My Team - Mukah Youth Team

My Team - Mukah Youth Team melahirkan bakat2 terpendam di luar bandar dan dalam bandar sekitar bahagian mukah

📢 MAKLUMAN PENUNDAAN PERTANDINGAN STREET SOCCER 3 ON 3Dimaklumkan bahawa Pertandingan Street Soccer 3 On 3 sempena Progr...
27/08/2026

📢 MAKLUMAN PENUNDAAN PERTANDINGAN STREET SOCCER 3 ON 3

Dimaklumkan bahawa Pertandingan Street Soccer 3 On 3 sempena Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah yang dijadualkan berlangsung pada 28 & 29 Ogos 2026 adalah DITUNDA ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Walau bagaimanapun, PENYERTAAN MASIH DIBUKA kepada pasukan yang berminat dan pendaftaran adalah PERCUMA. (Imbas QR kod pada poster dibawah).

Tarikh baharu pertandingan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Mohon maaf atas segala kesulitan dan terima kasih atas sokongan serta kerjasama semua. ⚽🙏

⚽JOM TURUN & TUNJUKKAN SKILL ANDA! Pendaftaran PERTANDINGAN STREET SOCCER 3 ON 3 sempena Program Sarawakku Sayang 2026 k...
17/08/2026

⚽JOM TURUN & TUNJUKKAN SKILL ANDA!

Pendaftaran PERTANDINGAN STREET SOCCER 3 ON 3 sempena Program Sarawakku Sayang 2026 kini masih dibuka!

📢 SLOT MASIH BELUM PENUH!
Jangan tunggu saat akhir — kumpulkan rakan sepasukan dan daftar sekarang!

📅 28 & 29 Ogos 2026
📍 Gelanggang Tenis Menara Pehin Setia Raja
👨 Lelaki: Terhad 32 pasukan
👩 Wanita: Terhad 16 pasukan
💥 PENDAFTARAN PERCUMA!

Imbas QR Code pada poster mengikut kategori untuk mendaftar atau tekan link berikut :-

Kategori Lelaki :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfimzkUqdhYzAaram8oz3hIykDa5n6Ct2TnM6dkdxOU316XHQ/viewform?usp=dialog

Kategori Wanita:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd1h-rsIlX5-XZyVDPO16CCMh4PemVt1AbXtStKlT4E4eh9iw/viewform?usp=dialog

🏆 PERTANDINGAN STREET SOCCER 3 ON 3 – SARAWAKKU SAYANG 2026 ⚽Jom sertai dan meriahkan Pertandingan Street Soccer 3 On 3 ...
11/08/2026

🏆 PERTANDINGAN STREET SOCCER 3 ON 3 – SARAWAKKU SAYANG 2026 ⚽

Jom sertai dan meriahkan Pertandingan Street Soccer 3 On 3 sempena Program Sarawakku Sayang peringkat Bahagian Mukah yang bakal berlangsung pada 28 & 29 Ogos 2026 bertempat di Gelanggang Tenis Menara Pehin Setia Raja, Mukah.

Terhad kepada 32 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita sahaja. Pendaftaran PERCUMA, hadiah LUMAYAN! 🔥🏆

📌 Anjuran bersama:
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) & Mukah YT Football Club.

📲Daftar pasukan anda sekarang dengan mengimbas QR kod yang tertera.

08/08/2026

📢 HEBAHAN AWAL 📢

⚽ PERTANDINGAN STREET SOCCER (3ON3)
Sempena Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah

Bersedia untuk merasai kemeriahan aksi 3 lawan 3 yang penuh cabaran! Kumpulkan pasukan terbaik anda dan rebut peluang untuk menjadi antara pasukan terawal yang mengesahkan penyertaan.

🗓 Tarikh: 28 & 29 Ogos 2026
📍 Venue: Gelanggang Bola Jaring, sebelah Menara Pehin Setia Raja, Mukah

👥 Penyertaan Terhad:
* Lelaki: 32 Pasukan
* Wanita: 16 Pasukan

YURAN PERCUMA‼️

⏳ Siapa cepat, dia dapat! Penyertaan adalah berdasarkan pendaftaran terawal sehingga kuota dipenuhi.

✅ Syarat Penyertaan:

* Terbuka kepada pemain berumur 16 tahun ke atas.
* Menggunakan format Liga Berkump**an, menjanjikan lebih banyak aksi dan peluang bermain kepada setiap pasukan.

📣 Makluman:
Poster dan iklan rasmi pertandingan akan dikeluarkan mulai minggu hadapan. Walau bagaimanapun, pendaftaran awal kini telah dibuka.

📝 Daftar sekarang melalui pautan Google Form berikut:
[Kategori Lelaki]
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfimzkUqdhYzAaram8oz3hIykDa5n6Ct2TnM6dkdxOU316XHQ/viewform?usp=dialog

[Kategori Wanita]
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd1h-rsIlX5-XZyVDPO16CCMh4PemVt1AbXtStKlT4E4eh9iw/viewform?usp=dialog

Jangan tunggu sehingga kuota penuh! Bentuk pasukan anda dan daftar sekarang! 🔥⚽
Hadiah berupa Wang tunai + Piala + Medal menanti pemenang!

Anjuran bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak & Mukah YT Football Club.

📍 Sabtu | 25 Julai 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perlawanan Persahabatan cm Pemilihan Akhir Pemai...
25/07/2026

📍 Sabtu | 25 Julai 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perlawanan Persahabatan cm Pemilihan Akhir Pemain sebagai persiapan menghadapi Petronas Youth Football Closed Tournament (PYFCT) U16 Edisi Mukah 2026 yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan September nanti.

Seramai 32 orang pemain yang dipanggil telah hadir dan mempamerkan komitmen, semangat juang serta kebolehan terbaik masing-masing sepanjang sesi pemilihan. Kesemua pemain ini mewakili beberapa daerah dalam Bahagian Mukah seperti Belawai, Semop, Daro, Igan, Oya dan Dalat, sekali gus membuktikan bahawa bakat bola sepak muda di kawasan ini terus berkembang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pemain atas komitmen, disiplin dan pengorbanan masa serta tenaga untuk hadir ke Mukah bagi menyertai sesi pemilihan ini. Kehadiran anda mencerminkan kesungguhan dalam mengejar impian dan mengharumkan nama Bahagian Mukah di pentas pertandingan nanti.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Kepada pemain yang bakal terpilih, jadikan peluang ini sebagai amanah untuk memberikan yang terbaik. Kepada yang belum berjaya, teruskan berusaha kerana setiap langkah hari ini adalah pengalaman berharga untuk kejayaan pada masa hadapan. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan menghantar sendiri anak masing-masing petang ini.

Bersama kita melahirkan generasi pemain bola sepak muda yang berdisiplin, berdaya saing dan mampu mengangkat nama Bahagian Mukah ke tahap yang lebih tinggi.

11/07/2026

PYFCT

📍 Kuching | 10 Julai 2026Alhamdulillah, selesai hari pertama ‘Bengkel Perkongsian Pengetahuan Pembangunan Bola Sepak Aka...
10/07/2026

📍 Kuching | 10 Julai 2026

Alhamdulillah, selesai hari pertama ‘Bengkel Perkongsian Pengetahuan Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi PYFCT’ yang akan berlangsung selama 2 hari di Sheraton Hotel, Kuching, bermula hari ini anjuran Petronas Sarawak.

Hari pertama dimulakan dengan sesi “Perkongsian Mengenai Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi” yang menampilkan dua tokoh berpengalaman dalam pembangunan bola sepak negara sebagai penalis iaitu YB Dato Fazzaruddin B. Hj. Abd. Rahman, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), serta tetamu istimewa Yang Berbahagia Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Pada sebelah petang p**a, para peserta mengikuti sesi 2: “Program Inisiatif Pembangunan bolasepak Akar umbi dan Asas Pengurusan Akademi Bola Sepak” yang telah disampaikan oleh Datuk Ong Kim Swee, dengan perkongsian yang sarat dengan ilmu, pengalaman serta panduan praktikal dalam membangunkan akademi bola sepak yang lebih tersusun, profesional dan mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Petronas Sarawak atas inisiatif menganjurkan program yang amat bermanfaat seperti ini. Semoga usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi akan terus melahirkan lebih ramai pemain, jurulatih dan penggerak bola sepak yang berkualiti, sekali gus menyumbang kepada kemajuan bola sepak Sarawak dan Malaysia pada masa hadapan.

Secara tidak langsung juga, bengkel ini menjadi langkah awal mempersiapkan pasukan untuk menghadapi “Petronas Youth Football Closed Tournament 2026.”

⚽ Membangunkan akar umbi hari ini, melahirkan bintang masa depan esok.

📣Juh berambih sungkai tlow ramai² 🔴 Rabu 4 Mac 2026⚫️ Jam 6.00 petang⚪️ Dataran Pehin Setia Raja
26/02/2026

📣Juh berambih sungkai tlow ramai²

🔴 Rabu 4 Mac 2026
⚫️ Jam 6.00 petang
⚪️ Dataran Pehin Setia Raja

Hebahan Awam | Juh Berambih Sungkai

📅Tarikh: 4 Mac 2026 (Rabu)
🕕Masa: 6.00 petang
📍Tempat: Dataran Pehin Setia Raja, Mukah


13/01/2026

Satu perkara yang tidak harus dilupakan ialah memberikan kredit setinggi-tingginya kepada
PETRONAS atas usaha murni menyediakan satu platform yang amat bermakna buat anak-anak muda bawah umur untuk menceburi dan mengembangkan bakat dalam bidang sukan bola sepak.

Melalui inisiatif seperti Petronas Youth Football Champions League, PETRONAS bukan sahaja membuka ruang persaingan yang sihat, malah memberi peluang yang sangat berharga kepada pemain-pemain luar bandar termasuk dari Mukah, untuk merasai pengalaman bertanding di pentas lebih besar, ala-ala profesional dan berprestij.

Bagi pasukan kecil seperti MYTEAM X SMKAI, platform ini adalah medan pembuktian bahawa anak-anak luar bandar juga mampu bersaing, bermimpi dan melangkah lebih jauh dalam dunia bola sepak.

Terima kasih PETRONAS kerana percaya kepada potensi generasi muda. Sumbangan ini bukan sekadar kejohanan, tetapi satu pelaburan jangka panjang untuk masa depan bola sepak Sarawak.

Credit live telecast by TVS (03.01.2026)

11/01/2026

𝗠𝗬𝗧𝗘𝗔𝗠❌𝗦𝗠𝗞𝗔𝗜

Address

Lot 18 & 19, Mukah New Township
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Team - Mukah Youth Team posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category