Pusaka Gayong Bahagian Negeri Terengganu

Pusaka Gayong Bahagian Negeri Terengganu Halaman rasmi bagi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Bahagian Negeri Terengganu.

Serikandi Gelanggang Madrasah Darul ImanTahniah, Tahniah & TahniahSekalung ucapan Tahniah dan Syabas buat Serikandi Fath...
10/12/2025

Serikandi Gelanggang Madrasah Darul Iman

Tahniah, Tahniah & Tahniah

Sekalung ucapan Tahniah dan Syabas buat Serikandi Fathimah Az Zahra Binti Mohd Rusli atas kejayaan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) bagi tahun 2025 sekaligus merangkul gelaran sebagai "Murid Terbaik seluruh Sekolah Dar Negeri Terengganu 2025".

Kami seluruh warga PSSPGM Bahagian Negeri Terengganu mengucapkan Tahniah dan Syabas buat Serikandi Fathimah.

🌴 FESTIVAL SUKAN PANTAI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025 πŸŒŠπŸ“… 9 - 11 Oktober 2025πŸ‘₯ Pasukan: PSSPGM Bahagian Negeri Terengg...
12/10/2025

🌴 FESTIVAL SUKAN PANTAI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025 🌊
πŸ“… 9 - 11 Oktober 2025
πŸ‘₯ Pasukan: PSSPGM Bahagian Negeri Terengganu
πŸ’ͺ Jumlah Peserta: 12 Orang

Alhamdulillah! Pasukan kita turun gelanggang dengan semangat juang yang luar biasa dan berjaya
membawa pulang:
πŸ₯‡ 1 EMAS
πŸ₯ˆ 3 PERAK
πŸ₯‰ 4 GANGSA

Tahniah buat semua pesilat yang beraksi hebat di pantai Terengganu! πŸ”₯

πŸ… πŸ₯‡ EMAS
Aisyatul Asmaq binti Azali
G. Madrasah Darul Iman

πŸ₯ˆ PERAK
Nor Syafiah Munirah binti Nor Mohamad
G. Madrasah Darul Iman
Nur Izzah Mardhiah binti Nur Aiman
G. Madrasah Darul Iman
Nur Anis Athirah binti Khairul Azizi
Pusat Latihan

πŸ₯‰ GANGSA
Siti Khadijah binti Mahadi
Pusat Latihan
Nur Miqaila Husna binti Mohd Ramadhan
G. Gong Kapas
Nur Alya Umairah binti Ahmad Buniyamin
Madrasah Darul Iman
Syamimi Hazwani binti Mohd Rizal
G. Madrasah Darul Iman

πŸ”₯ Tahniah semua pesilat!
Anda semua dah tunjuk semangat juang dan disiplin Gayong yang sebenar. Teruskan berlatih, teruskan melangkah β€”

πŸ“’ KEJOHANAN SILAT SENI ASLI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025Yang telah berlangsung sebagaimana berikut:Tarikh:10 & 11 Ok...
12/10/2025

πŸ“’ KEJOHANAN SILAT SENI ASLI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
Yang telah berlangsung sebagaimana berikut:
Tarikh:10 & 11 Oktober 2025
Tempat: KTCC,Kuala Terengganu
Anjuran:JKKN Negeri Terengganu

Alhamdulillah, Pusaka Gayong Bahagian Negeri telah berjaya menamatkan kejohanan dengan TEMPAT KEDUA KESELURUHAN! 🌟

Hasil usaha gigih para pesilat, jurulatih, dan sokongan semua, kita berjaya membawa pulang:
πŸ… 4 EMAS
πŸ₯ˆ 4 PERAK

Berikut senarai pendekar dan serikandi yang mengharumkan nama pertubuhan πŸ‘‡
✨ πŸ₯‡ EMAS
SOLO TANGAN KOSONG PUTRA DINI
Muhammad Harith Irfan bin Nazri

TEMPUR TANGAN KOSONG PUTRA DINI
Muhammad Haziq Irsyad bin Nazri
Ahmad Mikail bin Mahadi

TEMPUR TANGAN KOSONG PUTRI DINI
Nur Jannatul Eryna binti Mohd Erwan
Nur Alya Aqilah binti Yusrinadi

TEMPUR BERSENJATA PUTRI REMAJA
Nur Damia Irdina binti Yushanif
Nur Dini Dayini binti Mohd Hasrul

✨ πŸ₯ˆ PERAK

TEMPUR TANGAN KOSONG PUTRA
Engku Muhammad Aus Rayyan bin Engku Md Hafizu
Muhammad bin Mahadi

TEMPUR TANGAN KOSONG PUTRI DINI
Nur Sufi Dalili binti Maimanah
Nur Amni Faqiehah binti Mazuruhisam

TEMPUR BERSENJATA PUTRA REMAJA
Muhammad Syahmi bin Mohd Rizwaan
Ahmad Hasif bin Mohd Yusof

MASAL
Nur Batrisya Atirah binti Mohd Dillah
Nurain Batrisyia binti Mohd Rafi
Liyana Batrisyia binti Syaiful Bahari
Nur Insyirah Ayuni binti Mat Din

Tahniah diucapkan kepada semua peserta! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang dan mengharumkan nama Pusaka Gayong Bahagian Negeri Terengganu di peringkat lebih tinggi! πŸ”₯

Terima kasih dan Tahniah juga buat Cikgu Mahadi selaku ketua tenaga pengajar dan terima kasih juga buat2 gurulatih2 lain dan seluruh yg membantu termasuk ibubapa*TAHNIAH SEMUA*

17/09/2025

Alhamdulillah... sememangnya PakNdak amatΒ² layak dengan penganugerahan ini. Semoga ilmu dan pengajaran yang dicurahkan kepada kami akan dapat membentuk jati diri generasi anak bangsa yang unggul dunia akhirat.

Jutaan ucapan tahniah dan terima kasih PakNdak Majid DDRAM.

Pesaka Terengganu..

Bengkel Silat Pulut Peringkat Negeri Terengganu πŸ₯‹βœ¨πŸ“… 19 Julai 2025 (Sabtu)πŸ•£ 8.30 pagi – 6.30 petangπŸ“ JKKN Terengganu, Kua...
11/08/2025

Bengkel Silat Pulut Peringkat Negeri Terengganu πŸ₯‹βœ¨
πŸ“… 19 Julai 2025 (Sabtu)
πŸ•£ 8.30 pagi – 6.30 petang
πŸ“ JKKN Terengganu, Kuala Ibai

Alhamdulillah, seramai 170 pesilat Pusaka Gayong Bahagian Negeri Terengganu turun padang menyertai bengkel kali ni. Memang meriah, penuh gelak tawa dan semangat persaudaraan πŸ’ͺπŸ”₯

Dalam Pertandingan Silat Pulut, kita telah membawa pulang kejayaan:
πŸ₯ˆ Mikail – Tempat Ke-2 (Seni Solo Pulut Dini)
πŸ₯‰ Haziq – Tempat Ke-3 (Seni Solo Pulut Dini)

Tahniah untuk semua pesilat yang terlibat! Teruskan mengasah seni, menjaga adat dan memartabatkan warisan πŸŒΏπŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah 🌟Selesai sudah Kejohanan Silat Tempur Marang Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang berlangsung pada 31 Jul...
10/08/2025

Alhamdulillah 🌟
Selesai sudah Kejohanan Silat Tempur Marang Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang berlangsung pada 31 Julai – 2 Ogos 2025.

Dengan izin Allah, Team Pusaka Gayong Bahagian Negeri Terengganu pulang dengan pencapaian membanggakan:
πŸ₯‡ 5 Pingat Emas
πŸ₯ˆ 6 Pingat Perak
πŸ₯‰ 3 Pingat Gangsa

Tahniah & syabas kepada semua atlet, jurulatih, dan penyokong yang telah berjuang habis-habisan di gelanggang!
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama Pusaka Gayong & Negeri Terengganu di pentas yang lebih tinggi! πŸ’ͺπŸ”₯

Ahad, 8 Jun 2025 bersamaan 11 Zulhijjah 1446 HUkhuwah Melalui Ibadah KorbanAlhamdulillah, program ibadah korban PSSPGM B...
10/06/2025

Ahad, 8 Jun 2025 bersamaan 11 Zulhijjah 1446 H

Ukhuwah Melalui Ibadah Korban

Alhamdulillah, program ibadah korban PSSPGM Bahagian Negeri Terengganu yang julung-julung kali dijalankan kali ini berjalan dengan penuh lancar di Gelanggang Pusat Bukit Emas, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Bahagian Negeri Terengganu. Seekor lembu berjaya dikorbankan hasil kerjasama dan semangat gotong-royong Anak-anak Pusaka Gayong dari seluruh negeri Terengganu.

Dari proses merebahkan lembu, sembelih, lapah, urus dan bahagi daging, sampailah ke sesi masak-masak dan makan ramai-ramai – semuanya dibuat dengan penuh semangat kebersamaan. Memang terasa kemeriahan dan nilai persaudaraan dalam setiap langkah.

Terima kasih buat semua yang turun padang dan hulur tenaga. Moga amalan ini diberkati dan silaturrahim terus kukuh dalam keluarga besar Gayong πŸ’ͺπŸΌπŸ„




Assalamualaikum w.b.t*PENGAMBILAN AHLI BARU SENI SILAT PUSAKA GAYONG*Untuk makluman semua, Sesi pengambilan ahli baru ak...
23/05/2025

Assalamualaikum w.b.t

*PENGAMBILAN AHLI BARU SENI SILAT PUSAKA GAYONG*
Untuk makluman semua, Sesi pengambilan ahli baru akan dibuka pada Jun 2025
sebagaimana berikut:

*Tarikh Perjumpaan pelajar baru dan pendaftaran:*
8/6/2025(ahad)
*Latihan:*
Setiap Ahad(mlm)*

*Tempat:*
Dewan terbuka Khaleeda Resort,Gong Nangka,Marang

*Masa:*
8.30mlm-10.30malam

Mana-mana anak2 yang berminat utk sertai boleh terus hadir dan mendaftar.
Umur bermula dari 7-18 tahun

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi @ whatsupp
http://www.wasap.my/60178707030silatgongnangka

http://www.wasap.my/601117959522silatgongnangka

Pakat2 sebarkan makluman ini,Insyallah

HIMPUNAN PESILAT TERENGGANU & TAYANGAN KHAS FILEM GAYONG Kuala Terengganu,9 Mei 2025 Sebuah program bersejarah menghimpu...
11/05/2025

HIMPUNAN PESILAT TERENGGANU & TAYANGAN KHAS FILEM GAYONG

Kuala Terengganu,
9 Mei 2025

Sebuah program bersejarah menghimpunkan seramai 850 peserta terdiri daripada anak-anak Gayong, pesilat2 daripada pelbagai persatuan, serta ibu bapa dan ahli keluarga di LFS Cinema Kuala Terengganu sempena Himpunan Pesilat Terengganu & Tayangan Khas Filem Gayong.

Program anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Bahagian Negeri Terengganu ini yg dikelolai oleh Pengerusi PSSPGM Cikgu Mahadi mendapat sambutan dan sekaligus terus dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohamad Nor bin Haji Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon utama filem Gayong iaitu Beto Kusyairy, Nabila Huda, Yayan Ruhian dan Shafie Naswip, yang disambut meriah oleh para pesilat dan hadirin.

Acara ini menjadi simbol kebangkitan semangat perpaduan dalam kalangan pesilat serta sebagai satu penghormatan kepada warisan seni bela diri Melayu yang dipelopori melalui Silat Gayong. Majlis diakhiri dengan tayangan eksklusif filem Gayong yang menyentuh hati dan membakar semangat juang dalam kalangan penonton.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!
Tidak lupa juga kepada seluruh sahabat dan rakan kerja serta semua team urusetia yang sama2 membantu dalam menjayakan program ini.Terima kasih buat semua.

KEJOHANAN PENCAK SILAT PEMILIHAN SUKMA NEGERI TERENGGANU 2025TARIKH :17.4.2025 (Khamis)LOKASI : Majlis Sukan Negeri Tere...
17/04/2025

KEJOHANAN PENCAK SILAT PEMILIHAN SUKMA NEGERI TERENGGANU 2025

TARIKH :17.4.2025 (Khamis)
LOKASI : Majlis Sukan Negeri Terengganu
PASUKAN : PSSPGM Bahagian Negeri Terengganu
Bil Peserta Terlibat : 5 org

GANDA PUTRI
PERAK πŸ₯ˆ
Nur Izzatul Arisya BT Suhaimi
(Gelanggang AJIL)
Arisa Adawiyah Bt Ismail
(Pusat Latihan Bukit Emas)

GANDA PUTRI
GANGSA πŸ₯‰
Nur Dini Dayini Bt Mohd Hasrul
(Gelanggang Flat polis Hiliran)
Liyana BATRISYIA Bt Saiful BAHARI
(Gelanggang Flat polis Hiliran)

SOLO KREATIF PUTRI
PERAK πŸ₯ˆ
Nur Insyirah Ayuni Bt Mat Din
(Gelanggang AJIL)

Address

Marang
21080

Telephone

+60189030144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusaka Gayong Bahagian Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusaka Gayong Bahagian Negeri Terengganu:

Share