14/10/2025
05 Oktober 2025 - Perlawanan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bolasepak Daerah Muar 2025.
Tahniah diucapkan kepada pasukan SBC FC yang merangkul juara setelah menewaskan MKR One FC dengan jaringan 3 - 1.
Keputusan :
Johan : SBC FC
Naib Johan. : MKR One FC
Ketiga Bersama : BPR FC
Sand United FC
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Muar merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Muar.
Turut hadir En Azman Bin Jamalludin, Pegawai Pembangunan Pengadil Bolasepak Negeri Johor mewakili Persatuan Bolasepak Negeri Johor, En Muhammad Ismat Bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah Muar merangkap Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah Muar, YM Raja Khoirul Amiirrullah Bin Raja Leman mewakili Pejabat Daerah Muar, Cik Noor Atika Idayu Binti Othman mewakili Pejabat Tanah Daerah Muar, wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Muar, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Muar, Majlis Sukan Daerah Muar, Seksyen Projek Khas Hab PendidikanTinggi Pagoh, UTHM Pagoh dan Politeknik Pagoh.
Pihak kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh kerana telah menyediakan fasiliti yang terbaik bagi menjayakan program ini.