Nebulae Football Club - Nebulae FC

Nebulae Football Club - Nebulae FC Nebulae Football Club -Nebulae FC- Menerajui sukan futsal bagi Bahagian Mukah.

25.04.2025 (Jumaat)4:30 pmPadang Mesra MDDM MukahPerlawanan persahabatan Bola Sepak diantara Nebulae Football Club - Neb...
26/04/2025

25.04.2025 (Jumaat)
4:30 pm
Padang Mesra MDDM Mukah

Perlawanan persahabatan Bola Sepak diantara Nebulae Football Club - Nebulae FC melawan Pasukan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Zon Tengah.

Terima kasih YB Royston Valentine ADUN N.57 Tellian turun padang dan bermain untuk pasukan Nebulae FC dan Terima kasih juga untuk Pejabat Agama Islam Mukah atas kerjasama untuk perlawanan persahabatan.

Perlawanan ini adalah salah satu dari pengisian program Tazkiyatun Nafs anjuran PAIB Mukah bermula 25 hingga 26 April 2025 sekaligus untuk mengeratkan silaturahim antara agensi dan komuniti setempat. Pejabat Agama Islam yang terlibat adalah dari Bahagian Mukah, Betong, Sarikei & Sibu.





Perlawanan Persahabatan Bola Sepak sempena Program Tazkiyatun Nafs, kerjasama Pejabat Agama Islam Mukah dan Nebulae Foot...
24/04/2025

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak sempena Program Tazkiyatun Nafs, kerjasama Pejabat Agama Islam Mukah dan Nebulae Football Club - Nebulae FC untuk program aktiviti sihat bersama.

Tarikh : 25 April 2025
Hari :Jumaat
Jam : 4.30 ptg
Tempat : Padang Mesra , MDDM.

Happy International Futsal Day⚽
09/03/2024

Happy International Futsal Day⚽

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Allaahummaghfir lahu warhamhu wa’afihi wa’fuahu.Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Pehi...
21/02/2024

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Allaahummaghfir lahu warhamhu wa’afihi wa’fuahu.

Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Mantan yang Di-Pertua Negeri Sarawak telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah.

Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yg beriman.... Aamiin Ya Rabbala'lamin 🤲

23/01/2024
Berakhir sudah cabaran Pasukan Futsal Zon Tengah untuk Sukan Sarawak (SUKSAR2023) yang diwakili oleh pemain dari Bahagia...
18/01/2024

Berakhir sudah cabaran Pasukan Futsal Zon Tengah untuk Sukan Sarawak (SUKSAR2023) yang diwakili oleh pemain dari Bahagian Mukah.

Berikut merupakan pencapaian pasukan.
●Pasukan Lelaki Zon Tengah 2 - Peringkat Kumpulan
●Pasukan Wanita Zon Tengah 1 - No.4 (Tewas perebutan pingat gangsa)

Syabas dan tahniah kepada semua pegawai pasukan, jurulatih dan semua pemain dari Bahagian Mukah atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang kejohanan berlangsung.

Rezeki belum berpihak kepada kita, jangan pernah berputus asa dan mengalah. Teruskan berlatih dan belajar dari pengalaman dan kesilapan.

Seramai lima (5) pemain wanita dan dua (2) pemain lelaki telah terpilih untuk pemilihan pemain Pasukan SUKMA Sarawak Lelaki dan Wanita. Semoga ada rezeki buat pemain-pemain kita. Selain itu seorang jurulatih juga telah terpilih untuk bersama Pasukan Sukma Sarawak sebagai penolong jurulatih. Tahniah di ucapkan dan semoga maju jaya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana, jersi dan nasihat secara langsung mahupun tidak langsung, bagi membantu pegawai, jurulatih dan pemain-pemain yang mewakili pasukan Zon Tengah

Nebulae Football Club - Nebulae FC
Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah
Hock Liong Motor
Hanifah Hajar Taib
N.57 Tellian
N.58 Balingian
VF Global






Seramai 19 orang pemain lelaki dan wanita serta 4 orang pegawai dari Bahagian Mukah telah terpilih untuk memperkuatkan p...
15/01/2024

Seramai 19 orang pemain lelaki dan wanita serta 4 orang pegawai dari Bahagian Mukah telah terpilih untuk memperkuatkan pasukan futsal Zon Tengah pada sukan Sarawak (SUKSAR 23). Dimana untuk pasukan Lelaki ialah Zon Tengah 2 dan pasukan Wanita adalah Zon Tengah 1.

Semoga ada rezeki para pemain untuk menyarung jersi Futsal Sukma Sarawak. Selamat berjuang dan beroleh kemenangan.

Hock Liong Motor
Nebulae Football Club - Nebulae FC
Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah
N.57 Tellian
Hanifah Hajar Taib
N.58 Balingian

Kejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt (Bagi pemilihan untuk pasukan zon tengah SUKSAR)Pa...
09/12/2023

Kejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt (Bagi pemilihan untuk pasukan zon tengah SUKSAR)

Pasukan Lelaki 🧒
Mukah A & Mukah B - Kandas di peringkat kumpulan

Pasukan Wanita 👧
Mukah Women U21 - Juara 🥇

Alhamdulilah 🤲🤲 ada manis untuk pasukan wanita👧 dan untuk pasukan lelaki🧒 kita cuba di edisi lain.

Terima Kasih rakan pengurusan🧍‍♂️🧍‍♀️ atas komitmen dan kerjasama.

Syabas dan tahniah pemain-pemain pasukan Mukah yang terpilih untuk mewakili Pasukan Zon Tengah bagi Sukan Sarawak (SUKSAR). Semoga nanti ada yang terpilih untuk mewakili pasukan Sarawak ke SUKMA.







MUKAH WOMEN U21Kejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt
09/12/2023

MUKAH WOMEN U21
Kejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt

MUKAH AKejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt
09/12/2023

MUKAH A
Kejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt

MUKAH B Kejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt
09/12/2023

MUKAH B
Kejohanan Terbuka Sibu Futsal 2023 Bawah 21 Tahun 2023 Piala Fah Fatt

Address

SUBLOT 20, TINGKAT BAWAH, BANDAR BARU MUKAH, Jalan ORANG KAYA SETIA RAJA
Mukah
96400

Telephone

+60198583920

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nebulae Football Club - Nebulae FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nebulae Football Club - Nebulae FC:

Share

Category