25/07/2017
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Setelah dihujani pelbagai soalan dan salah paham berkenaan penganjuran Beris International Mountain Bike Jamboree bagi tahun ini. Pihak kami ingin menegaskan beberapa perkara dan berharap tiada salah faham lagi yang akan berlaku selepas ini.
page ini adalah merupakan FB Page bagi edisi pertama Beris International Mountain Bike Jamboree 2016 yang diuruskan sepenuhnya oleh Sports Element Group (SEG) yang mana juga merupakan pasukan rasmi teknikal bagi kejohanan tersebut pada tahun 2016.
Namun bagi tahun 2017, pihak SEG tidak lagi dilantik menjadi pasukan teknikal
Dalam erti kata lain, bagi BERIS 2.0 (2017), pihak SEG TIDAK LAGI MENGURUSKAN DAN BERTANGGUNGJAWAB dalam perkara-perkara berikut:
1- Penyediaan trek dan laluan perlumbaan, termasuk track marking, safety dan lain-lain
2- Susunatur permulaan dan penamat perlumbaan
3- Komunikasi dan radio amatur
4- Marshall dan crew bertugas
5- Laluan kecemasan dan ‘rescue”
6- Pendaftaran dan keputusan perlumbaan
7- Komisar
8- Bekalan serta kualiti baju dan tshirt rasmi kejohanan
9- Design atau rekabentuk tshirt, baju,banner dan lain-lain
10- Checkpoint perlumbaan & water station
Sebarang urusan atau pertanyaan berkenaan penganjuran pada tahun ini, sila kemukakan kepada pihak yg sepatutnya. Kesimpulannya, pihak SEG sehingga saat ini TIADA KAITAN dengan mana-mana penganjuran BERIS 2.0
Diharap penjelasan ini akan menjawab semua persoalan orang ramai berkenaan penglibatan SEG dalam penganjuran kali ini.
Terima Kasih