Melaka United Media

Melaka United Media Pencatat sejarah bola sepak Melaka. Kritik tetap kritik! Tiada yang sempurna! Untuk makluman, page ini bukanlah page kelab penyokong. Gegau Melaka Gegau!

Page ini dicipta bagi menyampaikan maklumat kepada peminat tegar pasukan bola sepak Melaka mengenai gosip perpindahan, kecederaan, maklumat pemain dan sebagainya.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam hari ini berkenan merasmikan bas baharu pasukan Melaka FC.πŸ“Έ Melak...
16/08/2026

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam hari ini berkenan merasmikan bas baharu pasukan Melaka FC.

πŸ“Έ Melaka FC

15/08/2026

Melaka FC semalam memperkenalkan barisan pemain untuk mengharungi musim baharu Liga Malaysia.

E. Elavarasan mengekalkan enam pemain import musim lalu termasuk Michael Ozor, Do Dong-hyun, Park Kwang-il, Agbre Noel, Argzim Redzovic dan Dino Kalesic.

Skuad ini turut diperkuatkan tiga lagi pemain import baharu iaitu Coulibaly Abdul Kader dari Kemboja, Hein Htet Aung (Myanmar) dan Christian de Souza Andre (Brazil).

Antara pemain tempatan yang memperkuatkan Melaka FC adalah Khairul Fahmi Che Mat dan Jafri Firdaus Chew.

πŸ“Ή Melaka FC

Melaka menjaringkan gol pada setiap babak untuk menewaskan Kelantan 2-0 dalam aksi kumpulan Sukma XXII Selangor 2026 di ...
12/08/2026

Melaka menjaringkan gol pada setiap babak untuk menewaskan Kelantan 2-0 dalam aksi kumpulan Sukma XXII Selangor 2026 di Stadium UiTM Shah Alam, hari ini

πŸ“Έ MSN Melaka

Tahniah Melaka Football Club πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
12/08/2026

Tahniah Melaka Football Club πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

MELAKA FC BAWA PULANG SATU MATA DARI BRUNEIAhmed Shamsaldin meneruskan rentak jaringan bersama Melaka FC apabila meledak...
31/01/2026

MELAKA FC BAWA PULANG SATU MATA DARI BRUNEI

Ahmed Shamsaldin meneruskan rentak jaringan bersama Melaka FC apabila meledak satu gol bagi membantu kelab itu mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, malam tadi.

Tuan rumah bagaimanapun terlebih dahulu di depan pada minit ke-27 menerusi tandukan Syafiq Ahmad yang menewaskan Samuel Sommerville dalam debutnya bersama skuad bimbingan E. Elavarasan.

Melaka FC terus memperkemaskan corak permainan di separuh masa kedua dan memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan Shamsaldin pada minit ke-53.

Keputusan itu bagaimanapun kekal sehingga ke wisel penamat sekali gus menyaksikan Melaka FC pulang dengan satu mata.

πŸ“Έ MFL

Melaka FC menamatkan khidmat penjaga gol dari Filipina, Florencio 'Jun' Badelic Jr. susulan kemasukan Samuel Somerville ...
30/01/2026

Melaka FC menamatkan khidmat penjaga gol dari Filipina, Florencio 'Jun' Badelic Jr. susulan kemasukan Samuel Somerville secara pinjaman hingga akhir musim ini.

Badelic melakukan sebanyak empat penampilan Liga Super dengan satu daripadanya adalah rekod tanpa bolos ketika seri tanpa jaringan menentang PDRM FC.

Namun, penjaga gol tersebut menjadi pilihan kedua di belakang Muhammad Haziq Aiman selaku pemilik jersi nombor satu Melaka FC.

Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville dipinjamkan ke Melaka FC bagi baki musim ini.πŸ“Έ Selangor FC
30/01/2026

Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville dipinjamkan ke Melaka FC bagi baki musim ini.

πŸ“Έ Selangor FC

SHAMSALDIN LEDAK DUA GOL BAWA MELAKA FC KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIAMelaka FC menempa sejarah tersendiri apabila mara ke...
22/01/2026

SHAMSALDIN LEDAK DUA GOL BAWA MELAKA FC KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA

Melaka FC menempa sejarah tersendiri apabila mara ke peringkat suku akhir buat pertama kali dalam sejarah selepas menewaskan Sabah FC, 5-2 secara agregat, malam tadi.

Penyerang baharu dari Mesir, Ahmed Shamsaldin muncul wira Melaka FC apabila meledak dua gol bagi membantu pelawat menang 3-0 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi pertama di Stadium Hang J***t, minggu lalu.

Dalam aksi di Stadium Likas, kedua-dua pasukan bagaimanapun terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama namun Sabah kehilangan seorang pemain pada minit ke-44 apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah.

Kelebihan itu dimanfaatkan Melaka FC apabila mendahului pada minit ke-49 menerusi penyudah Shamsaldin.

Pemain pertahanan, Che Rashid Che Halim menggandakan kedudukan pada minit ke-85 apabila berjaya lolos dari kawalan pertahanan Sabah FC sebelum melepaskan rembatan melepasi Khairul Fahmi Che Mat.

Shamsaldin menambah gol kedua peribadi dalam debut bersama Melaka FC apabila mudah menanduk masuk gol ketiga pelawat pada minit ke-87 sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.

πŸ“Έ MFL

Masih kekal tanpa jaringan menuju bilik persalinan. Ayuh gegau Melaka FC !
22/01/2026

Masih kekal tanpa jaringan menuju bilik persalinan. Ayuh gegau Melaka FC !

PENYERANG MESIR PERKUAT JENTERA SERANGAN MELAKA FCMelaka FC terus aktif dalam jendela perpindahan Januari ini apabila me...
21/01/2026

PENYERANG MESIR PERKUAT JENTERA SERANGAN MELAKA FC

Melaka FC terus aktif dalam jendela perpindahan Januari ini apabila menyambar khidmat penyerang dari Mesir, Ahmed Shamsaldin.

Penyerang berusia 32 tahun yang berhijrah ke Melaka dari kelab divisyen dua Albania, KF Korabi itu dilihat terbang bersama pasukan ke Sabah bagi menghadapi perlawanan timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia.

Biarpun tidak mempunyai rekod jaringan yang baik selepas hanya menyumbat satu gol dalam 10 perlawanan liga, kehadiran Shamsaldin diharap mampu menjelmakan sesuatu buat skuad bimbingan E. Elavarasan.

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melaka United Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category