Kelab Berbasikal Maran

Kelab Berbasikal Maran Kami adalah sebuah Kelab Berbasikal (NGO) yang diberi nama Kelab Berbasikal Roda Cilik

Kami adalah sebuah Kelab Berbasikal (NGO) yang diberi nama Kelab Berbasikal Roda Cilik yang ditubuhkan menurut Akta pembangunan Sukan 1997 Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan ( Pendaftaran Badan Sukan ) 1998 ( Peraturan 6),

Kelab ini beroperasi di Alamat No.12, Bazar Niaga Maran, 26500 Maran Pahang. Penubuhan kelab ini pada awalnya lebih sinonim dengan nama Maran Cycling Club (MCC) yang sekara

ng masih digunakan, kelab ini secara rasminya telah didaftarkan dengan no.pendaftaran 6493/2013 bertarikh 14hb November 2013. Kelab ini telah mula aktif sejak tahun 2010 lagi, diasaskan oleh peminat sukan berbasikal yang asalnya major XC (MTB), Namun pembangunan pesat dan transformasi telah berlaku dalam kelab begitu cepat dan sekarang telah wujud satu Pasukan Lumba lebuhraya Cilik (Junior) yang sentiasa berkayuh di mana-mana acara berlangsung di seluruh Tanah air, pada masa akan datang, tumpuan akan diberikan lebih kepada acara perlumbaan yang diiktiraf badan sukan berbasikal di Malaysia.

Warga MCC yang dihormati sekalian,Saya bagi pihak pengurusan kelab ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 kepada semu...
03/01/2024

Warga MCC yang dihormati sekalian,

Saya bagi pihak pengurusan kelab ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua ahli dan keluarga MCC. Tahun 2023 yang bakal berlalu telah memperlihatkan semangat juang dan ketabahan yang tinggi dalam kalangan warga kelab ini.

Walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan dugaan, namun ianya tidak pernah mematahkan azam kita untuk terus berbasikal dan meneroka keindahan alam semula jadi hasil usaha gigih setiap daripada kita.

Marilah kita sama-sama merebut peluang dan cabaran baharu di tahun 2024 dengan semangat yang lebih gigih. Selamat berkayuh dan bermesra bersama keluarga. Ingatlah sentiasa untuk berhati-hati di jalan raya.

Sekian, Selamat Tahun Baru dan semoga berjaya buat semua Warga MCC!

Berikut adalah 10 kebaikan berbasikal:1. Menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah. Berbasikal dapat memperkuat jantu...
03/01/2024

Berikut adalah 10 kebaikan berbasikal:

1. Menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah. Berbasikal dapat memperkuat jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

2. Menurunkan tekanan darah. Aktiviti fizikal seperti berbasikal boleh menurunkan tekanan darah.

3. Mengawal berat badan. Berbasikal membakar banyak kalori dan membantu mengawal berat badan.

4. Meningkatkan mood. Berbasikal boleh meningkatkan pengeluaran hormon endorfin yang membuatkan kita berasa gembira.

5. Memperkukuh otot dan tulang. Berbasikal melibatkan latihan kekuatan yang baik untuk otot kaki, paha, pinggul, dan bahu.

6. Melambatkan penuaan. Aktiviti fizikal secara teratur dapat memperlahankan proses penuaan.

7. Kos rendah. Berbasikal adalah aktiviti rekreasi yang murah dan mampu dimiliki oleh ramai orang.

8. Mesra alam. Basikal tidak mengeluarkan karbon dioksida dan bahan pencemar. Ia mesra alam.

9. Fleksibel. Basikal boleh dibawa ke mana sahaja dan boleh digunakan di jalan raya mahupun laluan basikal khas.

10. Menjimatkan masa perjalanan. Di bandar, berbasikal lebih cepat berbanding menggunakan kereta terutama waktu puncak.

Kenangan Dulu2..
02/09/2023

Kenangan Dulu2..

Warisan Chenor Bike Camping Ver.2

*FUNRIDE ANAK MUDA PRIHATIN 2022*▶️13 November 2022▶️7.30 Pagi ▶️@ Dataran Temerloh➡️25kmCABUTAN BERTUAH & MAKAN MINUM D...
08/11/2022

*FUNRIDE ANAK MUDA PRIHATIN 2022*

▶️13 November 2022
▶️7.30 Pagi
▶️@ Dataran Temerloh
➡️25km

CABUTAN BERTUAH & MAKAN MINUM DISEDIAKAN

Link Pendaftaran : https://bit.ly/3T4ooPs

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA & TERHAD 150 PESERTA SAHAJA.

Tarikh Tutup: 12 November 2022

Cepat² daftar...

04/11/2022
Koleksi Gambar2 Kayuhan Sihat Jelajah ANMS Pahang Siri-2 UiTM Jengka.Aktiviti kayuhan dan larian sihat, kerjasama antara...
29/10/2022

Koleksi Gambar2 Kayuhan Sihat Jelajah ANMS Pahang Siri-2 UiTM Jengka.

Aktiviti kayuhan dan larian sihat, kerjasama antara Kelab Sukan dan Kebajikan Kesihatan Maran

Selesai sudah tugasan Sempena Jelajah ANMS Pahang Siri-2 did UiTM Jengka, dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kes...
28/10/2022

Selesai sudah tugasan Sempena Jelajah ANMS Pahang Siri-2 did UiTM Jengka, dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kesihatan Maran ( KESMAR ) Kami berjaya menjalankan aktiviti kecergasan iaitu Fun Run & Ride ANMS ini.

Alhamdulillah meriah acara Kali ini semuanya berjalan lancar.


Jom sertai Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Negeri Pahang,  Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringka...
24/10/2022

Jom sertai Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Negeri Pahang, Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Pahang & Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ( BMSS).

Tarikh: 26&27 Oktober 2022
Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Lokasi: Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Maran.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Moh ler kite ke sane beramai-ramai.

UiTM Jengka Pahang



Bagus kalau niat macam ni, dalam keadaan yang serba mendesak, ekonomi pun tak menentu.
24/10/2022

Bagus kalau niat macam ni, dalam keadaan yang serba mendesak, ekonomi pun tak menentu.

Puchong: “Pelanggan sudah bantu membeli jualan saya, jadi saya p**a bantu dengan menjual pada harga yang murah sedikit,” kata peniaga warga emas, Mohd Ramli Baharom.

Address

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Maran
Maran
26500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Berbasikal Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Berbasikal Maran:

Share