Akademi Bolasepak Wira Muda

Akademi Bolasepak Wira Muda “ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI EMAS BOLA SEPAK MALAYSIA “

🏆 𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐋𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀!⚽PESTA BOLA MERDEKA MADANI 7 SEBELAH U12 | 2026Alhamdulillah,...
01/09/2026

🏆 𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐋𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀!⚽

PESTA BOLA MERDEKA MADANI 7 SEBELAH U12 | 2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Selesai sudah perjalanan selama dua hari buat anak-anak Akademi Bola Sepak Wira Muda Bawah 12 Tahun dalam saingan Pesta Bola Merdeka Madani 7 Sebelah U12 Terbuka Pulau Pinang 2026.

Dua hari yang penuh dengan cabaran, kepenatan dan perjuangan.

Daripada perlawanan pertama sehinggalah ke perlawanan terakhir, pelatih-pelatih terus memberikan yang terbaik. Ada ketika permainan berjalan seperti yang kita mahukan, ada ketika mereka terpaksa berdepan tekanan dan keletihan, tetapi mereka terus berjuang bersama sebagai satu pasukan.

Dan akhirnya

𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐀𝐖𝐌 𝐔𝟏𝟐 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍! 🏆

Kejayaan ini tentunya sesuatu yang cukup menggembirakan buat seluruh pasukan. Namun bagi kami, apa yang lebih penting adalah melihat bagaimana pemain-pemain ini belajar untuk bersaing, mengawal emosi, membantu rakan sepasukan dan terus berjuang sehingga tamat permainan.

Piala ini adalah ganjaran kepada usaha mereka. Tetapi perjalanan dan perkembangan mereka masih panjang.

⭐ 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐖𝐀𝐈𝐒 𝐈𝐙𝐙𝐔𝐃𝐈𝐍

Lebih manis, pemain AWM Uwais Izzudin turut dinobatkan sebagai PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak penganjur.

Tahniah Uwais!

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras, terus belajar dan kekal merendah diri.

Anugerah individu memang sesuatu yang membanggakan, tetapi jangan lupa bahawa di belakang seorang pemain yang menerima anugerah, ada rakan-rakan sepasukan yang berjuang bersamanya.

Hari ini mungkin Uwais yang menerima penghargaan, esok mungkin giliran pemain lain p**a.

👏 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada seluruh barisan jurulatih yang bertungkus-lumus bersama pasukan sepanjang kejohanan.

Apa yang orang nampak mungkin hanyalah keputusan di atas padang dan piala yang dijulang.

Tetapi di belakangnya ada latihan, perancangan, teguran, pembetulan, perbincangan dan kesabaran dalam membimbing pemain-pemain ini.

Terima kasih coach-coach atas masa, tenaga dan komitmen yang diberikan kepada anak-anak AWM.

❤️ 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀

Dan sudah tentunya, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa.

Dua hari bersama anak-anak. Menghantar, menunggu, memberi semangat, menjaga makan minum dan terus berada di belakang pasukan tidak kira menang ataupun kalah.

Kami amat menghargai setiap pengorbanan tersebut.

Kita mungkin datang daripada keluarga yang berbeza dan mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi apabila bersama pasukan ini, kita mempunyai satu tujuan yang sama melihat anak-anak kita berkembang dan menjadi lebih baik.

Mari kita terus bersatu hati untuk anak-anak.

Jurulatih, ibu bapa dan pemain perlu terus bergerak dalam satu arah. Bila kita saling percaya, saling menyokong dan meletakkan perkembangan anak-anak sebagai keutamaan, insya-Allah perjalanan mereka akan menjadi lebih baik.

TAHNIAH AWM U12! 🏆

JUARA PESTA BOLA MERDEKA MADANI 7 SEBELAH U12 2026

CHAMPION HARI INI. ESOK KITA SAMBUNG KERJA LAGI.

🏆 𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐔𝟏𝟎 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐔𝟏𝟏Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang cukup bermakna buat anak-ana...
31/08/2026

🏆 𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐔𝟏𝟎 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐔𝟏𝟏

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang cukup bermakna buat anak-anak Akademi Wira Muda dalam Karnival Budak Bola Serie 2 Bawah 11 Tahun, sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Untuk kejohanan U11 kali ini, akademi membuat keputusan untuk memberikan peluang kepada majoriti pemain Bawah 10 Tahun untuk turun beraksi. Matlamat utama bukan meletakkan tekanan untuk mengejar kejuaraan, tetapi memberi mereka pendedahan bermain menentang pemain setahun lebih tua, menguji keberanian, fizikal serta tahap permainan mereka.

Beberapa pemain utama U10 juga tidak dapat bersama pasukan pada kejohanan ini atas beberapa faktor. Oleh itu, kita turut menambah beberapa pemain U11 untuk melengkapkan skuad.

Alhamdulillah, daripada sebuah kejohanan yang pada asalnya kita masuk untuk mencari pengalaman, anak-anak berjaya melangkah satu demi satu sehingga akhirnya dinobatkan sebagai JOHAN!

Lebih membanggakan, tiga anugerah individu turut menjadi milik AWM:

🏅 JURULATIH TERBAIK — COACH SHAHRIL
⭐ PEMAIN TERBAIK — THOHA
🧤 PENJAGA GOL TERBAIK — ADAM ARSHAD

Tahniah kepada Coach Shahril atas bimbingan dan pengurusan pasukan sepanjang kejohanan serta Coach Shahidan yang turut sama membangunkan pemain-pemain ini.

Penghargaan khas buat Coach Shahidan. Walaupun mempunyai komitmen kerja dan tidak dapat bersama pasukan sepanjang kejohanan, beliau tetap berusaha hadir di akhir-akhir untuk menyaksikan perlawanan akhir anak-anak didiknya. Terima kasih Coach.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa atas komitmen dan sokongan yang tidak pernah putus.

Bagi kami, piala ini satu bonus. Yang lebih menggembirakan ialah melihat pemain-pemain U10 berani bersaing dengan kelompok umur yang lebih tinggi dan membawa p**ang pengalaman yang akan membantu perkembangan mereka.

Tahniah anak-anak. Nikmati kemenangan hari ini, tetapi esok kita kembali belajar. Perjalanan masih panjang.

🥈 𝐀𝐖𝐌 𝐔𝟏𝟏 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐏 | 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, tahniah kepada skuad Akademi Wira Muda Bawah 11 Tahun yang be...
30/08/2026

🥈 𝐀𝐖𝐌 𝐔𝟏𝟏 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐏 | 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, tahniah kepada skuad Akademi Wira Muda Bawah 11 Tahun yang berjaya menamatkan saingan Merdeka Cup 2026 sebagai NAIB JOHAN CUP.

Kejohanan anjuran Kelab Bola Sepak Helang Manjung ini telah berlangsung di Kolej Vokasional Manjung, Perak.

Satu lagi kejohanan yang memberikan pengalaman dan pendedahan yang sangat baik kepada anak-anak kita. Setiap perlawanan memberi peluang kepada pemain untuk menguji kemampuan, belajar menghadapi tekanan serta memperbaiki kekurangan dalam situasi pertandingan sebenar.

Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan semangat juang yang diberikan sehingga berjaya melangkah ke pentas akhir. Jangan berhenti di sini masih banyak perkara untuk dipelajari dan perjalanan ampa masih panjang.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan jurulatih atas komitmen dan bimbingan sepanjang kejohanan serta kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, masa dan komitmen kepada anak-anak dan pasukan.

Tahniah AWM U11!
Hari ini kita bawa p**ang pengalaman dan satu lagi pelajaran untuk menjadi lebih baik selepas ini.

TERUS BELAJAR. TERUS BEKERJA. TERUS PERCAYA PADA PROSES.

29/08/2026

𝐀𝐋𝐋 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐒𝐓, 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐒𝐒𝐌! 𝐆𝐈𝐕𝐄 𝐘𝐎𝐔𝐑 𝐁𝐄𝐒𝐓. 𝐅𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐅𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆! 💪

💛 𝐄𝐕𝐄𝐑𝐘 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓𝐒 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐀 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌. 💙
27/08/2026

💛 𝐄𝐕𝐄𝐑𝐘 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓𝐒 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐀 𝐃𝐑𝐄𝐀𝐌. 💙

⚽ 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐌 𝐔𝟗 🤝Alhamdulillah, selesai perlawanan persahabatan Akademi Wira Muda Bawah 9 Tahun...
26/08/2026

⚽ 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐌 𝐔𝟗 🤝

Alhamdulillah, selesai perlawanan persahabatan Akademi Wira Muda Bawah 9 Tahun menentang Kelab Bola Sepak Impian Kembara malam ini di Padang Impian Kembara Tokun, Bukit Mertajam.

Satu lagi perlawanan yang memberikan pengalaman, minit permainan dan pembelajaran yang sangat baik kepada anak-anak U9 kita.

Perlawanan seperti ini penting untuk jurulatih melihat perkembangan pemain dalam situasi sebenar apa yang sudah baik kita teruskan, apa yang masih kurang kita bawa kembali ke latihan untuk diperbaiki.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Kelab Bola Sepak Impian Kembara atas jemputan, layanan serta kesudian mengadakan perlawanan persahabatan bersama AWM.

Tahniah anak-anak U9. Terus belajar, terus berani bermain dan nikmati proses perkembangan ampa.

⚽ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 | 𝐀𝐖𝐌 𝐔𝟗 Malam ini, skuad Bawah 9 Tahun Akademi Wira Muda akan turun beraksi dalam perlawanan ...
26/08/2026

⚽ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 | 𝐀𝐖𝐌 𝐔𝟗

Malam ini, skuad Bawah 9 Tahun Akademi Wira Muda akan turun beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Kelab Bola Sepak Impian Kembara di Padang Impian Kembara Tokun, Bukit Mertajam.

📅 26 Ogos 2026 | Rabu
⏰ 8.00 malam

Satu lagi peluang untuk anak-anak mendapatkan minit permainan, pengalaman dan menguji apa yang telah dipelajari dalam latihan.

Terima kasih kepada pihak Impian Kembara atas kesudian menerima kunjungan AWM.

Selamat beraksi anak-anak U9. Nikmati permainan, berani bermain dan berikan yang terbaik!

⚽ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇, 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 Setiap sesi latihan adalah peluang untuk belajar, memperbaiki diri dan berkembang seb...
25/08/2026

⚽ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇, 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆

Setiap sesi latihan adalah peluang untuk belajar, memperbaiki diri dan berkembang sebagai pemain. Teruskan usaha, anak-anak AWM!

🌙 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 🌙Dengan penuh rasa syukur, Akademi Bolasepak Wira Muda (AWM) mengucapkan Selama...
25/08/2026

🌙 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 🌙

Dengan penuh rasa syukur, Akademi Bolasepak Wira Muda (AWM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh keluarga besar AWM, para ibu bapa, jurulatih, pemain serta seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan meneladani akhlak, sifat mulia, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan menjadi pedoman dalam membentuk generasi muda yang berakhlak, berdisiplin, berilmu dan berbakti.

🤲 Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Rasulullah SAW Idolaku, Akhlak Mulia Inspirasiku. 💛💙






Address

201, Jalan Kerian Kedah, Sungai Jawi, Pulau Pinang
Nibong Tebal
14200

Telephone

+60149027646

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bolasepak Wira Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Bolasepak Wira Muda:

Shortcuts

Share