03/09/2026
TERIMA KASIH , AMAR ROSLAN π€π€π’
Sebuah perjalanan yang bermula pada STL 2019 , ketika Amar Roslan baru berusia 16 tahun.
Dari seorang pemain muda yang mula menimba pengalaman , sehingga kembali memperkuatkan Terengganu Turtles dalam beberapa edisi berikutnya.
4 EDISI BERSAMA TURTLES
2019 β 2021/22 β 2022/23 β 2025
4 edisi , 4 fasa , Pelbagai cerita dan kenangan.
Terima kasih Amar atas setiap usaha, keringat, pengorbanan dan perjuangan yang telah diberikan sepanjang bersama Terengganu Turtles.
Bermula pada usia 16 tahun, nama Amar telah menjadi sebahagian daripada perjalanan dan sejarah Turtles.
Mungkin sampai di sini perjalanan kita bersama, tetapi segala jasa dan kenangan akan sentiasa dikenang.
Semoga terus melangkah jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan selepas ini.
Terima kasih untuk segalanya, Amar Roslan. π€π€π’