25/08/2026
πππππππ & ππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ!ππ₯
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Negeri Melaka atas pencapaian membanggakan pada SUKMA XXII, Selangor 2026, yang berjaya melepasi sasaran 20 pingat emas dengan kutipan keseluruhan 21 pingat emas, 12 pingat perak dan 17 pingat gangsa. π₯π₯π₯
Pencapaian ini membuktikan bahawa dengan kesatuan, komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi, sasaran yang ditetapkan mampu direalisasikan malah dilakar dengan kejayaan yang lebih membanggakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada:
π
Para Atlet β atas pengorbanan, kesungguhan dan semangat juang dalam mengharumkan nama Negeri Melaka.
π
Jurulatih & Pengurus Pasukan β atas bimbingan, strategi, komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan atlet berada pada tahap prestasi terbaik.
π
Persatuan-Persatuan Sukan Negeri Melaka β atas sokongan, perancangan, pembangunan dan kerjasama erat dalam melahirkan barisan atlet berprestasi tinggi.
π
Pasukan Perubatan β atas komitmen dalam memastikan tahap kesihatan, kecergasan dan kebajikan atlet sentiasa terpelihara.
π
Pasukan Media & Komunikasi β atas usaha mendokumentasikan setiap perjuangan, detik kemenangan dan kejayaan Kontinjen Negeri Melaka untuk dikongsikan kepada seluruh rakyat Melaka.
π
Pegawai, Urus Setia dan seluruh Pasukan Sokongan β atas segala tenaga, masa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan sepanjang persiapan dan kejohanan.
π€ Bapa Angkat (YB) serta Barisan Kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka β atas sokongan, perhatian, dorongan dan keprihatinan yang sentiasa diberikan kepada Kontinjen Negeri Melaka.
π€ Jabatan-Jabatan Angkat β atas sokongan padu, motivasi dan komitmen dalam menyantuni serta memberikan semangat kepada para atlet dan kontinjen sepanjang perjuangan di SUKMA XXII.
Sesungguhnya, kejayaan 21 pingat emas ini adalah kejayaan bersama. Setiap pingat yang diraih adalah hasil daripada usaha dan pengorbanan seluruh ekosistem sukan Negeri Melaka yang sentiasa berdiri teguh di belakang para atlet.
Daripada sasaran 20 pingat emas, Kontinjen Negeri Melaka kini berjaya mencipta 21 pingat emas β satu pencapaian yang amat membanggakan dan wajar diraikan bersama! π₯π₯
TAHNIAH DAN SYABAS KONTINJEN NEGERI MELAKA!
Teruskan perjuangan, teruskan kecemerlangan dan terus harumkan nama Melaka di persada sukan negara!
ATLET CEMERLANG! MELAKA GEMILANG! πβ€οΈππ
Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka
***t