18/08/2026
Kelanang, sorotan trip ujian yang menguji mental dan fizikal.
Bulan lepas Kurodai Fishing telah berjaya selesaikan misi trip ujian lapangan untuk design terbaru jig kami dari profile Destroyer. Abang Long Fazer Mohd Katan, tekong berpengalaman besar di Kelanang menjadi tulang belakang untuk trip kali ini dengan ahli trip Din Pomen, Paklang Rey, Dauz, Jemek dan Ayie.
Trip ini agak mencabar atas beberapa faktor. Angin selatan yang bertiup laju umpama kipas siling berkelajuan 5 serta alun yang membuai melambatkan sedikit perjalanan ke spot2 utama. Namun dengan pengalaman dan kemahiran, semuanya dapat dikawal dengan baik oleh tekong.. boat drift masuk ke spot dengan sempurna.
Paklang Rey membuka tirai untuk trip ini. Pertarungan yang sengit.. ada yang meneka boron, ada juga meneka jenahak tua hingga lah kelibat ibu gelama atau temerih muncul di permukaan air menyerah diri. Motivasi kami mencanak kerana design baru pertama dah mengena. Namun, babak untuk first half kurang garang, banyak diisi dengan scene percukaian jig. Serangan2 kasar yang berakhir dengan karauan ringan akibat leader yang dipotong penghuni dasar membibitkan rasa geram. Sehingga lah..
Ketika suasana yang agak senyap, semua jigger fokus, komited mengayun rod menarikan jig memujuk penghuni dasar.. Dauz tiba2 menerima satu serangan kasar, satu hentaman yang memecah keheningan. Dauz yang sudah bersedia terus membalas serangan. Satu perlawanan panjang. Penyerang enggan menyerah mudah. Dari tepi bot membawa ke hadapan. Tarik dan karau.. adegan tali masuk dan keluar spool yang berulang-ulang, berminit-minit. Hinggalah semuanya dapat dikawal baik oleh Dauz dan akhirnya.. Tenggiri gila seberat 11.2kg berjaya didaratkan. Kami percaya geng gila ni masih banyak di bawah, tetapi Kapla nya dah kami tawan. Adegan percukaian semakin berkurang.
Rupanya adegan giri gila adalah permulaan kepada kegilaan yang lain. Giliran gerepoh atau GT p**a memberi serangan. Giliran Din Pomen p**a diasak. Entah berapa ekor GT yang dia dah tarik. Semua yang bersize mega. Belum pernah kami dengar Din Pomen mengeluh, kali ini terpacul juga dari mulut beliau "letih oi mancing.."
Adegan tarik menarik pelagic bereterusan besilih ganti hingga ke petang. Kali ini diserikan lagi dengan demersal bersize A tatkala angin dan arus adakala sedikit jinak menghampiri penghujung masa perlawanan. Ayie dengan kerapu, Din Pomen dan Jemek dengan jenahak. Skipper memainkan peranan dengan begitu baik. Boleh kata setiap drift pasti ada yang menyambut. Hanya lekat atau tidak menjadi penentu. Hampir semua design yang kami bawa dah ada keputusannya. Paklang Rey yang membuka tirai, juga menjadi jigger penutup tirai trip ini dengan GT terakhir.
Perjalanan p**ang kami terasa begitu jauh kerana alun tetap garang membadai. Namun dengan pengalaman dan kemahiran Abang Long Fazer selaku skipper mengemudi bot, Alhamdulillah akhirnya kami selamat p**ang ke jeti di Kampung Kelanang sekitar jam 8:00 malam. Terima kasih Abang Long untuk trip kali ni!
Trip lapangan terbaru kami ini adalah usaha berterusan kami untuk mereka bentuk dan menguji jig yang mampu mencipta momen yang tidak dapat dilupakan buat para pemancing. Tenggiri gorgon gila menjadi peringatan mengapa kami tidak akan berhenti berinovasi kerana gorgon2 ini bakal menjadi momen buat anda p**a.
Nantikan kemunculan design2 terbaru dari Kurodai Fishing. Series baru Kurodai Destroyer akan berada di pasaran bermula esok.