08/01/2021
Kenyataan Rasmi Kelab Bola Sepak Mastanah Junior
***********************************************
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pendaftaran badan sukan Kelab Bola Sepak Mastanah Junior di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 telah diluluskan pada 07 Januari 2021 dengan nombor pendaftaran C-MLK-10561.
Kelab dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Kelab Bola Sepak Mastanah Junior berjaya didaftarkan bermula daripada tarikh penubuhan kelab iaitu 21 September 2019.
Kelab dengan ini akan secara rasminya akan mentadbir dan mengurus badan sukan ini mengikut perlembagaan badan sukan yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun, segala aktiviti dan latihan kelab tidak boleh dijalankan sepertimana yang disarankan oleh pihak KKM dan MKN. Pihak Kelab mengikuti rapat isu penularan dan gelombang ketiga Covid-19 dan akan sentiasa mengemaskini SOP terkini pihak-pihak berkaitan supaya aktiviti dan latihan kelab boleh dijalankan seperti biasa.
Sekian.
Presiden Kelab Bola Sepak Mastanah Junior
08 Januari 2021