14/09/2025
WE ARE THE CHAMPIONS!!!!!! 🔥🏆
TODAY 13 SEPTEMBER 2025
TARIKH KERAMAT YANG AKAN DIUKIR DALAM SEJARAH DOSM HQ.
Keputusan Penuh:
DOSM HQ 0 – 0 DOSM UTARA
Sepakan Penalti: 4 – 3
Akhirnya… selesai sudah perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu. Bukan sekadar perlawanan, tetapi medan perjuangan, pentas maruah, dan gelanggang impian. Dalam debaran yang menggigit jiwa, impian untuk bergelar juara hampir terkubur. Namun, seperti “pahlawan terakhir yang tidak gentar menentang badai,” sepakan penentu yang diambil oleh Kapten Pasukan menjadi noktah kemenangan yang menggegar jiwa. DOSM HQ kini bergelar JUARA BOLA SEPAK SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN 2025!
Syabas dan tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan 110% komitmen, dari titik peluh di padang, wang ringgit yang dikorbankan, masa yang dicuri dari keluarga, hingga tenaga yang dicurahkan tanpa jemu. Anda bukan sekadar bermain bola, anda semua menulis sejarah.
Tidak dilupakan, kejayaan ini adalah hadiah buat sahabat kita yang tidak dapat bersama kerana kecederaan dan penggantungan. “Walau jasad tidak di padang, semangatmu tetap berlari bersama kami.”
Akhir kata, saya mewakili seluruh pasukan dan pengurusan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kejohanan. Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh seperti akar yang mencengkam bumi.
Play as a team HQ!!! Boleh.. Boleh.. Boleh.. Anda Buat, Anda Dapat!