02/11/2024
Berikut adalah idea marketing mengikut platform yang anda boleh gunakan sebagai rujukan.
1. Facebook: Idea untuk Content Marketing yang Berimpak
Facebook sesuai untuk bina komuniti dan berinteraksi dengan pelanggan anda secara lebih mendalam. Cuba buat live video untuk tunjukkan produk atau menjawab soalan pelanggan secara langsung.
Boleh juga buat post yang meminta pelanggan berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk anda untuk meningkatkan engagement!
2. Instagram: Tampilkan Visual yang Menarik dan Reels Kreatif
Di Instagram, visual adalah segalanya! Pastikan gambar atau video yang anda post cantik dan menarik perhatian.
Jangan lupa guna Instagram Reels – buat konten pendek yang catchy, seperti tips cepat atau behind-the-scenes bisnes anda.
Stories juga bagus untuk buat poll atau quiz, bagi engage follower anda.
3. TikTok: Jadi Kreatif dengan Video Pendek yang Menarik
TikTok semakin pop**ar untuk peniaga di Malaysia! Buat video pendek yang menyeronokkan, seperti cara penggunaan produk, atau ‘life hacks’ yang berkaitan dengan perniagaan anda.
Gunakan muzik atau trend terkini untuk tarik perhatian pengguna TikTok.
Jangan takut jadi kreatif dan ‘relatable’!
4. WhatsApp: Jaga Hubungan dengan Pelanggan
Walaupun WhatsApp untuk mesej peribadi, ia juga powerful untuk bisnes!
Anda boleh gunakan WhatsApp Business untuk berhubung dengan pelanggan secara langsung.
Hantar promosi atau pengumuman penting melalui status WhatsApp, atau buat senarai broadcast untuk update pelanggan tetap anda.
Pastikan jangan spam!
5. YouTube: Tutorial dan Kandungan Mengajar (Educate)
YouTube bagus untuk buat konten yang lebih mendalam seperti tutorial atau review produk.
Jika bisnes anda ada sesuatu yang boleh diajar, buatlah video ‘how-to’ atau tips menggunakan produk anda.
Video panjang di YouTube membolehkan anda membina kepercayaan dengan audien anda.