05/11/2021
Enjoy the journey
Alhamdulillah..MasyaAllah..Tabarakallah..
Antara kesyukuran saya setiap hari bila impian untuk membuat perubahan diri daripada membawa jentera berat kepada jentera yang ringan tercapai...🥰🥰🥰
Ringan sungguh rasa...
Senang bergerak
Lebih cergas
Tak sakit-sakit badan
Lutut tak selalu sakit
Lebih berkeyakinan
Dan yang buat saya gembira..dah hilang penyakit berbahaya yang bersarang lama dalam diri iaitu
Penyakit Malas..seyess..dulu memang penyakit tu la menguasai diri..semua kerja jadi tertangguh dan tak teratur..
Terima kasih buat suami Mohd Khairul Azuan Muhammad yang mencetus dan menjayakan misi sihat ini..pemilihan menu,penyediaan dan disiplin dalam mencapai target..kalau buat sendiri rasanya kelaut dalam⛴️🌊
Cabaran berat badan berlebihan ini biasa dikalangan ibu selepas mengandung dan saya pun tidak terkecuali..memang sedar tapi tak tahu cara dan tiada motivasi untuk tindakan..namun segala berubah dengan mengikuti program ini iaitu semasa anak ke 3 umur 2 tahun dan alhamdulillah beransur-ansur menampakkan hasil dan menjadi praktis harian. Sebelum ini jarang timbang berat tapi sekarang timbang berat itu satu kemestian untuk sedar diri🤩
Alhamdulillah..dengan kesihatan dan diri yang lebih baik doakan semoga kami terus istiqamah dan diberi kemudahan dan kelapangan dalam menuju redha ilahi💐🥰
Selamat tinggal 16kg beratku yang dahulu..tak pernah kukesali pemergianmu..
# kepada ibu2 yang ada masalah berat badan selepas bersalin, jom join program turun berat 21 Hari di kelab AS Healthy zone atau secara online🥰