04/11/2022
PERBAHARUI NIAT SETIAP HARI
Niat merupakan salah satu elemen terpenting untuk menjadi mukmin yang sejati. Tanpa niat, setiap amalan kita hanya menjadi sia-sia saja. Tanpa niat, apa yang kita lakukan hanya biasa-biasa saja. Kita hanya menempa rugi.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung ada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan RasulNya, maka dia akan mendapat (keredaan) Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka nilai hijrah seperti (sebagaimana) yang dia niatkan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Niat ini sungguh memainkan peranan yang tinggi dalam menentukan amal yang kita lakukan kerana Allah SWT ataupun tidak. Begitu juga dengan kita semua, periksa semula niat kita. Boleh dikatakan hampir seluruh perbuatan kita berkaitan dengan niat. Oleh itu, jangan mensia-siakan amalan yang sudah kita lakukan. Jangan biarkan penat dan lelah sahaja yang kita dapat.
Sentiasalah kita semua memperbaharui niat. Mungkin sebelum ini kita langsung keluar rumah tanpa berniat ataupun niat kita bukan kerana Allah SWT. Selepas ini, apa kata kita cuba pasang niat untuk melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah SWT.
..............................
Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;
https://toyyibpay.com/Derma10
Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple Appstore
Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ
www.tpmj.gov.my
Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor