25/12/2025
Hari Keluarga RUWAS Mukah 2025 🗓️
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya sambutan RUWAS Family Day yang julung kalinya diadakan pada 14 Disember 2025 bertempat di D'sanglau Cafe, Oya.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Penasihat RUWAS Mukah, Ir. Abang Ismail bin Abang Selim dan Pengerusi RUWAS Mukah, Ts. Norrisson Sanggau Anak Mathiew Paran, kakitangan JBALB Mukah serta ahli keluarga.
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli serta menghargai sokongan keluarga kepada kakitangan JBALB Mukah. Memang meriah dengan gelak tawa dan ukhuwah yang semakin erat!
Puas berkelah di tepi pantai,
Pantai Oya tempat bertemu,
Hubungan akrab ikatan santai,
Keluarga RUWAS bersatu padu. 🤝
Terima kasih kepada semua yang menjayakan RUWAS Family Day 2025!❤️