02/08/2021
02 Ogos 2021
Ziarah ke rumah Encik Nekmat Bin Jantan Bekas Atlit Malaysia (Tinju) yang tinggal bersama Isteri dan 3 orang anaknya di Rumah Pangsa Saujana Permai, Bukit Katil, Melaka. Beliau kini mengalami sakit tulang belakang (saraf) yang menyebabkan beliau tidak dapat berjalan dan pergerakannya terbatas.
Pertemuan terakhir antara En Nekmat dengan Pasukan Tinju Melaka adalah sewaktu SUKMA 2010 di Melaka.
Berdasarkan ziarah ini, En. Nekmat sebenarnya rindukan untuk bertemu dengan rakan2 seperjuangan dalam sukan Tinju. Sewaktu pertemuan singkat ini, beliau masih lagi bercerita tentang perjalanan sukan tinju di Sukan Olimpik di Korea. Itulah jiwa seorang atlit yang masih menebal walaupun terlantar sakit.
Didoakan semoga En Nekmat sekeluarga diberikan kesihatan yang terbaik dan diberikan kekuatan untuk bertambah sihat.
Ziarah dari wakil Persatuan Tinju Amatur Melaka (Setiausaha Kehormat) merangkap Exco Persekutuan Tinju Malaysia En. Idham Fahmi.