Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor

Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor, Sport & recreation, No. 264-B, Parit Sakai Jalan Temenggong Ahmad, Muar.

30/8/26Nostalgia Bawah Langit Stadium Muar
02/09/2026

30/8/26Nostalgia Bawah Langit Stadium Muar

Simpan Disini Kenangan Merdeka ke 69
01/09/2026

Simpan Disini Kenangan Merdeka ke 69

31/08/2026

30 BASIKAL TUA DAN BECA MERIAHKAN PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN DI TANJUNG EMAS

MUAR, 31 Ogos 2026 – Persatuan Beca dan Basikal Tua Warisan Muar Johor turut memeriahkan Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Rombongan persatuan yang diketuai oleh Encik Mohd Ramlee bin Alias tampil bersama 30 buah basikal tua dan beca, sekali gus mengetengahkan keunikan warisan klasik Muar.

Rombongan turut melakukan lintas hormat di hadapan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi sebagai tanda penghormatan dan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen persatuan dalam memelihara dan mengangkat warisan beca serta basikal tua untuk terus dikenali oleh masyarakat dan generasi akan datang.

Warisan Dijulang, Semangat Merdeka Terus Berkobar! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Persatuan Beca Turut Serta Perarakan Maulidur Rasul MuarMUAR β€” Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor turut s...
25/08/2026

Persatuan Beca Turut Serta Perarakan Maulidur Rasul Muar

MUAR β€” Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor turut serta dalam Perarakan Maulidur Rasul Daerah Muar, bersama penyertaan daripada pelbagai pejabat kerajaan, agensi dan pihak swasta.

Penyertaan ini menjadi satu penghormatan kepada persatuan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul, selain memperkenalkan warisan beca dan basikal tua sebagai khazanah budaya masyarakat Muar.

Semoga penyertaan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta kelestarian warisan budaya tempatan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Tahniah Che Saad 77 – Kayuhan Merdeka 69 Jelajah MalaysiaMUAR, JOHOR – Tahniah diucapkan kepada Che Saad 77 atas kayu...
23/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Tahniah Che Saad 77 – Kayuhan Merdeka 69 Jelajah Malaysia

MUAR, JOHOR – Tahniah diucapkan kepada Che Saad 77 atas kayuhan Merdeka 69 Jelajah Malaysia yang penuh bertenaga dan semangat patriotik.

Dalam perjalanan tersebut, Che Saad 77 turut singgah dan bermalam di Muar, di tempat kami. Kehadiran beliau menjadi satu penghormatan serta menceriakan lagi komuniti peminat basikal klasik dan aktiviti kayuhan di Muar.

Semoga perjalanan Jelajah Malaysia diteruskan dengan lancar, selamat dan penuh semangat.

Selamat meneruskan kayuhan, Che Saad 77! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš΄β€β™‚οΈ
Salam Merdeka dari Muar!

🚲✨ Inilah basikal model Road Puppy Bike  yang digunakan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang L...
15/08/2026

🚲✨ Inilah basikal model Road Puppy Bike yang digunakan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, ketika beliau memegang watak sebagai Ketua Penyamun. 🎬❀️

Satu lagi tinggalan kecil yang mempunyai nilai nostalgia besar dalam sejarah filem Melayu klasik. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽžοΈ

Kayuhan Basikal Klasik
10/08/2026

Kayuhan Basikal Klasik

. Salam Kemerdekaan
06/08/2026

. Salam Kemerdekaan

In progress Kelab Peminat Beca Militery MalaysiaDi bawah naungan:Persatuan Beca dan Basikal Tua Warisan Muar Johor
13/07/2026

In progress

Kelab Peminat Beca Militery Malaysia

Di bawah naungan:

Persatuan Beca dan Basikal Tua Warisan Muar Johor

TAHNIAHYBhg. Dato' Ashari SaripSetinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kemenangan di DUN Maharani.Semoga amanah yang dibe...
13/07/2026

TAHNIAH

YBhg. Dato' Ashari Sarip

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kemenangan di DUN Maharani.

Semoga amanah yang diberikan oleh rakyat dapat dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan kebijaksanaan demi membawa kemajuan serta kesejahteraan kepada masyarakat, khususnya di DUN Maharani.

Semoga terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam menjalankan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada:

Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor

Address

No. 264-B, Parit Sakai Jalan Temenggong Ahmad
Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Beca Dan Basikal Tua Warisan Muar Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share