13/06/2026
Dalam fasa pra pertandingan (pre-competition), time trial digunakan untuk menilai tahap prestasi semasa atlet dalam keadaan yang hampir menyerupai pertandingan sebenar.
Tujuan Time Trial
1. Menilai prestasi terkini atlet
* Adakah atlet mencapai sasaran masa atau jarak yang ditetapkan?
2. Menguji kesiapsiagaan pertandingan
* Fizikal, teknikal, taktikal dan mental.
3. Menentukan strategi pertandingan
* Contohnya bagi acara 800m atau 1500m, jurulatih boleh melihat rentak larian yang sesuai.
4. Menilai kesan program latihan
* Adakah latihan yang dijalankan memberi peningkatan prestasi?
5. Pemilihan atlet
* Membantu menentukan atlet utama dan simpanan.
Ciri-ciri Time Trial dalam Fasa Pra Pertandingan
* Intensiti tinggi (90–100%).
* Dilakukan dalam keadaan hampir sama dengan pertandingan sebenar.
* Bilangan ulangan rendah.
* Rehat mencukupi.
* Biasanya dijalankan 2–6 minggu sebelum pertandingan utama.