10/05/2025
KERJA GILA DUA HARI!
Dua laluan berbeza, tapi tujuan yang sama. Biar ada cerita untuk diceritakan masa mendatang. Biar ada kenangan untuk dikenang dalam persahabatan.
8 Mei 2025 (Khamis)
🏍️ Marang - Permaisuri - Jerteh - Kuala Krai - Gua Musang - Lojing - Cameron Highland
9 Mei 2025 (Jumaat)
🏍️ Cameron Highland - Sungai Koyan - Raub - Central Spine Road (CSR) - Mempaga - Felda Lakum - Lanchang - LPT - Ajil - Marang
🏍️ 900 KM COMPLETE!!
🏍️ 7 ahli GMT
👁️Review Perjalanan.
8 Mei 2025 - Laluan yang agak sibuk dengan kenderaan terutamanya kenderaan berat. Jalan yang kurang sempurna laluan ke Gua Musang dan Lojing. Hujan lebat bermula Lojing sampailah ke Cameron Highland.
9 Mei 2025 - Laluan lancar dan tak banyak kenderaan. Jalan dalam pembinaan di beberapa lokasi laluan Felda Lakum-Lanchang. Laluan lain jalan comel. Cuaca alhamdulillah menyebelahi kami.
Kesimpulannya kalau ada ahli maklum dalam group wasap " ride santai-santai" je, tolonglah jangan percaya. 😂😂