Mayc Bukit Katil

Mayc Bukit Katil Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mayc Bukit Katil, Sports, AEON Melaka Shopping Centre, Leboh Ayer Keroh, Melaka Tengah, Melaka Pindah.

Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Bukit Katil Melaka merupakan NGO yang komited dalam pembagunan belia secara holistik , merangkumi aspek intelektual , kebajikan ,kesukanan serta perpaduan masyarakat .

31/08/2026

MAYC MLBB AEON AYER KEROH

31/08/2026
๐Ÿ”ฅ AEON MALL MERDEKA MLBB TOURNAMENT 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽฎSempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, jom buktikan siapa yang paling ...
23/08/2026

๐Ÿ”ฅ AEON MALL MERDEKA MLBB TOURNAMENT 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽฎ

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, jom buktikan siapa yang paling hebat di Land of Dawn! โš”๏ธ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… 31 Ogos 2026
โฐ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Centre Court, Melaka Shopping Centre

Link Pendaftaran

https://forms.gle/JTP2o7znTKSs6BgA9

Kumpulkan squad korang dan register sekarang! ๐Ÿ†
Jangan lepaskan peluang untuk bertarung, beraksi dan cipta kemenangan bersama! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Kem Permata Resort, Alor Gajah | 3โ€“5 Julai 2026 โ€“ Alhamdulillah, Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Melaka Teng...
11/07/2026

Kem Permata Resort, Alor Gajah | 3โ€“5 Julai 2026 โ€“ Alhamdulillah, Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Melaka Tengah 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Bukit Katil serta Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Muhammad Shafiq bin Ab. Majid, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan, kerjasama berpasukan, disiplin serta meningkatkan jati diri dan nilai kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, barisan jawatankuasa, fasilitator serta rakan strategik yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu, pengalaman dan ukhuwah yang terjalin sepanjang kem ini dapat dimanfaatkan dalam melahirkan belia yang aktif, berdaya saing dan berjiwa masyarakat.

Semoga kerjasama erat antara semua pihak akan terus diperkukuhkan dalam menjayakan lebih banyak program pembangunan belia pada masa akan datang. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’™








Stadium Jasin, 27  Jun 2026 โ€“ Alhamdulillah, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Bukit Katil telah diberi amanah...
10/07/2026

Stadium Jasin, 27 Jun 2026 โ€“ Alhamdulillah, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Bukit Katil telah diberi amanah oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) untuk menguruskan Pertandingan Penalti Shootout HBNM26 sempena Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka yang telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Zailani bin Siran. Turut hadir memeriahkan program ialah En. Mohammad Norshah Ezwan bin Yusof, Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Naib Presiden 1 Malaysian Association of Youth Clubs (MAYC) Kebangsaan serta Timbalan Pengerusi MAYC Negeri Melaka. Pertandingan ini dianjurkan bagi mencungkil bakat belia, menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. MAYC Bukit Katil berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk melahirkan belia yang aktif, berdaya saing, mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan belia. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’™








Taman Molek Residents, Ayer Molek 04 Julai 2026 โ€“ Alhamdulillah Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Bukit Katil telah  me...
08/07/2026

Taman Molek Residents, Ayer Molek 04 Julai 2026 โ€“ Alhamdulillah Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Bukit Katil telah melaksanakan Pertandingan Kayak Belia 2026 dengan jayanya hasil kerjasama Redtma Recreation Sport Centre Melaka, Kelab Sempoi, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Ahli Majlis, Polis serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta semua pihak yang terlibat.

Majlis perasmian serta majlis penyampaian hadiah telah dirasmikan dan disampaikan oleh Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia. Pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil minat dan bakat belia dalam bidang kayak.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang menang serta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Kayak Belia 2026. Tidak lupa juga pada barisan jawatankuasa, ahli-ahli kelab serta semua yang hadir memberikan sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC)Bukit Katil terus maju jaya dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’™








DEWAN JAPERUN DUN KESIDANG 21 JUN 2026 โ€“ Alhamdulillah telah berlangsungnya Pertandingan Esport Mobile Legends Mencari R...
22/06/2026

DEWAN JAPERUN DUN KESIDANG 21 JUN 2026 โ€“

Alhamdulillah telah berlangsungnya Pertandingan Esport Mobile Legends Mencari Raja Assasin bertempat di Japerun Dun Kesidang dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. MAYC Bukit Katil mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Kelab Belia Melaka Baru atas perlaksanaan Program Tersebut

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Allex Seah Shoo Chin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang,dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Belia Melaka Baru iaitu Encik Muhammad Ikhwan Bin Mohd Zaidi

Pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dalam bidang e-sukan serta dapat memberi peluang kepada pemain berbakat untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih diucapkan kepada barisan jawatankuasa, ahli serta semua yang hadir memberikan sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga Kelab Belia Melaka Baru terus maju jaya dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’™









18/06/2026

Address

AEON Melaka Shopping Centre, Leboh Ayer Keroh, Melaka Tengah
Melaka Pindah
75740

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mayc Bukit Katil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category