Nafaz Archery Club

Nafaz Archery Club archery

Alhamdulillah, dengan usaha dan sokongan daripada pelbagai pihak, Kelab Memanah Nafaz telah berjaya mengumpulkan dana ba...
15/08/2026

Alhamdulillah, dengan usaha dan sokongan daripada pelbagai pihak, Kelab Memanah Nafaz telah berjaya mengumpulkan dana bagi membantu seorang atlet para memanah mendapatkan kerusi roda baharu.

Semoga bantuan ini dapat memberikan keselesaan, keselamatan dan semangat baharu kepada atlet dalam meneruskan latihan serta menghadapi pertandingan.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan membantu. Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna buat kami. Semoga segala kebaikan tuan/puan dibalas dengan rezeki yang luas dan keberkatan daripada Allah SWT. 🤲❤️

Bersama kita membantu, bersama kita menguatkan atlet para

SELAMAT BERJUANG, WIRA JOHOR! 🏹🔥Kelab Memanah Nafaz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa buat Amirul Daniel da...
13/08/2026

SELAMAT BERJUANG, WIRA JOHOR! 🏹🔥

Kelab Memanah Nafaz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa buat Amirul Daniel dan Nur Aisyah, dua atlet anak didik Nafaz yang akan membawa nama Johor di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.

Teruskan fokus, percaya pada latihan dan berikan persembahan terbaik. Semoga dipermudahkan setiap langkah dan dikurniakan kejayaan.

Buat Team Compound Johor, kekalkan semangat, kekuatan dan kesatuan sebagai satu pasukan.

Kami bangga dengan kalian.
Bawa nama Johor dengan penuh maruah!

🔥 AYUH JOHOR!
🏹 SELAMAT BERJUANG!
💙 JOHOR BOLEH!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan Para Memanah Johor atas pelantikan sebagai pengurus pasukan bagi meng...
07/07/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan Para Memanah Johor atas pelantikan sebagai pengurus pasukan bagi menghadapi temasya Para SUKMA.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memimpin pasukan ke arah kejayaan. Selamat menjalankan tugas dan semoga Pasukan Para Memanah Johor terus cemerlang serta mengharumkan nama negeri di pentas Para SUKMA.

Tahniah dan selamat maju jaya!


26/06/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas penyaluran Bantuan Khas Kerajaan J...
26/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas penyaluran Bantuan Khas Kerajaan Johor (BKJ) kepada atlet-atlet Paralimpik Johor. Semoga bantuan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berusaha, mengharumkan nama Johor dan Malaysia di persada sukan. Terima kasih atas keprihatinan serta sokongan yang amat bermakna kepada kami.

26/06/2026

Address

Jalan Salleh
Muar
84000

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nafaz Archery Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nafaz Archery Club:

Shortcuts

Share

Category