02/09/2026
KONVOI MERDEKA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menganjurkan Program Konvoi Merdeka Sempena Bulan Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 pada 13 Ogos 2026, melibatkan kunjungan ke beberapa buah sekolah di sekitar daerah Muar.
Konvoi ini diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Haji Norrizam bin Muhamad, bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Muar, Haji Mohd Faiz bin Mohd Salleh, serta Ketua Whip Ahli Majlis MPM, Datoβ Azman bin Ismail.
Turut bersama menjayakan program ialah Jurutera Daerah Muar, Ir. Hj. Samri bin Embong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Muar, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, Pejabat Pendidikan Islam Daerah serta Jabatan Penerangan.
Program ini bukan sekadar menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air, malah menjadi platform untuk MPM mendekati dan menyantuni warga sekolah melalui penyerahan sumbangan dan cenderahati, edaran Jalur Gemilang, serta aktiviti kelestarian seperti penanaman pokok, program Mudball dan edaran baja kompos serta pokok hiasan.
Kunjungan ke sekolah-sekolah ini turut menjadi simbol kebersamaan, kerjasama dan semangat muafakat antara agensi kerajaan, komuniti dan institusi pendidikan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Semangat Merdeka Disemai.