Seri Bukit FC Official

Seri Bukit FC Official SELAMAT DATANG KE FACEBOOK RASMI PASUKAN SERI BUKIT FC. SEGALA MAKLUMAT TENTANG PASUKAN AKAN DIKEMASKINI DISINI UNTUK SEMUA.

๐Ÿ† JUARA LIGA LIPIS 2024

RUMUSAN PERLAWANAN | PIALA CAHYA 2026Seri Bukit FC 0๏ธโƒฃ-1๏ธโƒฃ Bera Camp FCBabak PertamaPerlawanan bermula dengan tempo yang...
18/07/2026

RUMUSAN PERLAWANAN | PIALA CAHYA 2026

Seri Bukit FC 0๏ธโƒฃ-1๏ธโƒฃ Bera Camp FC

Babak Pertama

Perlawanan bermula dengan tempo yang seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan cuba menguasai permainan. Seri Bukit FC serta Bera Camp FC masing-masing berjaya mencipta beberapa peluang, namun ketump**an jentera serangan dan aksi cemerlang barisan pertahanan menyebabkan tiada jaringan berjaya dihasilkan. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0.

Babak Kedua

Memasuki babak kedua, Bera Camp FC tampil lebih agresif dan lebih banyak mengasak ke kubu Seri Bukit. Hasil tekanan berterusan, mereka berjaya memperoleh jaringan menerusi bola muntah daripada sepakan percuma di luar kotak penalti yang gagal dikawal kemas oleh pertahanan Seri Bukit.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Seri Bukit FC bangkit mengatur serangan demi serangan dalam usaha mencari gol penyamaan. Beberapa peluang terbaik berjaya dicipta, namun penyudah yang kurang tajam dan sedikit nasib yang tidak menyebelahi menyebabkan setiap peluang gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Walaupun tewas, persembahan yang dipamerkan terutama oleh barisan pemain muda dan muka-muka baharu wajar diberikan pujian. Pengalaman beraksi di luar kawasan ini pastinya menjadi bekalan berharga untuk mereka terus berkembang pada masa akan datang.

Keputusan Penuh
๐ŸŸกโšซ Seri Bukit FC 0-1 Bera Camp FC

Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada Seri Bukit FC. Kekalahan ini bukan penamat, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk kami kembali lebih kuat pada perlawanan akan datang.

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—”๐—ง๐—–๐—› ๐——๐—”๐—ฌ | ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—–๐—”๐—›๐—ฌ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ”ฅHari ini Seri Bukit FC akan turun menentang Bera Camp FC dalam aksi Piala Cahya 2026.Per...
18/07/2026

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—”๐—ง๐—–๐—› ๐——๐—”๐—ฌ | ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—–๐—”๐—›๐—ฌ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ”ฅ

Hari ini Seri Bukit FC akan turun menentang Bera Camp FC dalam aksi Piala Cahya 2026.

Perlawanan kali ini menyaksikan Seri Bukit FC mempertaruhkan barisan pemain muda yang rata-ratanya pertama kali beraksi di luar kawasan. Ini merupakan satu peluang terbaik buat mereka menimba pengalaman, menguji kemampuan serta menambah ilmu dalam suasana perlawanan yang lebih kompetitif.

Setiap langkah di atas padang hari ini adalah permulaan kepada perjalanan mereka sebagai pemain. Pengalaman berdepan pasukan yang berkualiti, mengawal tekanan perlawanan dan bermain sebagai satu pasukan adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Inilah proses yang akan membentuk mereka menjadi pemain yang lebih matang dan berdaya saing pada masa hadapan.

Buat semua pemain, bermainlah dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Hormati pihak lawan, hormati pengadil dan berikan 100% komitmen sehingga wisel penamat dibunyikan. Menang atau kalah adalah lumrah dalam bola sepak, namun semangat, usaha dan pengalaman yang diperoleh adalah kemenangan sebenar dalam membina masa depan pasukan.

Semoga segala usaha dan latihan yang telah dijalani membuahkan hasil serta dipermudahkan segala urusan sepanjang perlawanan. Mudah-mudahan Seri Bukit FC berjaya membawa p**ang keputusan yang membanggakan, dan yang lebih penting, semua pemain p**ang dengan pengalaman serta ilmu yang cukup berharga untuk terus berkembang.

Terima kasih juga kepada semua penyokong, keluarga dan sahabat Seri Bukit FC yang sentiasa memberikan doa serta sokongan tanpa henti. Sokongan anda menjadi pembakar semangat buat seluruh pasukan.

Selamat berjuang anak-anak Seri Bukit! Bermain dengan hati, berjuang demi lencana dan nikmati setiap detik di atas padang. Ayuh Seri Bukit FC! ๐Ÿ’›๐Ÿ–คโšฝ

๐Ÿ† Piala Cahya 2026
โš”๏ธ Seri Bukit FC ๐Ÿ†š Bera Camp FC
๐Ÿ•’ 3.00 Petang
๐Ÿ“ Padang Jengka 17

Ayuh support ๐Ÿ™Œ๐Ÿฝ
13/07/2026

Ayuh support ๐Ÿ™Œ๐Ÿฝ

SERI BUKIT ! ๐Ÿ‘Š๐Ÿฝ
12/07/2026

SERI BUKIT ! ๐Ÿ‘Š๐Ÿฝ

08/07/2026

Langkah baharu. Cabaran baharu. Misi yang sama. ๐ŸŸกโšซ๏ธโšฝ๏ธ
๐Ÿ”ฅCOMING SOON๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ”ฅโšฝ MENJELAJAH KE PULAU PINANG, MEMBAWA NAMA SERI BUKIT FC โšฝ๐Ÿ”ฅPada 20 Jun 2026 yang lalu, Seri Bukit FC telah turun ke bum...
23/06/2026

๐Ÿ”ฅโšฝ MENJELAJAH KE PULAU PINANG, MEMBAWA NAMA SERI BUKIT FC โšฝ๐Ÿ”ฅ

Pada 20 Jun 2026 yang lalu, Seri Bukit FC telah turun ke bumi Pulau Pinang bagi mengharungi perlawanan persahabatan menentang ZA FC di Soccer Experience Batu Kawan.

Perlawanan ini bukan sekadar 90 minit di atas padang, tetapi satu medan menguji kekuatan, membina keserasian dan menimba pengalaman berharga di luar kawasan. Setiap minit yang dilalui menjadi langkah penting dalam perjalanan Seri Bukit FC untuk terus berkembang dan bersaing pada tahap yang lebih tinggi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ZA FC atas jemputan serta semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang perlawanan berlangsung. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan dan membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.

๐Ÿ’ช Kami datang sebagai pasukan, beraksi sebagai keluarga, dan p**ang dengan pengalaman yang tidak ternilai.

๐Ÿ”ฐ SERI BUKIT FC โ€” SATU PASUKAN, SATU MATLAMAT, SATU SEMANGAT.

17/06/2026

First Traning Seri Bukit FC

๐Ÿ”ฅ ULASAN PERLAWANAN PIALA AKHIR TAHUN | SENIOR vs JUNIOR โ€“ SERI BUKIT ๐Ÿ”ฅโฑ Babak PertamaSeawal minit permainan, Team Junio...
01/01/2026

๐Ÿ”ฅ ULASAN PERLAWANAN PIALA AKHIR TAHUN | SENIOR vs JUNIOR โ€“ SERI BUKIT ๐Ÿ”ฅ

โฑ Babak Pertama
Seawal minit permainan, Team Junior terus mengasak tanpa henti. Serangan demi serangan memaksa Team Senior bermain lebih kepada low block dan bertahan.
Walaupun banyak percubaan dilepaskan oleh Junior, semuanya berjaya dinafikan oleh penjaga gol veteran Team Senior, Man Sode, yang tampil cemerlang di bawah palang ๐Ÿงค๐Ÿ’ช

Dalam tekanan berterusan itu, Team Senior bijak mengatur serangan balas. Hasilnya, satu gerakan kemas berjaya disudahkan oleh pemain tengah Chin untuk gol pembukaan perlawanan.
โžก๏ธ Tamat babak pertama: Senior 1 โ€“ 0 Junior

โฑ Babak Kedua
Kedua-dua pasukan bermain lebih terbuka. Senior dan Junior saling berbalas serangan, namun pertahanan masing-masing kekal disiplin.
Tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan.
โžก๏ธ Tamat babak kedua: Senior 1 โ€“ 0 Junior

โฑ Babak Ketiga
Team Junior kembali dengan semangat luar biasa. Serangan demi serangan akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan dari jaringan pemain mereka Irfan Chot.Kedudukan menjadi 1 โ€“ 1.Aksi semakin panas ๐Ÿ”ฅ Provokasi dari beberapa pemain Senior terhadap kapten Team Junior, Shaqiq, mencetuskan suasana tegang. Namun Shaqiq kekal tenang, matang mengawal emosi rakan sepasukan serta mengemudi benteng pertahanan Junior dengan baik.
โžก๏ธ Tamat babak ketiga: Senior 1 โ€“ 1 Junior

โฑ Babak Keempat
Team Senior meningkatkan tempo permainan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu Team Junior.
Namun penjaga gol Junior, Haikal, tampil cemerlang apabila menafikan hampir semua percubaan berbahaya dan menjadi benteng terakhir yang sukar ditembusi ๐Ÿงฑ๐Ÿงค

โžก๏ธ Tamat perlawanan sebenar: Senior 1 โ€“ 1 Junior

โšฝ Penentuan Sepakan Penalti
Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Detik paling mendebarkan hadir apabila Pemain Veteran Terbaik Kejohanan 7 Sebelah Tertutup baru-baru ini, Mizi Keledek, tampil tenang dan berpengalaman apabila berjaya menafikan sepakan penalti pihak lawan, sekali gus muncul sebagai hero kemenangan Team Senior ๐Ÿงค๐Ÿ”ฅ

โžก๏ธ Keputusan Penalti: Senior 5 โ€“ 4 Junior

๐Ÿ KEPUTUSAN AKHIR
Senior 1 โ€“ 1 Junior
(Team Senior menang penentuan sepakan penalti 5 โ€“ 4)

Pengalaman berbicara di saat genting.
Junior tunjuk semangat luar biasa, Senior p**a buktikan kelas dan mental juara ๐Ÿ’ชโšฝ

โšฝ PERLAWANAN PENUTUP AKHIR TAHUN 2025 , PIALA AKHIR TAHUN โ€“ DERBI JUNIOR SENIOR โšฝ๐Ÿ“… Rabu, 31 Disember 2025๐Ÿ“ Padang Awam K...
31/12/2025

โšฝ PERLAWANAN PENUTUP AKHIR TAHUN 2025 , PIALA AKHIR TAHUN โ€“ DERBI JUNIOR SENIOR โšฝ

๐Ÿ“… Rabu, 31 Disember 2025
๐Ÿ“ Padang Awam Kg Bukit Betong
โฐ 5.00 petang

๐Ÿง”๐Ÿปโ€โ™‚๏ธSENIOR ๐Ÿ†š JUNIOR๐Ÿ‘ฆ

๐Ÿ“Œ Tahun lepas SENIOR menang
๐Ÿ“Œ Junior kata โ€œnasib je tuโ€ ๐Ÿ˜
๐Ÿ“Œ Senior kata โ€œpengalaman tak pernah menipuโ€ ๐Ÿ˜Ž
๐Ÿ“ŒDijangka aksi panas seperti edisi-edisi sebelumnya๐Ÿ”ฅ

โ“Mampukah team junior bangkit menundukkan team senior ?
โ“Adakah team senior akan mempertahankan kemenangan edisi lalu ?

AYUH ORANG KAMPUNG PENUHKAN PADANG PETANG NI ! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ


Address

Maran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seri Bukit FC Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share