Komuniti Kampung Sindang

Call Directions

Komuniti Kampung Sindang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti Kampung Sindang, Muara Tuang.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَأَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُل...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Perginya seorang tokoh yang dekat di hati rakyat.

Seluruh warga Komuniti Kampung Sindang merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Jasa, ketokohan dan keperibadian Allahyarhamah akan terus dikenang.

15 Ogos 2026 - AhadBelia beliawanis & Penduduk Kampung Sindang turut serta mengambil bahagian  "Fun Run Hari Belia Saraw...
26/09/2026

15 Ogos 2026 - Ahad

Belia beliawanis & Penduduk Kampung Sindang turut serta mengambil bahagian "Fun Run Hari Belia Sarawak"

"𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐫𝐢, 𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐫𝐢𝐬𝐭𝐰𝐚𝐥𝐤,𝐉𝐨𝐦 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡, 𝐉𝐨𝐦 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 "

Tahniah semua & Teruskan amal gaya hidup Sihat dan semoga sentiasa sihat selalu.

Kredit Gambar : Pixells.com

26/09/2026 - SabtuKelab Memanah Tradisional Kampung Sindang dikenali sebagai Kasiba Archery turut menghantar Wakil 5 ora...
26/09/2026

26/09/2026 - Sabtu

Kelab Memanah Tradisional Kampung Sindang dikenali sebagai Kasiba Archery turut menghantar Wakil 5 orang ke program
𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐮𝐧𝐝𝐮 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐑𝐞𝐠𝐚𝐭𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐲𝐚𝐧 & 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐌𝐓𝐊 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔

Berlangsung selama 2 Hari 26/09/2026 Hingga 27/09/2026.

Yang belum memanah, dan nak belajar Memanah? Boleh hubungi Team Kasiba Archery. Tiada bayaran dikenakan setakat ini. Peralatan untuk belajar turut disediakan.

𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 & 𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐪𝐨𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡.

Kredit Gambar : Mohd Khairi

26/09/2026 - SabtuPasukan ESport Mobile Legend Kampung Sindang dikenali sebagai Team Saiyajin turut menyertai dalam prog...
26/09/2026

26/09/2026 - Sabtu

Pasukan ESport Mobile Legend Kampung Sindang dikenali sebagai Team Saiyajin turut menyertai dalam program "Karnival Tok Bok Nyo 3.0" bertempat disummer mall Samarahan.

Alhamdulillah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan.

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐢𝐲𝐚𝐣𝐢𝐧

Kredit Gambar : Awang Narudin Awang Narudin Dilz Tsyj

Harap pihak Kontraktor yang mengendalikan mana-mana projek. Utamakan Keselamatan Rakyat.
18/09/2026

Harap pihak Kontraktor yang mengendalikan mana-mana projek. Utamakan Keselamatan Rakyat.

17/09/2026

Alhamdulillah

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Merdeka bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk kita terus menjag...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk kita terus menjaga keamanan, perpaduan dan keharmonian bersama.

Di Kampung Sindang, kita mungkin berbeza latar, usia dan pandangan, namun kita tetap satu komuniti, satu keluarga dan satu hati.

Marilah kita semarakkan semangat kemerdekaan dengan saling menghormati, membantu antara satu sama lain dan berganding bahu membina komuniti yang lebih bersatu, harmoni dan sejahtera.

🇲🇾 Dari komuniti, untuk komuniti.
❤️ Bersatu kita teguh, bersama kita maju.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Salam Merdeka daripada Persatuan Komuniti Kampung Sindang Samarahan.

Aamiin Ya Rabbal Alamin....
28/08/2026

Aamiin Ya Rabbal Alamin....

Jom sama-sama kita doakan kepada Hamba Allah ini dan semua yang menderma pada tabung/akaun masjid darul Ikhlas.

Kadang-kadang kita melihat nilainya hanya RM10, tetapi di sisi Allah, nilai sebuah sedekah bukan semata-mata pada jumlahnya tetapi pada keikhlasan hati yang memberikannya.

𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚-𝐌𝐮 𝐢𝐧𝐢.
𝐋𝐮𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢𝐧𝐲𝐚, 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚, 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐦𝐮𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮, 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚.

𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐫𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐣𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚.

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐦𝐩𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐧𝐲𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡. 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐛𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭-𝐌𝐮. 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧.

𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢𝐧𝐲𝐚.

آمِيْن يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Firman Allah :

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Surah Al-Baqarah Ayat 261

Address

Muara Tuang

Telephone

+60198376797

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Kampung Sindang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share