Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pasir Gudang

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pasir Gudang PSSPGM PASIR GUDANG mula bertapak di Pasir Gudang pada tahun 2013.

Pada tahun 2026, PSSPGM Pasir Gudang mempunyai 12 buah gelanggang sekitar kawasan Pasir Gudang untuk pelbagai lapisan umur dan golongan.

🌙⭐️SALAM MAAL HIJRAH 1448H⭐️🌙“Sesungguhnya penghijrahan bukan sekadar perubahan tempat, tetapi perubahan diri ke arah ya...
17/06/2026

🌙⭐️SALAM MAAL HIJRAH 1448H⭐️🌙

“Sesungguhnya penghijrahan bukan sekadar perubahan tempat, tetapi perubahan diri ke arah yang lebih baik di sisi Allah SWT.”

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, memperkukuhkan iman serta meningkatkan amal dan akhlak dalam kehidupan seharian.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kejayaan serta rahmat Allah SWT kepada seluruh ahli, jurulatih, pelajar dan keluarga besar Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Pasir Gudang.

Salam Maal Hijrah 1448H

Daripada
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
Cawangan Pasir Gudang

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada 2-6 Jun 2026, PSSPGM Pasir Gudang melalui pasukan silat Akademi Se...
11/06/2026

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada 2-6 Jun 2026, PSSPGM Pasir Gudang melalui pasukan silat Akademi Serban Hitam telah menghantar seramai 11 orang atlet ke Kejohanan Silat Kebangsaan Terbuka Tangkak & Jemputan Antarabangsa Edisi Ke-3 Tahun 2026 bertempat di TVETMARA Ledang.

Secara keseluruhannya, pasukan silat Akademi Serban Hitam telah membawa pulang:
🥇2 Emas
🥈1 Perak
🥉4 Gangsa

Kejayaan yang dibawa pulang oleh anak-anak PSSPGM Pasir Gudang ialah seperti berikut:

🥈1 Perak
Acara Seni Ganda Putra Pra dini & Dini
Khalish Azfar & Muhammad Aisy Rayyan

🥉1 Gangsa
Acara Seni Ganda Putri Pra Remaja & Remaja
Nurain Madihah & Mya Hazneeza

🎗️Penyertaan
Acara Seni
1. Solo Putra Terbuka - Addin Amin
2. Tunggal Pra Dini & Dini - Muhammad Rayyan

Acara Tanding
1. Terbuka Putra A - Aus Hamsyari (suku akhir)
2. Remaja Putri D - Hana Qalesya (suku akhir)
3. Remaja Putra F - Muhammad Thaqif Salihin (suku akhir)
4. Remaja Putra G - Muhammad Iman Rayyan (suku akhir)
5. ⁠Pra remaja putri E - Zahraa Qalesya (suku akhir)

Tahniah kepada semua pemenang. Tahniah juga kepada yang belum rezeki menang. InsyaAllah, kita usaha dan dan cuba lagi untuk pertandingan akan datang.

Terima kasih kepada semua team pengurusan, kejurulatihan, atlet, ibu bapa dan para penyumbang secara langsung atau tidak langsung untuk pasukan ke kejohanan ini. Semoga Allah balas dengan kebaikan insyaAllah 🙏

Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik tanah air, khususnya kepada guru-guru dan cikgu-cikgu silat yang tidak pernah je...
17/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik tanah air, khususnya kepada guru-guru dan cikgu-cikgu silat yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik adab serta membentuk jati diri anak bangsa.

Terima kasih atas segala pengorbanan, tunjuk ajar dan kesabaran dalam membimbing kami menjadi insan yang lebih berilmu, berdisiplin dan berakhlak.

Bukan sekadar mengajar gerak langkah persilatan, tetapi turut mendidik tentang hormat, amanah, keberanian dan semangat perjuangan.

"Allahummaghfir li mu'allimina warhamhum wa 'afihim wa'fu 'anhum."
(Maksud: Ya Allah, ampunilah guru-guru kami, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, dan ampunilah kesalahan mereka)

Jasamu dikenang, baktimu disanjung.
“Guru Bitara, Nadi Negara”

Selamat Hari Guru 2026.
Ikhlas daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Pasir Gudang.

Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.Gayong kehilangan seorang lagi tokoh ...
29/04/2026

Innalillahi wainna ilaihi roji'un.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

Gayong kehilangan seorang lagi tokoh yang sangat berdedikasi dalam perjuangan ilmu Gayong.

Semoga Allah permudahkan semua urusan Allahyarham TG Rusli Hashim dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ

AL-FATIHAH...(dibaca)
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Telah meninggal dunia ayahanda TG Rusli Hashim sebentar tadi.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

🤲🏻 Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

Aamin Ya Robbal Aalamiin

Mohon semua doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum...😭😭

Alhamdulillah.Selesai JADE Games SIRI 1 Johor Bahru dan acara Silat dipertandingkan di Sports Hall 1, UTM Skudai pada 24...
28/04/2026

Alhamdulillah.

Selesai JADE Games SIRI 1 Johor Bahru dan acara Silat dipertandingkan di Sports Hall 1, UTM Skudai pada 24-16 April 2026.

PSSPGM Pasir Gudang melalui ASH Fighter PG telah menghantar 8 atlet dari peringkat umur Bakat (13-16 Tahun) dan Pelapis (17-19 Tahun) untuk mewakili pasukan Daerah Mersing. Pemilihan atlet di PLD Mersing telah dijalankan pada 12 April 2026.

Alhamdulillah, jumlah pingat keseluruhan untuk pasukan Silat Mersing berjaya membawa pulang:

🥇1 EMAS
🥈3 PERAK
🥉9 GANGSA

Daripada jumlah pingat tersebut, atlet ASH Fighter PG telah membawa pulang jumlah 3 pingat iaitu:

1. Aus Hamsyari - 🥉GANGSA Pelapis Tanding Putra A
2. Addin Amin - 🥉GANGSA Pelapis Putra Seni Solo Kreatif
3. Muhammad Thaqif Salihin - 🥉GANGSA Bakat Tanding Putra E

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada atlet yang menyertai walaupun belum menang. Teruskan usaha untuk berjaya.

Jutaan dan ribuan terima kasih kepada Ketua Kontinjen, Ketua Jurulatih, Jurulatih, Pengurus, Penolong Pengurus, Atlet, Waris dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perjalanan ini.

Semoga semua dapat kebaikan insyaAllah 🙏

Assalamualaikum WBT. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita semua diberkati dengan kesihatan, k...
20/03/2026

Assalamualaikum WBT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Semoga kita semua diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan, dan rezeki yang berlimpah pada hari yang mulia ini. Marilah kita menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa dengan hati yang bersih dan semangat yang baru.

Berlayar perahu di hujung lata,
Air tenang memantul sinar mentari;
Ampun maaf dipohon seikhlas jiwa,
Semoga raya penuh bahagia di hati.

Berbunga mawar di tepi halaman,
Harum mewangi menyapa pagi;
Di hari mulia ini, salam dan harapan,
Semoga hidup kita sentiasa diberkati Illahi

Salam Aidilfitri sepenuh hati dari kami,
PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA
CAWANGAN PASIR GUDANG.

Salam dihulur kasih diterima,Agar ikatan terjalin mesra,Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,Tingkatkan amalan hadkan seler...
18/02/2026

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera.

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi.

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi.

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka.

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.

Nukilan:
No-rulesz Has’z

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.

Ikhlas daripada,
PERTUBUHAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA
CAWANGAN PASIR GUDANG

Assalamualaikum wbt. InsyaAllah, PSSPGM PASIR GUDANG akan menghantar penyertaan melalui pasukan AKADEMI SERBAN HITAM ke ...
20/12/2025

Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah, PSSPGM PASIR GUDANG akan menghantar penyertaan melalui pasukan AKADEMI SERBAN HITAM ke pertandingan ULTIMATE SILAT CHAMPIONSHIP 5 NATION yang akan bermula hari ini, 20/12 sehingga 24/12/2025.

Doakan kejayaan kami insyaAllah.

Address

Masai
81750

Telephone

01132533944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pasir Gudang:

Shortcuts

Share