29/09/2024
Acara tahunan Hari Sukan Negara Hospital Sultanah Maliha Kini Kembali lagi !
Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sebuah gerakan nasional
dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat
dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan
seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara
2030 (VSN 2030) bagi:
1)Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi
mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
2)Memupuk dan menyemakkan semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat pelbagai kaum.
3)Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
4)Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan
industri sukan.
5)Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang
terlibat di dalam pembangunan sukan untuk semua.
Jom sama - sama kita meriahkan acara tahunan kita kali ini.
Masukkan dalam kalendar anda ;
ποΈ Beach Run 5km
Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Oktober 2024
Tempat : Pantai Chenang, Langkawi
Jom ajak kawan kawan sekerja dan juga keluarga, bersama kita semua bersukan dan beriadah! π
Terbuka kepada semua warga HSM, PKD & Dental Langkawi
Daftar segera di link yang berkaitan untuk penyertaan:
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/uASNixjsQzBWVAiM7
Atau boleh scan secara QR di poster