13/05/2026
JOHOR FENCING X KEJORA π€Ί
Satu pertemuan bersama pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah diadakan pada 7 Mei 2026 lalu bagi berkongsi perkembangan sukan lawan pedang Johor, hala tuju pembangunan serta potensi kerjasama yang boleh dijalinkan untuk membina ekosistem yang menyokong pembangunan sukan lawan pedang di negeri Johor.
Perkongsian ini turut memberi penekanan bahawa fokus pembangunan sukan lawan pedang di negeri Johor bukan hanya tertumpu kepada SUKMA semata-mata, tetapi melibatkan pembangunan jangka panjang melalui ekosistem yang lebih menyeluruh dan mampan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Besar KEJORA, Tuan Gaddafie Aziz serta pihak pengurusan KEJORA atas keterbukaan dan sokongan yang diberikan.
Hadir sama dalam sesi tersebut adalah Yang Berhormat Datuk Najib Samuri, Presiden Persatuan Lawan Pedang Negeri Johor.
Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada usaha bersama dalam memperkasa pembangunan sukan lawan pedang di daerah KEJORA dan Johor secara keseluruhannya.