04/09/2026
📢 KENYATAAN RASMI TUAN PRESIDEN BIJAKSANA
🏆 Pasca MSSM 2026 | Penang
Berakhirnya MSSM di Penang semalam mengingatkan saya kepada satu perkara yang mungkin ramai belum menyedari.
Mersing Johan MSSJ. MSSJ p**a Johan MSSM.
Namun, tiada anak Mersing yang memegang sijil MSSM.
Persoalannya… adakah itu bermakna kita tidak hebat?
Jawapannya: TIDAK.
Untuk berada di pentas MSSM bukanlah sesuatu yang mudah. Pemilihan bergantung kepada prestasi dan persaingan di peringkat kebangsaan amat tinggi.
Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu…
Ramai anak-anak Mersing sebenarnya telah mengukir kejayaan melalui pertandingan dan platform antarabangsa, dengan sijil serta pengiktirafan yang nilainya setara, malah ada yang lebih tinggi mengikut pengiktirafan pertandingan tersebut. 🌏🏆
Jadi, kalau peluang ke MSSM itu tipis kerana persaingan yang tinggi, kita jangan berhenti di situ.
Kita di Mersing perlu BIJAKSANA mencari ikhtiar dan membuka lebih banyak laluan untuk mendapatkan yang terbaik buat anak-anak kita.
❌ Jangan sibuk mencari seribu alasan.
❌ Jangan salahkan keadaan.
❌ Jangan anggap kejayaan hanya ada satu jalan.
Sebaliknya…
✅ Cari peluang.
✅ Cipta ruang.
✅ Tingkatkan kualiti.
✅ Berani merentas sempadan.
Kerana pertandingan tidak pernah bersempadan.
Kalau kita mahu maju, kita perlu berfikiran global dan berjiwa besar. Jangan hanya melihat apa yang ada di depan mata, tetapi lihat apa yang ada di luar sana. 🌎
Yang penting, kita berusaha untuk menjadi berkualiti, supaya kita mampu duduk dalam standard yang tinggi.
Tingkatkan prestasi.
Hargai diri.
Hargai peluang.
Dan yang paling penting…
Jangan tunggu peluang datang.
Bijaksana mencari peluang. 😉
Sekian, kenyataan rasmi daripada saya.
A. Halim bin Abdullah
Presiden Bijaksana FC 🫡
“Kalau satu pintu sempit, kita cari pintu yang lebih luas.
Kalau satu laluan sukar, kita bina laluan baharu.”