KESDA

KESDA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨KESDAPejabat Daerah dan Tanah Serembanmengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh um...
26/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

KESDA
Pejabat Daerah dan Tanah Seremban
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan silaturahim sesama kita. 🤍

“Ikhlas berkorban, teguh dalam kebersamaan.”

Maaf zahir dan batin. 🌙

Sempena Hari Arafah, semoga setiap doa diangkat, setiap amalan diterima dan setiap hati dikurniakan ketenangan. 🤍Ikhlas ...
25/05/2026

Sempena Hari Arafah, semoga setiap doa diangkat, setiap amalan diterima dan setiap hati dikurniakan ketenangan. 🤍

Ikhlas daripada KESDA Pejabat Daerah dan Tanah Seremban

10/05/2026
18 April 2026 | Pejabat Daerah dan Tanah RembauPDTS telah menghantar 5 kumpulan yang melibatkan seramai 20 orang peserta...
10/05/2026

18 April 2026 | Pejabat Daerah dan Tanah Rembau

PDTS telah menghantar 5 kumpulan yang melibatkan seramai 20 orang peserta bagi menyertai program Explorace Rembau. Penyertaan ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah turut memupuk semangat kerjasama, komunikasi serta kesepaduan dalam kalangan warga kerja. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan mengeratkan lagi hubungan sesama pasukan. 💪✨

Terima kasih kepada semua yang menyertai.

Selamat Hari Ibu buat seluruh ibu hebat dalam keluarga KESDA 🤍Di sebalik kelembutan seorang ibu, ada kekuatan yang tak s...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat seluruh ibu hebat dalam keluarga KESDA 🤍

Di sebalik kelembutan seorang ibu, ada kekuatan yang tak semua orang mampu pikul.
Terima kasih kerana menjadi wanita yang bukan sahaja mengurus keluarga dengan penuh kasih sayang, malah terus komited berbakti dengan penuh dedikasi.

Semoga setiap pengorbanan, doa dan penat lelah seorang ibu dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kasih sayang yang tidak pernah putus.

“Seorang ibu mungkin penat, tetapi kasihnya tak pernah berehat.” 🌷

20/03/2026

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi,
KESDA Pejabat Daerah dan Tanah Seremban
merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal ini disambut dengan penuh keinsafan, keberkatan dan kesejahteraan,
serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan ukhwah dan kecemerlangan berterusan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban

Salam Aidilfitri, Salam Sejahtera.Di kesempatan yang mulia ini, seluruh warga KESDA Pejabat Daerah dan Tanah Seremban in...
20/03/2026

Salam Aidilfitri, Salam Sejahtera.

Di kesempatan yang mulia ini, seluruh warga KESDA Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli serta seluruh warga jabatan.

Semoga Syawal yang menjelma membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan lagi ukhuwah sesama kita. Setelah sebulan kita mengharungi madrasah Ramadan, moga segala amalan diterima dan menjadi bekalan yang berpanjangan.

Raikanlah hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kegembiraan bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada,
KESDA Pejabat Daerah dan Tanah Seremban

18 Mac 2026Alhamdulillah, syukur atas rezeki dan kebersamaan 🤍KESDA telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada seluru...
18/03/2026

18 Mac 2026

Alhamdulillah, syukur atas rezeki dan kebersamaan 🤍

KESDA telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada seluruh ahli KESDA Pejabat Daerah dan Tanah Seremban sebagai tanda penghargaan dan semangat ukhwah dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Najib bin Mustafa, Penaung KESDA, yang ditemani oleh Encik Daing Muhamad Rahimi bin Abdul Hamid, Pengerusi KESDA.

Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan, mengeratkan silaturrahim serta menyemai lagi rasa kasih dalam keluarga besar KESDA.

Selamat menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba 🌙✨

🌙 Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2026Ramadan 1447H / 2026MAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kit...
13/03/2026

🌙 Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2026
Ramadan 1447H / 2026M

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama mengimarahkan Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli KESDA dan PUSPANITA Cawangan Daerah Seremban yang hadir meluangkan masa untuk bersama-sama menamatkan bacaan Al-Quran serta menghidupkan suasana Ramadan dengan penuh keinsafan dan ukhuwah.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada Penghulu Riduan atas kesudian memimpin dan mengetuai majlis ini dengan penuh tertib dan penghayatan.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan kita, mengeratkan silaturahim sesama warga serta membawa ketenangan dan rahmat buat kita semua.

✨ Semoga amalan ini diterima dan Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang paling bermakna buat kita semua.



Address

Melaka
Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KESDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category