13/07/2026
🎾 TENNIS LD CLOSED 2026 🎾
Dengan penuh rasa syukur, Tennis LD Closed 2026 telah berlangsung dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain, penaja, urus setia, sukarelawan, pengadil serta para penyokong yang telah memberikan komitmen dan sokongan sepanjang kejohanan ini.
Kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan, tetapi juga platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan mengukuhkan komuniti tenis di Lahad Datu.
Jumpa lagi di kejohanan akan datang. Teruskan menyemarakkan semangat tenis! 💪🎾