa.

19/04/2021

Terkena jerat dek bubu rotan
Bersama lukah dan jaring berkait
Nanti mudarat seluruh badan
Kelak timbullah berbagai penyakit

17/04/2021

Kasihan. Kulit tersebut bukan sahaja tidak dapat diselamatkan. Ianya menyebabkan komplikasi kepada kulit dan merebak ke tempat lain. Si kecil dapat jangkitan kuman selepas seluruh tangannya melecur terkena air panas. Ini kerana rawatan awal yang diberikan si ibu adalah salah.

Masih terdapat nasihat di media sosial memberikan maklumat yang salah. Berhenti guna gamat, ubat gigi pada luka melecur. Ianya salah. Hanya perlu lalukan air dan balut dengan plastik pembungkus. Bawa terus pesakit ke hospital. Lebih awal pesakit dirawat lebih tinggi peluangnya untuk sembuh.

16/04/2021

😱 Baru tahu, susu UHT kalau dibuka perlu dihabiskan dengan segera jika tidak disimpan di peti sejuk. Kalau terbiar lama-lama di luar peti sejuk, adakah susu ini perlu dibuang? Jom lihat ketahanan susu seperti di bawah.

Susu botol/kotak (Pastur)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka - tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar - habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
- Kotak yang belum dibuka - Tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka - perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

Susu tepung
- Belum dibuka - boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama - tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

Susu frozen
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

Yougurt
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka - habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.

14/04/2021

Jika anda kerap rasa mengantuk (walaupun telah tidur secukupnya) dan kuat berdengkur sewaktu tidur, anda mungkin alami masalah SLEEP APNEA.

Berikut merupakan soalan untuk mengetahui risiko anda untuk mengalami masalah ini.

1. Adakah anda berdengkur kuat dan boleh didengar walau pintu bilik di tutup?

2. Adakah anda selalu rasa mengantuk pada waktu siang ?

3. Pernahkah sesiapa memberitahu anda tercekik atau tercungap semasa sedang tidur?

4. Adakah anda berusia 50 tahun ke atas?

5. Adakah BMI anda melebihi 35?

6. Adakah ukuran tengkuk anda melebihi 17 inchi?

7. Adakah anda lelaki?

* Jika jawapan anda YA melebihi 3, anda sudah ada risiko utk masalah sleep apnea

* Jika jawapan anda YA melebihi 5, anda ada risiko tinggi utk masalah sleep apnea.

Bagaimana ia berlaku?

Semasa tidur, otot tubuh akan berehat, termasuk otot di belakang lidah dan otot di sekitar saluran pernafasan.

Bagi sesetengah individu berisiko, tisu di sekitar tengkuk boleh menghimpit saluran pernafasan menyebabkan nafas terhenti untuk seketika semasa sedang tidur.

Dapatkan pemeriksaan segera jika anda berisiko tinggi

12/04/2021

Terkejut mentua apabila membuka peti sejuk rumah anda dengan stok makanan yang sudah berkurun lama tersimpan dan expired. Terasa malu sangat. Peti sejuk penuh dengan makan lama bagaikan muzium. Dah la kotor. 😭

Bilakah makanan-makanan ini perlu dibuang? Jom saksikan infografik di bawah. Hujung minggu ini kita gotong royong bersihkan peti sejuk ya.

09/04/2021

"Terasa cepat penat betul kebelakangan ini. Tapi bukan buat apa sangat. Dah tidur lama dan cuti lama pun masih terasa penat. Bukan buat apa sangat pun. Kerja pun bukan berat sangat." Kata Kak Radia pada anda.

Pernah dengar atau alami perkara di atas? Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ianya mungkin tiada masalah. Jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, ianya mungkin masalah kesihatan.

Jom lihat 6 punca masalah kesihatan yang biasa menyebabkan kita penat. Ini hanya beberapa sahaja. Banyak lagi punca. Berbincang dengan doktor anda tau.

05/04/2021

Posisi mencangkung sememangnya lebih baik untuk kesihatan namun ada alternatif yang dapat membantu pengguna tandas duduk. Letakkan kerusi pendek dan letakkan kaki seperti posisi mencangkung.

Jangan p**a duduk mencangkung di atas tandas duduk! Rosak penutup tandas dengan kesan tapak kaki.

02/04/2021

jaga kesihatan bersama ya

31/03/2021

9 Fakta Best, Lain Dari Lain !

1. Tahukah anda, satu-satunya organ yang boleh tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.

2. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.

3. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi. Ia adalah sejenis peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Ia juga akan melembabkan telinga kita. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri. Hehe

4. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan. Bertabahlah ya. Hehe.

5. Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung. Bak kata Almarhum Ustaz Ismail Kamus, bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita p**a yang akan 'jalan'. Wohaaaa !

6. Tahukah anda, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai mengarut & merepek. Hahaha.

7. Tahukah anda, mimpi terhasil bila aliran sel-sel otak saling 'berlanggaran'. Tu sebab mimpi kita pelik. Yang lagi pelik, 12% dari kita ni bermimpi dalam keadaan hitam-putih. Dah macam mimpi klasik gitu!

8. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haha! Bila last time lap skrin telefon tu? 😅

9. Tahukah anda, dianggarkan hanya 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal? Hehe

Nak tau lagi banyak fakta sains best pasal alam semesta, bumi, alam haiwan serta tentang tubuh badan kita? Segera dapatkan buku Teroka Sains 1, 2 dan 3 ya.

Segera klik link ni untuk dapatkan ya 👇🏻👇🏻

https://app.terokasains.com/shop/000233
https://app.terokasains.com/shop/000233

30/03/2021

1400g nasi banyak sangat tu 😓

29/03/2021

Status Terkini , 28 Mac 2021
Kes sembuh= 1,127
Jumlah kes sembuh=326,309
Kes baharu positif=1,302 (1,293 tempatan, 9 import)
Jumlah positif=341,944
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=1,255
Kes dirawat di ICU=169
Bantuan Alat Pernafasan=76

Address

Kompleks Niaga Melaka Perdana, Ayer Keroh, Melaka
Nyalas
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cegah Bersama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category